7 Apr 2014

Khasiat Cengkih Dalam Bidang Kesihatan




Apabila disebut bunga cengkih pasti suri rumah kita mengenalinya sebagai bahan masakan yang tidak boleh dipisahkan dalam ramuan membuat kuih atau masakan

Cengkih atau nama saintifiknya Eugenia Aromaticum mengandungi bahan bahan seperti manganese, vitamin c, vitamin k, omega 3 (fatty acid), magnesium, kalsium dan fiber yang tinggi. 

Bunga cengkih juga mengeluarkan aroma disebabkan bahan aktif nya yang bernama eugenol dan ekstrak bahan ini mempunyai nilai antiseptic dan juga "anaesthetic" .



Khasiat bunga cengkih

1.Menghitamkan alis mata(kening) 

Caranya: 5-7 biji bunga cengkeh kering dibakar sampai hangus, kemudian ditumbuk  halus dan ditambah dengan minyak badam secukupnya. Oleskan pada alis mata setiap petang

2. Menguatkan jantung 
 Cara nya : Bunga cengkeh yang kering, dikunyah dan dihisap airnya, lakukan setiap hari. Minyak cengkeh dapat memperkuat lendir usus dan perut serta menambah jumlah darah putih.

3. Mengubati Campak 

Cara nya:10 Biji bunga cengkeh direndam dalam air masak semalaman. Kemudian ditambah dengan gula batu dan dikacau sampai rata. Lalu diminum sedikit demi sedikit secara teratur

4. Menghilangkan Sakit Gigi

Cara nya : Sakit Gigi - Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan pepesan tersebut ke dalam gigi yang lubang. Keredaan sakit gigi akan beransur pulih. Boleh di kunyah bersama halia

5. Menghilangkan rasa mual dan pening

Caranya : Kemam atau hisap bunga cengkih dan mamah sedikit dengan kemenyan putih

6. Menghilangkan Bau Mulut

Caranya : Ambil sekuntum bunga cengkih hidup atau yang telah kering dan kunyah, nafas anda akan berbau harum atau tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih lakukannya tiga hari sekali

7.Menghilangkan Bau Peti Sejuk

Cara nya: Bagi menghilangkan bau yang kurang enak, masukkan segelas kecil bunga cengkih kedalamnya selain daripada seketul arang kayu.

8.Radang Hati

Cara nya : Minum susu kambing yang dicampur dengan bunga cengkih dan madu asli. Susu tersebut hendaklah dipanaskan setiap pagi dan petang.

9.Selsema

Caranya :Rebuskan jus halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada sulah dengan sukatan sama banyak (satu sudu besar) kedalam 1liter air. Minum air rebusan tersebut ketika masih suam.

10.Sembelit

Caranya : Buah manjakani, buah pala, bunga lawang dan bunga cengkih digiling halus kesemuanya. Bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak. Minum sebanyak tiga pagi bersama air suam yang dicampurkan dengan madu dan telur ayam.

11. Mengelakkan Semut

Cara : Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula bagi mengelakkan semut. Semut akan hilang dan gula berbau harum.

12. Perangsang seksual 

 Caranya: Masakkan bunga cengkih dengan minyak zaitun dan biarkan sejuk. Sapu dan urutkan minyak tersebut pada alat kelamin lelaki beberapa ketika sebelum bersama. Hasilnya kelazatan yang tidak terhingga serta mempercepatkan inzal wanita.

cc : sibersensasi.blogspot.com

note : tapi kalau anda mahukan kesemua khasiat dalam satu kaedah. ikut petua aku. mula2 potong atau belah cengkih. 3 - 7 batang. lepas tu balut dengan tembakau jeram brand menggunakan kertas tst warna kuning. kemudian bakar dan hisap. ermm. dunia ku dunia mu. tiada lagi.

-inspirasi cimie pendo-
pencinta yang menyinta
pengkaji flora dan fauna
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.