20/01/2004
selepas 2 minggu bermastautin di sabak bernam. maka tibalah hari yang ditunggu-tunggu.
begitulah rutin saya tiap kali menjelang pulang ke kampung. saya tidak biasa berjauhan dengan keluarga. bagi saya klang ke sabak bernam adalah satu perjalanan yang lama.
lebih-lebih lagi jalan rayanya teruk. berlopak dan berlubang sana sini.
namun, hari ini tidak lagi. semakin saya dewasa. semakin rasa betapa kecilnya dunia ini.
tiap-tiap malam menjelang balik kampung. dari satu kelas ke kelas yang lain. hanya untuk membuat pengumuman yang menjengkelkan.
masihkah kalian ingat?
sungguh rindu saat dan waktu itu.
pandangan memori saya masih rapuh. saya masih lagi tidak nampak. apa atau siapa yang saya tertinggal dan terlepas pandang.
saya minta maaf.
selepas 2 minggu bermastautin di sabak bernam. maka tibalah hari yang ditunggu-tunggu.
kalau tidak silap saya. cuti tahun baru cina adalah peristiwa balik kampung yang pertama.
di mana waktu itu. rata-rata pelajar tingkatan satu menaiki bas yang telah ditempah oleh pihak pengurusan asrama.
saya rindu peristiwa itu. semua rakan gembira. 2 minggu tanpa melihat dunia luar membuntukan fikiran saya.
tiada idea. tiada inspirasi.
setahu saya hanya 2 kali pihak pengurusan asrama menyediakan bas untuk kami. tidak tahu kenapa tiada lagi selepas itu.
apa yang membuatkan saya menangis. apabila teringat akan peristiwa menjelang balik kampung.
tiap kali saat itu hampir tiba. saya akan pergi dari satu kelas ke satu kelas yang lain. kebiasaannya semasa ulangkaji pelajaran diwaktu malam.
'hoi lagi 5 hari hoi'
'hoi lagi 2 hari hoi'
'hoi esok balik hoi'
begitulah rutin saya tiap kali menjelang pulang ke kampung. saya tidak biasa berjauhan dengan keluarga. bagi saya klang ke sabak bernam adalah satu perjalanan yang lama.
lebih-lebih lagi jalan rayanya teruk. berlopak dan berlubang sana sini.
namun, hari ini tidak lagi. semakin saya dewasa. semakin rasa betapa kecilnya dunia ini.
tiap-tiap malam menjelang balik kampung. dari satu kelas ke kelas yang lain. hanya untuk membuat pengumuman yang menjengkelkan.
masihkah kalian ingat?
sungguh rindu saat dan waktu itu.
pandangan memori saya masih rapuh. saya masih lagi tidak nampak. apa atau siapa yang saya tertinggal dan terlepas pandang.
saya minta maaf.
0 comments:
Post a Comment
kata murni sahabat2 gua.