28 Dec 2012

Aku Dengan Domino's Pizza

bismillahilazim



usia malam masih lagi menyusu. saat itu punch card sudah boleh diguna. tepat jam 8 malam. aku pun berlalu. mata lesu badan penat serta hati nan pilu. 


sampai sahaja di rumah bangglo keluarga aku. sudah bau nasi goreng cina versi jawa. hasil air tangan bonda tercinta. tetapi abang tak selera. abang aku, bukan aku. sakit perut katanya.


disuruh pula beli domino pizza. ada tangan yang memberi. cepat sahajalah tangan aku menerima. banyak duit abang aku tu. aku ulang, duit abang aku. ok2, lagi sekali. duit abang aku tu. last aku ulang, tu duit abang aku, bukan duit aku.


sampai kat domino tu. hem. menunggu. aku paling tak suka menanti. kerna penantian suatu penyeksaan. aku dah kira total mesti kurang 50 dolar malaysia. tiba-tiba.


"en. semuanya 50.45 dolar malaysia."


mujur kantung aku penuh duit syiling. keluar saja resit, aku terus buat kajian. istilah sains matematik waktu di sekolah rendah semuanya keluar. jelas kiraan aku tepat. aku masih tak puas hati. lastly, aku pakai formula matematik kejuruteraan semesta 2 diploma teknologi berasaskan kayu.


oh ! patut la. ada cukai kerajaan rupanya.(gov tax). tapi tak sangka pula sampai 2 ringgit 85 sen. tak sampai rumah lagi. aku dah sental satu slice kat dalam kereta sambil tangan kiri pegang stereng. setibanya di rumah, aku buat sedikit research berkaitan cukai ni.


ok. rm 2.85 dikenakan untuk setiap pembelian. kalau satu hari 10 pembelian. dalam satu hari sudah rm 28.50 hasil kutipan cukai. ni untuk satu cawangan. cincai kira ada 20 cawangan di dalam satu selangor. 20 darab dengan rm 28.50 = rm570 satu hari.


kalau nak kira tahunan. darab dengan 365 hari untuk mendapatkan cukai kerajaan dalam setiap pembelian di domino pizza dalam masa setahun. rm570 darab dengan 365 = rm208 050(dua ratus ribu lima puluh ringgit malaysia sahaja) tu baru kira2 untuk 10 pembelian di dalam 20 cawangan yang terdapat dalam negeri selangor dalam masa setahun. kalau satu malaysia ?


WOW ! ana setuju. "jual manusia lagi untung dari jual unta"


tu belum termasuk cukai dekat burger Raja. dekat uncle ayam goreng kentucky. A dan W. Israel Donald. jusco. giant. tesco. kasut futsal jenama puma gua. 


akhir kata. majulah cukai untuk ______ ? (bincangkan)


wallahua'lam.
Read More

26 Dec 2012

Cerita Aku Dengan Pemetik Api

bismilillahilazim



bila pemetik api gua petik2. dalam tidak sedar. sudah ada 3 jenis warna pemetik api yang berlainan gua perolehi. lalu, gua terus petik dan memetik. 

malam terus kelambu. namun mata masih lagi terganggu. sinaran cahaya lampu kalimantan menusuk panca indera. membuatkan gua terus terjaga.

sejenak gua membilang dosa kelmarin. namun hampa, tidak terkira. sambil ditemankan kalimah cinta. memori lampau muncul mengisi kekosongan masa.

pada satu ketika. waktu dimana kanak2 tidak berdosa bermain lighter. mercun serta bunga api. siapa yang tak suka dengan lighter yang boleh adjustable. sekejap api tu naik. sekejap api tu turun.

tapi kalau sekarang remaja2 pakai lighter tu orang dah fikir lain. "tak lain tak bukan. ice baby la tu."

jangan katakan mulut orang. ni ha, mulut sendiri yang sentiasa bersama pun tak boleh nak jaga.

saat itu, gua salah beli. gua beli cricket. walhal, lighter tu la sekarang menjadi pilihan ramai. "Lebih Penyalaan".

tapi gua mahu juga lighter kawan gua tu. gua bukan nak apa. cuma nak buat sistem barter saja. entah kenapa, dia begitu cepat benar mengalah. mungkin gua lebih muda ? mungkin.

"ambillah. aku tua kena mengalah."

aku senyum riang. dalam hati biadap mengejek. keh3.

sampai ke hari ini. selepas hampir 5 tahun ++ dia pergi. baru gua sedar. dia bukan kawan. tetapi sahabat terbaik pernah gua ada. sepanjang gua berdiri di atas kudrat Allah ini.

wallahua'lam.
Read More

22 Dec 2012

Perjalanan Pulang Dingin Sekali

bismillahilazim

licin sungguh perjalanan ini pada awalnya. aku memulakan kerjaku dengan kalam Allah. setelah bermula, aku nampak lebih yakin. setiap inci penjuru aku ukurkan. setiap tinggi syiling, aku perhatikan. 

hem. berat 66. entah kenapa selepas habis ukur. rasa kurang yakin dengan hasil kerja aku. macam nak ukur sekali lagi. tapi, masa tak mengizinkan. takpa lah. apa sahaja yang berlaku lepas ni, gua tadah. insyaallah aku siap untuk di hamun. kalau silaplah ukuran aku tu.


ok. aku ingat boleh lah balik awal. habis ukur pkul 7.33 malam. rupanya niat busuk tu tidak diizin oleh Dzat yang Maha Agung. Dia turunkan hujan curah mencurah. di tambah pula angin memukul kuat. redha. terpaksalah aku maghrib di rumah customer. nak kata panjang lebar bercerita tu boleh di bayangkan macam aku ulang alik meru 

sampai seksyen 13 shah alam dua round.




hujan masih lagi membiarkan aku terleka dengan keropok ikan hidangan tuan rumah. mujur aku sedar dan menguatkan semangat untuk meredah. lagipun hujan tatkala itu hanya sekadar jentik buku lali pakai jari kelingking tangan kiri aku.


lalu, aku pun berlalu. di setiap perjalanan bermacam ragam aku lalui. terutamanya jalan seperti rata. rupanya indah kabar dari rupa. lopak yang bertakung air aku langgar. makin jahanam fork motor kriss solid black gua.


ada sebentar aku terpaksa buka cermin helmet aku. asbabnya jalan gelap kurang tiang lampu jalan, sambil2 lampu motor macam torchlight fone nokia E71 secondhand aku. sedang aku layan menikmati air hujan menjentik jentik wajah. tiba2.


SPLASH !


aku tenung kereta iswara yang agak buruk tu. selamba saja dia langgar lopak besar tu. habis muka aku di simbah percikan air lopak yang bertakung. memang perasaan aku hampa dan marah. lalu aku fikir dalam2. itu bukan salah dia. juga bukan salah aku. juga tiada sesiapa yang bersalah. kerna ianya adalah hadiah dan nikmat yang berupa ujian di berikan oleh tuhan kepada aku.


selepas kejadian air lopak yang menempeleng wajah aku. walau rasanya seperti di tempeleng guna spender yang basah. aku meneruskan episod sabar dan redha ini sampai pulang ke rumah. di setiap saat selepas peristiwa itu, membuatkan aku terus tersenyum dan menikmati lebihan rahmat kurniaan Ilahi. setiap titisannya aku di basahi. mengalir di setiap kelopak2 wajahku terus turun ke kaki.


ALAMAK !


sudah habis basah lenjun aku rupanya. namun siapa sangka, buka pintu rumah saja sudah bau nasi goreng kampung telur mata kerbau separuh masak. alahamdulillah. kenyang sudah.

wallahua'lam.
Read More

20 Dec 2012

Usia Blog Aku

bismillahilazim

dalam tidak sedar. hampir setahun setengah jari jemari ini menaip di blog yang tidak kurang hebat keusangannya. bila aku baca balik entry yang sebelum2 ini, semua jelas memaki hamun dan menasihati. tidak lain dan tidak bukan, jelas semuanya adalah untuk diri yang masih lagi kotor lagi hina ini.


namun, sejak 3 hingga 4 bulan sebelum ini. segala penaipan aku mungkin sukar difahami pembaca. malah kadang2 aku sendiri kena ulang2 baca untuk mengenal pasti apa sebenarnya ayat yang aku taip. setelah membuat tinjauan semula pada malam ini. jelaslah,entry yang sukar untuk di fahami itu adalah tentang diri aku.


kias kiasan yang mungkin hanya diri ini sendiri yang memahami. saat di mana hari itu ibaratkan aku dihempap oleh dosa2. mungkin jua ada sedikit luahan isi hati yang aku malu untuk tonjolkan secara terbuka. lalu aku simpulkan di dalam kesenian penulisan yang sukar untuk diterjemahkan.


aku harap. entry2 yang terbaru selepas ini. akan lebih bermanfaat untuk kalian. dan lebih mudah untuk difahami.


wallahua'lam.
Read More

19 Dec 2012

Aku Menilai Kehidupan Dari Sudut Berbeza



bismillahil a'zim 

Dalam dakapan cinta aku yang sulong, aku melihat tiada yang lain melainkan dengan daya dan izin Allah segala2nya.

Entah kenapa. Aku melihat masa maju ku penuh dengan cerah gemilang. Tetapi aku simbah dengan hitam pekatnya cat. maka gelaplah hidupku dari pandangan mereka. Akan tetapi, hakikatnya terselindung segala kebahagiaan yang aku kecapi.

tolak rezeki, pemalas, buang masa itulah hujah yang 'halal' dari mereka yang akan aku hadapi dengan gembira.

Segala 'hadiah' dari mereka yang tidak 'melihat', akan ku redha. Apabila perkara itu terjadi janganlah membilang2 soalan yang sama dituju padaku. jangan pernah tanya kenapa. Kerna aku sendiri tidak tahu kenapa.

'aku menilai kehidupan dari sudut berbeza' 

Read More

5 Dec 2012

Kriss 110. Solid Black


penat. letih. ya aku sungguh keletihan. kerja yang hanya menunggu waktu balik. penantian satu penyeksaan. setelah selesai segala galanya. aku pun rehat di ruang makan rumah. sambil menikmati segelas air kosong.

hairan. pelik. apakah air yang aku minum ini ? manis seolah olah aku minum sekotak drinho perisa tebu. tidak habis di teguk. hanya separuh gelas.


baik. tenang. segala galanya bermula dengan perasaan riang. pantas dan cekap aku memutar skru. bagaikan aku begitu mahir dalam bidang automotif.


teori pertama aku menjadi. dalam perasaan gembira sambil melahirkan secebis senyuman. aku pun mula memasang kembali skru enjin. setelah minyak hitam yang lama telah mengalir habis keluar.


diam. senyap. sunyi malam ditamat kan dengan derauan enjin kriss berkapasiti 110. 


kecewa. hampa. minyak 4T keluar lembut alirannya. aku biarkan seketika. tapi ia tetap mengalir. walau aku memberi arahan sebaliknya. lalu cub motor yang menjadi mangsa.


serabut. tertekan. jiwa beralih dari tuhan. entah ke mana fikiran aku melayang. sampaikan hadiah berupa ujian dari tuhan itu aku khianati. aku terima. tapi dalam keadaan yang marah. dan hampa. 


ya Allah. apakah sifat keji hamba mu ini akan terus berulang ulang.


tawakal. berserah. aku mulakan kembali sambil menzahirkan asma' Nya di sanubari. bukan diri ini yang melakukan. bukan diri ini yang membetulkan. jua bukan diri ini yang menjayakan.


segala galanya adalah dari Dia. Dia lah yang melakukan. aku pasrah dan berserah sahaja apa yang Dia tentukan. Alhamdulillah. ternyata tiada satu pun melainkan Allah.


akhirnya kriss solid black mula beraksi.
Read More

2 Dec 2012

Kisah Sufi : Kehebatan LELAKI SEJATI

“Tuanku, engkau boleh berjalan di atas air!” murid-muridnya berkata dengan penuh kekaguman kepada Abu Yazid al-Bistami.

“Itu bukan apa-apa. Sepotong kayu juga boleh,” Abu Yazid menjawab. 

Read More

1 Dec 2012

Rahsia Angka Tujuh.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Allah menciptakan 7 hari dalam seminggu. Langit sebagai atap kita terdiri dari 7 tingkat. Tanah yang

kita pijak ada 7 lapis. Tubuh kita terbagi menjadi tujuh bagian. Surah Al Fatihah ada 7 ayat, dan
berbagai jumlah tujuh yang lain. Apa makna dibalik angka tujuh itu?

Asy-Syaikh Al Imam Abu Nashr Muhammad bin Abdirrahman Al Hamdani dalam kitabnya Assab'iyyatu fi Mawa'idhil Barriyah menyatakan, Dzat Pencipta yang sangat besar  kekuasaan-Nya dan sangat tinggi kedudukan-Nya yaitu Allah SWT telah menghiasi tujuh perkara dengan tujuh perkara. Dan menghiasinya pula bagi tiap-tiap tujuh perkara itu dengan tujuh perkara lainnya. Hal tersebut sengaja Allah ciptakan untuk memberitahukan kepada orang-orang yang berilmu bahwasanya di dalam angka tujuh itu mempunyai keunikan, dan rahsia yang besar.


- Pertama, Allah menghiasi udara ini dengan tujuh lapis langit sebagaimana firman Allah dalam surah An Naba' ayat 12, "Dan Kami (Allah) jadikan di atas kamu tujuh (langit) yang kukuh." Allah menciptakan langit dunia pertama dari air, langit kedua dari embun, langit ketiga dari besi, langit keempat dari perak, langit kelima dari emas, langit keenam dari mutiara, dan langit ketujuh dari mira delima. Setelah itu dibelahnya, yang antara tiap-tiap bagian berjarak lima ratus tahun.Kemudian Allah menghiasi langit itu dengan tujuh

bintang. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al Hijr ayat 16, "Dan sungguh Kami telah menjadikan gugusan bintang di langit dan Kami telah menghiasinya bagi orang-orang yang memandangnya." Tujuh bintang yang dimaksud adalah bintang Zuhal, Musytari, Marikh, Syamsu, Zahra, Athorid dan Qamar.

-Kedua, Allah telah menghiasi tanah yang lapang dengan tujuh lapis bumi. Sebagaimana firman Allah dalam surah Ath Thalaq ayat 12, "Allah-lah yang telah menciptakan tujuh langit dan bumi seperti itu pula ...."

Kemudian Allah menghiasi (bumi) itu dengan tujuh lautan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Luqman ayat 27, "... dan laut, ditambahkan kepadanya tujuh laut lagi sesudahnya..." Tujuh lautan yang dimaksud adalah lautan Thobaristan, Karman, Oman, Qolzam,Hindustan, Rum, dan Maghrib.

-Ketiga, Allah telah menghiasi neraka dengan tujuh tingkatan, yaitu neraka Jahannam, Sa'ir, Saqar, Jahim,

Huthamah, Ladho dan Hawiyah. Tentang nama-nama neraka ini sesuai dengan firman Allah, neraka Jahannam dalam surah Al Hijr ayat 43; neraka Sa'ir dalam surah AlInshiqaq ayat 12; neraka Saqar dalam surah Al Muddatstsir ayat 42; neraka Jahim dalam surah Asy Syura ayat 91; neraka Huthamah dalam surah Al Humazah ayat 5; neraka Ladho dalam surah Al Ma'arij ayat 15;dan neraka Hawiyah dalam surah Al Qari'ah ayat 9.Allah menghiasi tiap-tiap neraka itu dengan tujuh pintu. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al Hijr ayat 44, "Neraka itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu telah ditetapkan untuk golongan tertentu dari mereka."

-Keempat, Allah menghiasi Al Quran dengan tujuh surah yang panjang. Dan Allah menghiasinya pula dengan tujuh ayat Ummul Kitab Al Fatihah, sebagaimana firman Allah dalam surah Al Hijr ayat 87, "Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah berikan kepadamu (Muhammad) tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang (yakni Al Fatihah) dan Al Quran yang agung."


-Kelima, Allah menghiasi manusia dengan tujuh anggota badan, yaitu dua tangan, dua kaki, dua lutut, dan satu wajah. Kemudian Allah menghiasinya dengan tujuh peribadatan, yaitu dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berkhidmat, dua lutut dengan duduk, dan wajah dengan sujud, tujuh anggota badan manusia ini adalah tujuh anggota tempat sujud.

Ada sebagian ulama yang mengatakan bahwa tujuh anggota badan manusia ini adalah otak, urat, urat syaraf, tulang-belulang, daging, darah, dan kulit. 

-Keenam, Allah menghiasi umur manusia dengan tujuh

tingkatan (tahapan). Pada masa baru lahir dinamakan tahapan radhi' (menyusu), kemudian tahapan fathim
(disapih), tahapan shabiyyi (bayi), tahapan ghulam (kanak-kanak), tahapan syaab (pemuda atau remaja),
tahapan kuhul (menginjak usia antara 30-50 tahun), dan terakhir tahapan syaikh (masa tua). Selanjutnya Allah menghiasi tujuh tahapan umur ini dengan tujuh kalimat yaitu ucapkanlah kalimat syahadat, Laa Ilaaha Illaa Allaahu Muhammadar Rasuulu Allaah. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al Insyiqaq ayat 19, "Sesungguhnya
(kejadian atau penciptaan) kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan)."

- Ketujuh, Allah menghiasi dunia ini dengan tujuh negeri yang besar, yaitu 1. Hindustan, 2. Hijaz, 3. Bashrah,Baduyah, dan Kufah, 4. Irak, Syam (Siria), Kurasan sampai Balakh, 5. Roma dan Armenia, 6. Ya'juj dan Ma'juj, dan 7. Cina Turkistan. Allah menghiasi tujuh negeri yang besar ini dengan

tujuh hari, yaitu Ahad, isnin, Selasa, Rabu, Khamis,Jumaat, dan Sabtu. Dan Allah memuliakan ketujuh hari ini dengan tujuh dari para nabi, yaitu Allah memuliakan Nabi Musa dengan hari Sabtu, Isa bin Maryam dengan hari Ahad, Dawud dengan hari isnin, Sulaiman dengan hari Selasa, Ya'qub dengan Rabu, Adam dengan hari Khamis, dan Muhammad beserta umatnya dengan hari Jumaat.

maka gua pun bersyukur setelah 7 bulan berlalu. akhirnya takdir gua sebagai seorang penganggur yang berjaya pun tamat kisahnya. tapi ingat. rasullallah tak pernah bersabda apa2 tentang keistimewaan nombor. lepaih ni jgan dok tikam pula. biarlah angka tujuh ni menjadi rahsia Dzat teragung.


 wallahua'lam.
Read More

5 Nov 2012

Dua Orang Nelayan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

salam bermula pembuka bicara. pegangan terindah Islam tercinta. menerokai susur gelap gelita. sambil membawa panji obor pelita.


pandangan gua kabur hari ini. antara haq dan batil tak dapat di bezakan lagi. lalu gua bangkit dan teruskan mendaki ke langit. lalu terlintas perkataan Istidraj di batin.

apa itu istidraj ? sebenarnya gua pun tak faham. mujur ada pakcik google.  pakcik yang boleh jadi selangkah mendatangkan pahala. boleh jadi juga selangkah ke jalan neraka.


istidraj adalah setiap kali hambaNya (insan) membuat/ menambah/ membaharui kesalahan yang baru maka setiap kali itu juga Allah akan membuat/ menambah/ membaharui nikmatNya ke atas hambaNya itu dan setiap itu juga Allah membuatkan hambaNya itu lupa untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukan terhadapnya dan setiap itu juga Allah akan mengambilnya sedikit demi sedikit(ansur-ansur) dan Allah tidak mengambilnya dengan cara yang mengejut!

ada satu kisah yang membuatkan jiwa gua tenang aman dan tenteram. di mana terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.


Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”


gua menangis kegembiraan. melihat kasih itu sebenarnya berupa ujian. syukur gua ucapkan.
Read More

2 Nov 2012

Penaip Menaip Penaipan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

penulisan kini bukan lagi di atas kertas. tapi tetap dikatakan penulis menulis penulisan. apakah sebab tidak elok telinga mendengar jika diubah kepada penaip menaip penaipan.

gua rasa itu hanya pada permulaan waktu yang di mana halwa telinga masyarakat tidak akan menerima. malah mungkin sampai ada yang mengatakan.


"jangan hina bahasa bangsa kami ! "


namun, gua percaya dan YAKIN. pokok yang baru bisa menghasilkan buah yang baru. yang enak dan manis rasa di lidah.


toyib. mengikut pandangan seorang penganggur yang berjaya macam gua, perubahan itu perlu di lakukan pada diri atau pada negara. setiap perubahan untuk ke arah yang baru mempunyai risiko. sama ada risiko kepada yang mengubah dan yang diubah. macam gua. dari seorang student kepada penjaja jubah. dari penjaja jubah kepada penjaja west food. dari penjaja west food kepada pengangur yang di hormati oleh rakan dan taulan. keh keh keh.


namun, selagi kita tidak tahu akan penghujung jalan cerita Allah ini, apalah salahnya jika kita mencuba. kalau hina di hujung nya, maka hina lah. kalau sesat di hujung nya, maka sesat lah. kalau benar di hujung nya, maka benarlah. kalau indah dihujung nya, maka indahlah. 


so, let s go to get a something new. betul kah grammar gua ni? keh keh keh.
Read More

Kasih Ibu Tidak Terbayar


PERINGATAN  gua mohon sila sedia kan tisu sebelum baca .. memang sedih bila baca ni :'(

SHARE IF YOU ♥ YOUR MOM
<--- Sayangilah ibu anda semua . . =))

orang kata aku lahir dari perut mak . . .
(bukan orang kata...memang betul)

bila dahaga,yang susukan aku...mak

bila lapar,yang suapkan aku...mak

bila keseorangan,yang sentiasa di sampingku....mak

kata mak,perkataan pertama aku sebut...mak

bila bangun tidur,aku cari...mak

bila nangis,orang pertama yang datang...mak

bila nak bermanja,aku dekati...mak

bila nak bergesel,aku duduk sebelah...mak

bila sedih,yang boleh memujukku hanya...mak

bila nakal,yang memarahi aku...mak

bila merajuk,yang memujukku cuma...mak

bila melakukan kesalahan,yang paling cepat marah...mak

bila takut,yang tenangkan aku...mak

bila nak peluk,yang aku suka peluk...mak

aku selalu teringatkan...mak

bila sedih,aku mesti talipon...mak

bila seronok,orang pertama aku nak beritahu...mak

bila bengang,aku suka luah pada...mak

bila takut,aku selalu panggil "mmaaakkk"

bila sakit,orang paling risau adalah...mak

bila nak exam,orang yang paling sibuk juga...mak

bila buat hal,yang marah aku dulu...mak

bila ada masalah,yang paling risau...mak

yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni...mak

yang selalu masak makanan kegemaranku...mak

yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku...mak

yang selalu berleter kat aku...mak

yang selalu puji aku...mak

yang selalu nasihat aku...mak

bila nak kahwin...orang pertama aku tunjuk dan rujuk...mak

♥ AKU ADA PASANGAN HIDUP SENDIRI ♥


bila seronok,aku cari...pasanganku

bila sedih,aku cari....mak

bila berjaya,aku ceritakan pada...pasanganku

bila gagal,aku ceritakan pada...mak

bila bahagia,aku peluk erat...pasanganku

bila berduka,aku peluk erat...emakku

bila nak bercuti,aku bawa...pasanganku

bila sibuk,aku hantar anak ke rumah...mak

bila sambut birthday pasanganku,aku bersusah payah mencari hadiah

bila birthday emakku,aku cuma dapat ucapkan "selamat hari lahir mak"

selalu..aku ingat pasanganku

selalu..mak ingat kat aku

bila-bila..aku akan talipon pasanganku

entah bila..aku nak talipon mak

selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

entah bila aku nak belikan hadiah untuk emak...

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya..........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang
dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

JADI DI MANA PUN IBU KORANG ADA SEKARANG NI PERGI LAH CARI DAN PELUK DIA SELAGI BELUM TERLAMBAT
Read More

Wanita Jangan Jadi Murah !

Wanita jgn jadi MURAHAN di mata LELAKI 


Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak siap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.
Bapa G : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menegur si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : eh.

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa G : nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya
Bapa G : oh..
Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.
Teruna : segan cik. Hehe
Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti
Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa G : boleh takda masalah
Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa G : kalau boleh 20 ribu
Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu cik?
Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki
Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?
Bapa G : itu kenalah Tanya maknya
Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?
Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu G : abahnya!
Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu G : boleh sikit-sikit kot
Teruna : kali terakhir bila?
Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm.
Ibu G : kenapa?
Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.
Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa G : serius lah sikit.
Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je. Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.
Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”

“petang ni takde mood nak keluar, Sory.

Minggu depan ayah suruh hantar rombongan.
Read More

31 Oct 2012

Apakah Itu Bahagia ?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



saat genggam erat emas. peluk cumbu kasih keluarga. diri bersih sihat kemas. otak cerdas sangat geliga.

adakah ini bahagia? benarkah emas dapat membahagiakan? berkeluarga? sihat sentiasa? fikiran yang bernas?


waktu mula bikin aku keliru. di himpit tekanan perasaan. tanpa wang, harus bagaimanakah aku ingin menjamin keluarga. tanpa kekemasan diri, dimana cara untuk mendapat buah fikiran.


gelisah dalam kebasahan. aku merayu. di mana bahagia. jelas aku kecewa. terpancar di jiwa.


melihat mereka senang dan gembira berterbangan di angkasa. sedang aku terduduk tersenyum sendirian. sayap sudah di kait. namun berkali juga putus jahitan. aku melihat lagi. kali ini melihat sayap pemberian ilahi. apa guna sayap diberi namun tidak ada praktikal.


hati kecut remuk berderai. di tambah di uji melihat mereka terbang bebas. kali ini mereka tanpa sehelai bulu sayap pun. namun mereka mampu bergerak bebas di awan. bahkan di beri insang, tetap jua mampu berlumba dengan helang. mula menimbulkan pelbagai firasat dari sekecil hati kotor. lalu hati berkata, apakah itu bahagia?


aku masih lagi tersenyum, sampaikan gelak perlahan. tona warna sedikit kusam. tanda kecewa sayap jadi pekasam.


aku cuba menyelam. bersama sayap sayap yang rapuh. namun ramai yang pelik dan bertanya.


"mengapa kau menyelam di sini? sedangkan kau ada sayap. apakah kau tidak sayang dengan sayap itu?'

"kalau kau tahu peluang untuk terbang tipis. kenapa kau pilih untuk mendapat sayap?"

aku cuma mampu tersenyum menutup malu dan kecewa. sedikit rasa kesal mula terbit. walau aku tahu, itu tanda tidak redha atas pemberian Dia. jelasnya, andai aku diberi peluang untuk bernafas dalam laut ataupun berjalan di angkasa, adakah aku akan bahagia ?
Read More

30 Oct 2012

Ikhlas

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


gua sangka mudah tapi hakikat sebenarnya payah. bodoh nya gua dengan sangkaan yang angkuh dan yakin pada kudrat diri. astaghfirullahalazim. sampai begitu sekali gua sematkan dalam hati. apakah gua lupa bahawa kudrat itu hanya dengan izin Yang Esa.

sesungguhnya manusia itu mati. kecuali yang berilmu. yang berilmu pula tertidur. kecuali yang mengamalkan ilmunya. yang mengamalkannya pula tertipu. kecuali yang ikhlas.

soal ikhlas ini bagaimana hendak digambarkan dengan gambaran atau segala imaginasi kita? untuk lebih jelas ia perlu di lakonkan dengan perwatakan pelakon pelakon yang bisa berlakon. selain itu, ikhlas juga boleh di gambarkan melalui huruf. ya itu lah alif + khof + lam alif + sod.


mereka memberi pemberian dari tangan kanan mereka itu sambil mengatakan, "terimalah, saya ikhlaaass".
mereka menghulurkan bantuan sambil menyerahkan cek berpalang sebesar biri2 yang bercoretkan "sumbangan ikhlas dari persatuan kebajikan tanah gambut". ya, mereka kata itu ikhlas.

gua pernah teringat akan hujah bapak gua. dia juga turut mendengar dari suatu majlis ilmu. yang di mana mempunyai metafora yang berkaitan dengan ikhlas. untuk di lihatkan bagaimana ikhlas yang perlu dipersembahkan.

ibaratkan kalian sedang melunaskan hajat. setelah makanan2 di hadam. lalu kalian pun ke tandas. melaburkan segala sisa2 coklat ke dalam tandas. tanpa melihat. dan tanpa berkira2. setelah selesai proses pembersihan, kalian pun terus berlalu mengerjakan kerja2 yang perlu dilaksanakan selepas itu. 

dalam tidak sedar. kita sudah ikhlas melabur sisa itu. kerna tidak seorang pun yang tahu akan pelaburan itu. malah kita sendiri pun tidak tahu berapa besarkan pelaburan sisa kita itu. juga kita tidak berkira2 berapa ketulkah sisa2 itu. 

mungkin ia nampak sedikit menjelikkan. namun gua percaya. ia satu perhubungan kait yang jelas menampakkan apa itu ikhlas. bukan sahaja mereka, malah diri sendiri tidak tahu berapa besar pengorbanan yang telah dikorbankan itu. bahkan Allah sahajalah yang Maha Mengetahui.

wallahua'lam.
Read More

29 Oct 2012

Entah la nak.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

lepas sahaja berhenti hujan petang hari isnin ini. maka genab lah 6 bulan gua bertapa di rumah. perkara yang sia2 sudah pasti tidak pernah putus gua lakukan. contoh teladan untuk kaki gamers. mohon layan fifa13.


sedihkah hidup gua hari ini ? memalukan kah hidup gua lepas tamatnya pengajian diploma di PSA. gua cuba tidak ambil peduli terjahan mulut longkang masyarakat setempat. gua tabah menerima. dan sudi menjadi pendengar yang baik.




namun, hati tidak boleh menipu. sukar untuk gua telan dalam2. bukan mudah. gua sembunyikan gulana gundah. riak muka pilu tidak bisa di tipu. gua tenung wajah mak bapak. lalu gua tunduk. terasa diri tiada guna. 

mungkin takdir gua bukan seperti kalian yang berkemeja dan bertali di leher. mungkin juga takdir gua bukan tunggu wang bank in hujung2 bulan. gua tak bisa menayang muka di khalayak. gua tidak mampu untuk lancar dengan hujah lidah. gua sentiasa tak perform. dah apply kerja tapi tak mahu pula. bukan memilih. cuma berkira. entah lah nak. 


lalu, senyum gua terbitkan. agar kalian gembira melihat gua gembira. semoga dengan senyuman yang di lontarkan. bersama lesum pipit di sertakan. gua mohon kalian semua gembira. apabila kalian melihat gua gembira.


salam.
Read More

20 Oct 2012

Ku Tangiskan Dalam Perjalanan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Perit pergelangan tangan masih lagi terasa. apakah kerna diri masih tercela. bayu membelai wajah ceria. sedang di hati amat derita. menanti rona warna pelangi. tetapi sayang, ia tiada di tengah hari.


cahaya kehijauan kelmarin di kotori. menyesal kemudian tiada guna lagi. terus redah ke hadapan. menerokai ranjau kehidupan. membawa panji panji harapan. berharap mendapat kemenangan. semoga merasai rahsia makrifat tuhan. kerna di situ letaknya ketenangan dan keindahan. 


ku tangiskan dalam perjalanan. sejenak berfikir akan kepayahan. bukan senang menawan ruh nafsu. yang liar sejak dulu. 


bagaimanakah agaknya melihat apa yang mereka tidak lihat. rasa apa yang mereka tidak rasa. 


lelah jantung ku tolak jauh. bunga daphen di telan mahu. parut wajah tidak peduli. asal mendapat cinta hakiki.
Read More

3 Oct 2012

Agama Sekadar Tempat Berteduh

ramai yang sesat di jalan gelita. akibat lampu suluh yang luluh. adat lebih indah dari permata. agama sekadar jadi tempat berteduh.

ramai mengingati sambutan ulang tahun lahir. tetapi kurang amalan pada diri mereka tidak khuatir. sedang itu tanda mati semakin hampir. ayuh istighfar kerana hati umpama ibu pasir.
Read More

28 Sept 2012

Mungkin Ini Hanya Alasan


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 


bukan tidak minat. mungkin tiada bakat. mungkin jua tidak terikat. untuk terpaut di jiwa terjerat.

aku penjara perasaan takbur. namun bukan mudah untuk dikunci. di situlah tempat melabur. di situlah tempat bersuci. aku tidak selesa.

mendongak di sebelah barat. kekuningan sedang mendarat. leka melayan kudrat. sehinggakan lupa untuk "istirehat".

bukan seorang yang bersih jiwa. malah kotor lagi hina. juga bukan mahu berkhutbah. sekadar telunjuk diri jua.







-salam
Read More