21 Apr 2014

Bukti Luasnya Ilmu Allah

saya hanya tersenyum melihat mereka berhujah. bertukar2 dan bercanggah dalam memberi pandangan dan pendapat.

kerana berlainan pandangan atau bercanggahan pendapat adalah bukti betapa LUASnya ilmu Allah itu. 

Dia tak bagi semua sekali ilmu pada seseorang. bahkan dibahagi2 sama rata pada setiap makhluk dengan adil dan saksama. hatta muhammad s.a.w. sekalipun.

sepertimana kata bonda. tak semua pandai masak burger. walaupun hari2 masak lauk pauk di rumah.

tiada satu pun yang tidak benar. melainkan semuanya benar2 belaka.

tiada satu pun yang wujud. melainkan hanya wujud Dia belaka.

sesedap rasa burger itu hadir dari kurniaan Allah. ketidak sedapan rasa burger itu pula hadir dari kelemahan. kelalaian. kelekaan. kesalahan diri saya sendiri.

namun. YAKINLAH HAKIKATNYA! burger yang sedap itu rezki Allah. yang tidak sedap itu ujian Allah. maka semuanya dari Dia. dan kepada Dia jualah kita kembali.

Allahua'lam.

-inspirasi cimie pendo-
pencinta yang mencinta
part time writer

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.