29 Apr 2013

Video Ngeri! Malas Aku Nak Tengok.

pergh! ngeri! aku tak tahu kenapa semua orang cuma mampu melihat. macam ****. (aku tak mencarut tau)

kat cina ke hape ni ? adoy. sekurang kurang nya datang la sorang hero. ni semua dok melangok(melihat).

mengerikan


tengok sini!


Read More

28 Apr 2013

KRU Sayang BN Demi Periuk Nasi.

bismillahilazim.

pertama : aku tak tahu nak kata apa. korang tengok sendiri.

 


korang lebih sayangkan hiburan atau tuhan? aku takde sijil agama. belajar pun tak tinggi. tapi aku rasa aku tahu. siapa dan dari mana rezeki datang. ini nak bertuhan kan siapa? Allah atau hiburan dunia?

entah lah. aku bukan nak jatuhkan orang. tapi mereka sendiri yang menjatuhkan diri mereka
sendiri.

kedua : tengok sini lagi.


kalau yang bukan Islam lebih mengerti apa itu Islam. kenapa tidak kita yang Islam? malu dengan Islam? malu diri kau dilahirkan sebagai Islam? siapa kau nak salahkan? mak bapak kau yang memang Islam? atau atuk moyang keturunan kau yang dulu telah masuk Islam?

jangan jadi bangang! tolong. jangan jadi. ya Allah. mengapa mereka tidak lagi mengharap dan meminta pada Mu? sedih aku.

dah la. aku tak nak ulas panjang. aku bukan ustaz. aku bukan imam. tapi kalau nak tunggu sampai semua orang jadi ustaz atau imam. sampai bila2 pun takde orang yang bersuara.

ada ustaz pun diam je bila kilang arak semakin besar pusat judi kat genting tak reti nak kecik pulak. ok. salam.
Read More

25 Apr 2013

Kalau Gua Kata

Bismillahilazim

Kalau gua kata kebahagiaan itu berupa kekayaan. Tp kenapa org kaya sebuk cari duit. Banyak hutang ke hape?

Kalau gua kata kebahagian itu berupa kuasa. Tp kenapa org brkuasa selalu pakai pak gat. Takut dengan sape?

Kalau gua kata kebahagian itu berupa kesetiaan pada pasangan. Tp kenapa org brpasangan selalu ada perang dingin. Takut dapat madu ke?

KEBAHAGIAN berupa APA?
Read More

23 Apr 2013

Full Movie Dua Kalimah 2013



mari klik sini. tak percaya sudah ! haha. layan dulu. tata.
Read More

Antara Dua Darjat

Bismillahilazim.

Malam mula sunyi. Aku semakin bingung. Tak tahu macam mana nak mula.

Kelmarin hari yang sungguh rumit. Soalan yang masih lagi tak bisa di jawab.

Dua orang hamba Allah tampil menagih bantuan. Seorang wanita dermawan terkaya dalam daerah, rantai emasnya diragut. Nilai harga tidaklah setanding dengan nilai memori dan nostalgia. Kerana Rantai emas pemberian insan tercinta.


Sedang mencuba menghulurkan bantuan. Tiba2 hadir lagi seorang wanita mengharapkan belasan ihsan dari aku seorang sukarelawan. Tapi kali ini tidaklah sebesar masalah insan yang mula2 tadi.


Sekeping mata wang bernilai rm10 telah di samun. Sedih melihatnya. Namun masalah yang berupa itu, bukanlah menjadi suatu perkara yang begiti serius.


Lalu aku memilih untuk membantu insan yang pertama.


Ya, kita menilai dari segi nilai ringgit. Tapi cuba kita menilai dari segi kepentingan dan keperluan.

Kita berbalik kepada masalah yang pertama.

Diragut rantai emasnya. Namun esoknya, sang suami boleh membeli 2 hingga 3 utas rantai emas yang lain.


Namun, tidak bagi seorang marhain yang untung hasil menjalanya. Iatu 10 ringgit, telah di samun. Itu sahaja yang dia ada. Demi membeli nasi bungkus untuk 2 orang anaknya yang yatim. Tetapi hampa dan sedih. DIA DISAMUN!


Macam mana dengan korang? Kalau korang berada di tempat aku(watak imaginasi aku je) masalah yang mana korang nak bagi bantuan?


Pepatah berkata: 

"yang kaya akan terus kaya. Sedang yang miskin akan terus miskin."

Apa korang nak biarkan pepatah ini terus berleluasa! Bincangkan.


Wallahua'lam.
Read More

20 Apr 2013

Aku, Dia dan 2 Budak.

bismillahilazim.

wallpaper hd
baca sambil bukak lagu kat atas tu. baru syok. :D

suatu hari aku pergi ke taman bunga. bege dan kik kapo menjadi peneman. sedang aku makan dengan penuh ghairah. tiba2 hadir seorang lelaki dengan dua orang anaknya.

lelaki itu terus duduk di sebelah aku. dan membiarkan anaknya berlari dan bermain. sangat bising! hilang rasa nikmat makan.

aku terus memerhati gelagat lelaki itu. jelas dia slamber dan buat tak tahu. kedua anaknya terus membuat bising. sampaikan orang lain yang sedang beristirehat di taman itu pergi.

aku tak boleh bertahan. rasa macam nak pukul bapanya. lalu aku bertanya.

aku : en. minta maaf. anak2 en terlalu bising sehingga mengganggu ketenteraman orang awam. saya sedang makan bege pulak tu. hilang rasa nikmat sos blek peyper. kenapa en biarkan saja mereka menjerit seperti budak tiada hala tuju?

lelaki itu : oh. hem.

lelaki itu hanya terdiam. dia cuba melahirkan senyuman. namun kelihatan dirinya tidak bisa menahan. macam ada sesuatu yang di selindung.

lelaki itu : maaf en. sebenarnya, emak kepada dua orang anak saya itu baru saja pergi meninggalkan dunia. dan saya tak tahu macama mana nak terangkan pada mereka. 

lelaki itu terus menambah.

lelaki itu : saya minta maaf sekali lagi. saya tak tahu perangai anak2 saya mengganggu en untuk makan. maaf kan saya kerana mengganggu waktu rehat en. saya akan bawa budak2 tu jauh dari sini.

lelaki itu terus berlalu meninggalkan aku dengan sebiji bege dan sebotol kik kapo. juga membawa kedua anaknya. aku hanya terdiam. tergamam! bingung! rasa bersalah! tak tahu apa untuk diperkatakan lagi.

moral of de stori : bagi aku, jangan terlalu cepat menghukum seseorang kerana kita tak tahu rahsia di sebalik kisahnya. mungkin masalah itu kecil bagi kita. tapi mungkin itu masalah yang paling sukar untuk dia terima.

walau apa pun masalah yang mendatang. adalah sebaiknya kita menyelesaikan masalah. sebab kalau kita lari, akan timbul lagi masalah yang lain. tapi aku lebih suka lari. duduk kat tasik. tengok orang bercengkerama. tak pun teman membe aku pi memancing kat laut.

ps : jangan jadi macam aku. jadi lah diri anda sendiri. walau apa pun yang berlaku. kita TADAH!

wallahua'lam.

Read More

18 Apr 2013

Situasi Dan Perasaan Ketika di Jalanan

bismillahilazim.


kesesakan lalu lintas
gambaq tiada kena mengena

malam semalam. waktu aku dari damansara nak pulang ke rumah. aku rasa macam gelong tayar belakang.(aku naik motor je) cek2 rupanya tayar pancit. mungkin bocor halus kot. aku singgah stesen minyak. mintak sikit angin.

lepas tu, aku redah saja. malam2 mana nak cari tayermen.


dalam perjalanan pulang. tiba tiba semua kenderaan bergerak perlahan. entah kenapa. aku rasa macam nak maki. rupanya ada kereta rosak kat depan. 


terdapat pelbagai situasi dan perasaan yang dapat di simpulkan.


pertama : 


kalau aku sebagai pemandu di belakang yang dihimpit masalah jem. di sebabkan kereta di depan memperlahankan kenderaan masing2. pasti aku rasa macam nak maki. 

" bawak kereta slow2 bukan nak tolong pun. tahu cuma tolong tengok je. apa lah rakyat malaysia ni. jalan macam biasa je lah. bukannya kereta tu makan jalan orang pun. kat tepi jalan kan. lagi buat jem jalan je. hampeh! "
kedua : 

kalau aku sebagai pemandu jugak. tapi kali ni aku yang kat depan. mesti aku jugak bawak slow. tengok sambil buat muka simpati. 

" kesiannya. hem. nak tolong dah ada orang tolong. nak berhenti dah ada orang berhenti. lagi pun aku bukan pomen pun. sori bro/sis/angkel/anti. aku nak cepat ni. "
ketiga : 

kalau aku sebagai insan yang di beri ujian tuhan. kereta atau motor terdampar di sisi jalan. tayar bocor. habis minyak. brekdawn.

" ish. takpelah. tadah je lah. kalau ada yang nak tolong pun tak pe lah. hoi! tak reti bawak kereta slo2 ke? haram jadah. tak nampak aku terhencut hencut kat tepi jalan? kalau langgar aku macam mana? abah beliau "
kesimpulan yang dapat aku buat adalah :

kalau anda tak boleh membantu. sekurang kurangnya perlahankan lah kenderaan bila tengok orang tersadai kat tepi tu. sekurang kurangnya kita rasa buat diri diorang selamat. dan hadirkan rasa simpati kita kat diorang.


kalau yang kat depan jalan slow sangat. nanti yang belakang maki anda pulak. berpada padalah bagi simpati. yang kat belakang pulak. bawak2 bersabar. jangan cepat sangat melenting macam aku. haha.


wallahua'lam.


Read More

Pacat !

bismillahilazim.

jangan di sangka air yang tenang tiada pacat. walaupun hina pacat di mata manusia. walaupun geli pacat di mata manusia. namun, percayakah anda? dia mulia di sisi Sang Pencipta.

biar hidup gua di hina. walau bukan itu kemahuan hati. tapi siapa gua? untuk menolak takdir pemilik sebenar gua punya hati.

apa yang ada di depan gua langgar. walaupun rodblok yurin tes sekali pun. insyaallah. insyaallah. insyaallah.

lahaulawalaquwwataillabillahila'liyyilazim.


wallahua'lam.
Read More

15 Apr 2013

Segmen Aku Menulis Bukan Kerna Nama

bismillahilazim.


banyak. dah aku tengok yang buat segmen. rajin diorang. modal? hem.

aku macam nak mencuba. tapi follower tak ramai. almaklumlah. kadang2 orang yang tak ramai follower ni biasanya disisihkan.(jangan marah haaa.) haha.

betulkan nak jadi seorang blogger pun perlukan pengorbanan? apa sebenarnya yang boleh menarik minat pembaca? aku pun tak tahu sangat.

itu pasal lah aku menulis ikut gerak kata hati. kalau ada yang terguris. gua mohon ampun dari hujung rambut sampai hujung but dr. martin gua. haha

kadang2 aku tengok. cuma cerita pasal kisah peribadi je. itu pun mendapat tempat dari peminat. apa sebenarnya peminat ni suka? entri atau pemilik bloggernya. haha.

entah lah. aku tulis saja ni. tak berniat apa2. bagi aku. tak ramai follower pun takpe. pasal aku menulis bukan kerna nama. hoho.

tick note benda ni. anjurkan suatu segmen mampu membuatkan follower korang meningkat!

wallahua'lam.
Read More

Gitar Kapok

bismillahilazim.

tak nampak sesiapa. padahal terang benderang cahaya. lampu kalimantan terpasang luas.

saki baki ringgit kelmarin masih lagi boleh buat minum kopi ais nipis. ya, insyaallah cukup untuk beberapa waktu lagi.

merenung jam tangan di tangan kanan. oh. lupa. dah lama tak pakai. jari jemari tangan kiri mula giat berlatih. berjuang melalui muzik. penat? tidak pernah kenal pun bro.

tapi. masih lagi merangkak. dah lama tak training. sabar mentelaah gitar buruk yang aku beli bersama rakan kongsi.

ya, cerita kisah lalu. itulah tajuk utama dan cerita yang ingin aku buka. setelah kian lama mati berkubur sepi di dalam sanubari.

waktu itu tingkatan lima. pondok lepak di landa tsunami. abang aku yang robohkan. puncanya terlalu sensitif. sejak ketiadaan pondok lepak. aku dan 2 orang rakan kongsi bercadang menubuhkan organisasi yang berjudul No Women No Cry.

(ish! berhenti pulak lagu teylo swif ni.) ok sambung. organisasi di tubuhkan atas satu subjek penting yang kami lalui. secara ketentuannya kami bertiga dikecewakan untuk kali yang ke berapa kali entah. diorang aku tak pasti. mungkin berkali kali. haha.

perempuan antara sebab organisasi ini di tubuhkan. kekecewaan dan hampa atas sikap tidak matang wanita yang tidak pernah kenal erti kesetiaan. lalu kami kumpul wang yang tersedia ada. kebetulan patner sorang tu bapa dia kerja teksi. selalu angkut mat saleh dengan pak arab.

jadi banyak lah duit luar negara. dia pun mengambil keputusan untuk mengambil duit itu walau tanpa kebenaran bapanya. tu dikira apa? ok lupakan.

sorang lagi patner memang sengkek. takpe. aku sebenarnya tak faham sangat dia ni. tapi di pendekkan cerita. aku buat2 faham saja lah. (huh! habis lagi lagu teylo swif ni. dah berapa kali ripit.)

kumpul punya kumpul. cukup la seratus ringgit. gitar pun berjaya kami berjaya miliki. belajar bertiga memang susah. memandangkan masing2 ziro dalam bidang alat muzik bertali.

lalu rakan kongsi aku belajar dengan gigih. aku terpaksa melupakan walau bukannya nak ambil serius  pun. sekadar suka2 sahaja. tapi itu pun sudah tidak mendapat restu orang tua. bapa dengan bonda tidak suka melihat aku memetik gitar. tak tahu kenapa.

tapi entah macam mana. darah rocker sentiasa mengalir dalam jiwa. minat yang mendalam. kini aku kembali sepertimana rimba bara kembali. payah juga nak main. jari dah keras. nak main kod besik pun payah. takpe lah.perlahan kayuh. mungkin lambat sikit kot.

kini patner pun dah jarang main. entah2 aku lagi terer kot. haha. lima tahun sudah umur gitar tu. sejak dari tingkatan lima sampai la sekarang. baru bulan ni aku mula belajar dan bermesra dengannya. oh gitar.

persoalan aku. cinta manusia sampai ke mana? teruskan hidup. cari sesuatu untuk masa yang masih belum berlalu. kini aku sebagai silent blogger. tak top takpa. yang penting dapat meluahkan segala rasa.

wallahua'lam.
Read More

14 Apr 2013

Hanya Khayalan.

bismillahilazim.

malam semakin suntuk. waktu2 lelap sudah hampir ke kemuncak. saat ini, aku masih lagi bingung dan tak keruan.

ada tiga biji bola. tapi tak tahu nak pilih yang mana. andai aku pilih satu daripada tiga biji bola tu. namun apa ertinya kalau aku sendiri tak tahu apa itu bola.

oh semakin suntuk. rokok semakin kurang. ringgit semakin nipis. idea semakin tandus. helai rambut mula gugur.

aku bukan sumber inspirasi.

dah banyak mana aku menelaah. tapi masih lagi tidak mengerti apa yang aku menelaah.  inspirasi cimie pendo hanya khayalan. sumber pun ciplak.

ramai orang berkata. kenapa kau tak boleh jadi macam dia. macam mana kita nak jadi macam orang lain. bukankah setiap perjalanan makhluk itu berbeza beza. ada yang berjaya dunia. juga ada yang berjaya akhirat. malah ada yang berjaya kedua duanya.

siapa aku untuk merancang dengan sebaik baik perancangan.

aku hanya manusia biasa. sekadar merasa sedikit apa yang orang rasa. cukup. tak pernah lebih.

aku mendongak ke langit. merenung kisah silam. hampa? tidak sama sekali. bukankah hampa dan kecewa atas perbuatan lalu sama seperti tidak redha atas takdir Ilahi.

senyum dan terus perjuangkan apa sahaja perjuangan yang melintas di hadapan. insyaallah.

wallahua'lam.
Read More

10 Apr 2013

Lelaki Tua Dan Isteri Muda Bunuh Syaitan



Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu menawarkan beberapa perempuan untuk dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah besar malah tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam- dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.

Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampung maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain....

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampung tersebut.


Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut.


"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersetubuh kannn abang kann.. dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan".

Kata si suami "yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utuk bunuh syaitan kan, betul tak sayanggg"sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". "tak pe...tunggula malam". Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".

Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........

"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"
Read More

9 Apr 2013

Mengapa Ibu Menangis?


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya, 

“Mengapa ibu menangis?" 
"Kerana ibu seorang wanita", kata sang ibu kepadanya. 
"Saya tidak mengerti", kata anak itu. 

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kamu tak akan pernah mengerti"



 Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, 
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?" 
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. 

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah: 

1. "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan " 

2. "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya " 

3. "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh " 

4. "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya " 

5. "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya " 

6. "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu " 

7. "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya." 

Tahukah kamu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."


wallahua'lam.
Read More

Surat Cinta Seorang Rocker


Salam,

Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Yang Benar,
Rockersejati
Read More

Cerita Lawak - Pergi Masjid

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

" Kenapa? " tanya Abah.

" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? "

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

" Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Abah memaki lagi
Read More

Mana Emak!


Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.
...
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

cc : realitikonspirasi
Read More