merentas masa silam. ya. itu yang cuba saya selami dalam beberapa hari dan waktu.
dengan izin Dzatullah. yang telah tertulis di ruangan luh mahfuz. maka saya kembali ke masa silam.
tak jauh mana pun saya men'jenguk' masa lampau tu. entah kenapa tiba-tiba nak lihat gelagat sewaktu di zaman bangku sekolah agama menengah tinggi sultan salahuddin abdul aziz shah batu 38 sabak bernam.
tapi kenapa zaman itu?
hanya ada satu asbab musabab. ada sesuatu yang tertinggal di situ. ada sesuatu yang saya terlepas pandang.
ya. kenapa! langsung tidak pernah terlintas di dalam kotak fikiran fakir ini.
tapi. kerana apa?
kerana saya tahu. saya tidak sepatutnya meninggalkan ia di situ. namun. mungkin sudah terlewat. terlewat mengenali dengan lebih dekat. apakah ia sudah dimiliki?
ia terus menjadi tanda tanya.
untuk pengetahuan kalian. bukan pengisian kali ini untuk saya nukilkan lukisan hidup masa lampau. kerana ini hanya satu pengisian salam perkenalan.
lagi pula. mesin merentas masa sedang dibaiki dan dinaik taraf. maklumlah. barang lama yang dah tak terusik. jadi. semoga kalian dapat mengamati skrip drama ini nanti.
wassalam.
0 comments:
Post a Comment
kata murni sahabat2 gua.