27 Mar 2012

Hebatnya Mereka Yang Sebelum Kami

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


ayuh assyabab !
hebatnya mereka mereka sebelum kami. mengapakah mereka mereka itu hebat. apakah rahsia yang menjadikan mereka sungguh hebat. sedangkan usia kami yang muda. tidak menyaingi kehebatan mereka mereka terdahulu sebelum kami. walaupun mereka juga muda seperti kami hari ini.
Read More

19 Mar 2012

Rintihan Kecil (8)

Lilin Kecil Menerangi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

bila hamba ingin terbang ke angkasa. hamba mendongak ke atas langit biru muda. oh jauhnya perjalanan hamba.

bila gua sampai ke langit pertama. gua mendongak ke bawah bumi sementara. oh lambatnya perjalanan gua.

bila aku sedar akan susah payah perjalanan ku untuk merobek dan memecah masuk pintu pintu Allah. aku terduduk termenung. memikirkan dapat atau tidak dapat. untuk membuka pintu Allah. sedang aku merayu kesakitan perjalanan. sedang aku menderita dugaan ujian.

tiba tiba.

aku di datangi lilin kecil. yang terang terang namun tidak cukup terang. tetapi cukup menerangi jiwa dan hati aku. bila aku terjatuh kerana kegelapan. dia menerang menunjukkan jalan. apabila aku mula diterangi. terus meneruskan lah perjalanan.

aku tidak bisa lagi.

untuk meneruskan laluan semak samun yang penuh onak dan duri. secara sendirian. dia datang bagaikan mengerti apa yang aku mula mencari. ya. dialah Allah. cahaya dan lilin dari Allah yang di sampaikan dari seorang makhluknya jua.

namun sinar lilin kadang malap.

sehinggakan aku terhenti. dikala angin jahat mula meniup api lilin yang menerangi. aku cuba bersungguh untuk melindungi agar terus menyala. namun aku hanya baru bermula. sekejap terlena di buaian. sekejap terpejam di jalanan. namun aku bersyukur. dan aku mula mengerti. agar tidak tertipu tipu lagi. dari mereka mereka yang menghembus hembus dan dari mereka mereka yang membisik bisik.

segala yang buruk dari kelemahan gua. dan yang baik adalah dari Allah. hakikatnya, baik buruk adalah dari Allah jua. wallahua'alam.
Read More

Satu Hati. Dalam Jiwa.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

bila malam. sebelum terlena.
termenung aku. seketika.
ku mencari. dimana Dia.
tapi sayang. tidak ku jumpa.

ku lena. ibarat orang buta.
ku sedari. Dia dimana mana.

(chorus)
rupa rupanya dia di dalam diri.
satu hati.

rupa rupanya dia ada bersama.
dalam jiwa.

satu hati.
dalam jiwa.

satu hati.
dalam jiwa.

satu hati.. dalam jiwa..
Read More

9 Mar 2012

Sekali Gua Kena Game Dah !

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 

" assalamualaikum ya akhi."
" waalaikumussalam w.b.t."
" apa yang ente buat ni"
" gua buat bodoh je ni. lu apahal brader? lama tak nampak. gua tengok muka lu macam periuk nasi arab je"
" ana ada sedikit kesulitan la. dari jasmani sampai lah ke dalam hati."
" apa kes lu ni brader? hepatitis B ke? , ke salur darah jem? "
" hahaha, takde lah. entah lah. ana sendiri pun tak faham. penat2 ana cuci lampu suluh ana. tup tup. mati pula di pertengahan jalan. habis ana jatuh tersungkur. busuk, kotor, hina. semua ada pada ana ni. ana sudah bertungkus lumus mencuci lampu suluh. agar terang sentiasa. selalu juga ana baca hujah2 dan tazkirah2 di facebook. tapi ana tak lupa juga untuk share. sharing is caring right ? "
" terus. "
" entah lah. bila ana tengok kaki like status ni mengelike status dakwah ana. ana gembira. kerana mereka membaca dan pesanan ana sampai pada mereka. itu yang membuatkan ana lebih gemar menggunakan facebook sebagai medan berjihad. tidak pun blog menjadi tempat ana curahkan segala gala yang terbuku di hati. ana juga seronok bila tengok pageview meningkat. "
" selalu ke budak2 tu like status lu ? "
" ish boleh tahan la hendaknya. malu ana. "
" gua rasa lu sudah kena game ni. "
" game ? ana sudah kena main ? siapa yang permainkan ana ? tak jelas la. "
" gua rasa lu sudah kena game(kencing) sama syaitan. lu sharing is caring. dalam sedar tidak sedar. lu berasa gembira dan mula mengepos atau meupdate yang terbanyak mungkin. sampaikan lu lalai melambatkan solat lu kan? tak pun lu menunggu nunggu budak2 kaki like tu membuat kerja. iaitu like status sampai lebam. kan."
" Allah. walahaulawala quwwatailla billahil aliyyil azim. ya Allah. Allahuakbar. apakah itu sebenarnya ana tersungkur ditengah jalan ? Astaghfirullahal azim. Allah. agak2 apa yang harus ana lakukan? "
" entahlah. gua pun tak tahu sangat. gua kan hentam saja. ni motor gua ni pun asyik buat hal je. kaburator tersumbat kot. "
" kenapa tak repair ? "
" dah selalu gua cuci. pakai air zam zam lagi. haha. gurau je. gua dah penat service kaburator ni. sudah tembak angin kat setiap lubang2 yang ada. tapi tetap tak boleh blah. pickup je lebih. highway kantoi. tapi kadang2 ok. tak istiqamah sungguh motor gua ni. ==' "
" kenapa tak cari yang baru. "
" nak cerita pasal benda baru ni. gua memang tengah cari kaburator baru. tetapi tengah2 mencari. skretchh ! gua terguling. jatuh kemalangan. setiap kali mencari. pasti akan terguling. apalah nasib motor gua ni. "
" wah hebat ente ni. tersungkur, terguling2. namun masih lagi mencuba. "
" gua ada dengar lagu. macam gini lah lebih kurang nya. " 
' beribu kaki aku jalan dan lari '
' beribu kali aku tergelincir dan jatuh '
' tetapi kerana Mu '
' aku buat lagi '
' beribu kali '
" tidak sangka ana. ente seorang yang kuat. "
" kuat ? hahaha. lu kata gua kuat. kucing mati pun gua dah nangis macam mati satu family. gua rasa nak cari kaburator baru. lepas tu, barulah gua kembali. ke persada Gua Hentam Saja. "
" jangan ! habis, macam dengan ana ? kalau2 ana sesat pula di pertengahan jalan " 
" marilah ikut gua. kita cari benda yang baru. benda yang lama kita buang jauh2. takpun meh kasi gua pijak sampai mati. bila dah mati maka kita akan kembali. "
" marilah. ana rasa belum bersedia untuk berhujah dan dakwah. lebih lebih lagi menggunakan teknology yang ibarat dunia di hujung jari. terlalu banyak mendatangkan sifat ujub. yang lahirnya tidak nampak. Astaghfirullahal azim. tahu2 sudah merosakkan lampu suluh lama ni."
" listen carefully. betul ke gua punya skeaping ni ? tak kesah la. tidak kira apa pun yang berlaku. tidak kira berapa kali lu punya lampu suluh malap. jangan mengalah ! teruskan perjalanan perlahan lahan. jangan guna mata kasar. memang tak nampak. gunakan basirah. kalau lampu suluh tu tak juga mendatangkan cahaya. maka lu pun kena mencari yang baru. sepertimana gua akan berusaha mencari kaburator yang baru."
" ana faham. begitu juga dengan ente. kaburator yang baru dan lampu suluh yang baru. pasti gandingan yang mantap. Insyaallah. semua itu milik Allah. "
" ayuh gua pun dah tak tahan dengan kaburator lama ni. "
" sama juga dengan ana. dah tidak tahan. dan malu sama Allah. ana pakai sebutan ente boleh ? "
" sebutan apa? gua, Lu ? pakai la. "
" sekali gua kena game dah. hahaha. ana pun dah tak tahan. berapa kali kena game ni. jum pergi kedai. kita cari benda baru "
" let's go brader "

watak2
Gua sebagai Ana
Ana sebagai Gua

kami pi kedai dulu na. dah tak tahan asyik rosak. panaih sungguh kena game sama depa ni. haram laknatullah betul.   as salamualaikum warah matullahiwabarakatuh. 
Read More

6 Mar 2012

Perjalanan Nafsu (7) #tamat

Al Kamil


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


"bila sampai di tempat itu. maka tetaplah kau di tempat itu. tidak ubah ubah lagi."

setelah kisah perjalanan nafsu mardhiah yang telah confirm menang. namun perjalanan kali ini lebih terserlah kemenangannya. bukan sahaja sudah menaiki podium. malah sudah menyarungkan kalung bunga. piala sudah di julang. dan telah tetap lah kemenangan itu milik si pemenang. tanpa perlu khuatir lagi dengan ujian dadah bagi ahli ahli sukan. kerana itu semua telah dilalui dahulu.

hati dan jiwa telah merdeka. tidak lagi dibelenggu nafsu nafsu kotor. perjalanan kali ini juga perlu melalui perjalanan perjalanan nafsu yang sebelum sebelum ini. ada dua cara ke perjalanan al kamil ini dilalui oleh khowasul khowas (mereka yang terpilih dari yang terpilih). 


ada yang terus melalui secara lompatan. tanpa melalui onak duri. ranjau perjalanan nafsu nafsu yang sebelum ini. mereka terus menerus ke peringkat ini. dan juga lagi satu cara adalah dengan melalui setiap susah payah perjalanan sufi ini. ada yang sampaikan berbelasan tahun. malah ada yang sampai berpuluh tahun. 

bagi mereka yang terus meloncat ke perjalanan nafsu al kamil adalah kurang berkualiti jika dibandingkan dengan mereka yang mendapat dengan usaha gigih merentasi setiap nafsu nafsu. sehinggakan nafsu terdidik dan mencapai maqam yang tertinggi. gua sendiri tidak faham. menurut rujukan gua, diperkatakan mereka yang terus meloncat itu. kebarangkalian tidak dapat istiqamah.

oleh itu. perlulah mencari guru guru yang bersambung sambung ilmunya. sehinggalah dari punca ilmunya. iaitu habiballah. rasullullah S.A.W.

tetapi apa yang jelas. mereka mereka ini telah tetap. tetap di tempat masing masing. tidak akan berubah ubah. tiadak akan turun naik iman. tetap dan berkualiti. itulah iman dan taqwa dari seorang yang sudah menang. nafsu sudah pun menjangkau maqam yang paling mulia. 

juga nafsu ini adalah diibaratkan seperti emas bermutu sepuluh. perjalanan ini adalah milik mereka mereka seperti khulafa' arrasyidin dan yang sezaman dengannya dan sebagainya. rasul dan nabi juga mempunyai maqam baqa' billah(nafsu al kamil). tetapi para dan nabi ada keistimewaannya sebagai kekasih ilahi.

"rasul ibarat maqam berlian."
nabi ibarat maqam intan.

ketika di maqam ini. maqam yang teristimewa berbanding dengan maqam maqam yang lepas. dapat dihimpunkan antara zahir dan batin. antara hakikat dan syariat. atau lebih mudah difahami. batin nya milik Allah. manakala zahirnya jua. tetapi zahirnya masih lagi berbicara dan bergaul sesama makhluk ciptaanNya. zahirnya telah terzahir syariat yang telah lahir dari habiballah.

sifat sifat ketika maqam ini. tidak lah diragukan lagi kemurnian dan terpuji sifatnya. syurga bukan sahaja telah menunggu. bukan sahaja sedang melambai lambai dan memanggil. bukan sahaja sudah sedia menjemput. tetapi sudah tersedia singgahsana yang tersergam indah. keindahan yang diluar jangkaan fikiran miskin manusia.

"kesimpulan mereka mereka"
tiap tiap rasul itu nabi.
tiap tiap nabi itu wali.
tiap tiap wali itu sufi.

sudah lah menang.

wallahua'alam
Read More

Syria Berdarah !


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

apa lagi untuk gua ucapkan. tidak tahu lagi apa lagi yang nak gua ungkapkan. terdiam seribu bahasa. dari yang zahir mahupun yang batin. segala galanya bocor. pecah tembelang segala rahsia dan pemerintahan yang zalim. daripada hafez al assaad sampailah ke anakanda durjananya basyar assad. semuanya sama.
"kemana tempatnya taik hidung kalau tidak di hidung"

sama kejam sama lahanat. ahli sufi diketepi. ahli ulama' di tolak. gua tidak faham fahaman apa yang mereka pakai. sampaikan alquran dan assunah tiada lagi. tapi apa yang gua tahu. merekalah syaitan yang bertopengkan manusia.

bukan sahaja pada masa ini perangai syaitan pemimpin syria begini. malah dah lebih 40 tahun. mengapa dan kenapa itu tidak diketahui umum ? jawapan nya technology kini tidak lah secanggih dekad dekad yang lalu.


kanak kanak kecil yang tidak mengerti apa itu kerajaan. tidak mengetahui apa itu kehidupan. mencorakkan dinding sekolah mereka dengan corakan yang membangunkan pejuang pejuang Islam Syria.
"jatuhkan kerajaan"

dengan tidak ada perangai manusia sebagai seorang yang berbelas kasihan. kanak kanak yang sentiasa di dalam dunia cerianya di bunuh dengan sekejam kejam pembunuhan. apabila orang orang tua meminta anak mereka dikembalikan. yang tinggal hanyalah kerat kerat tubuh mangsa pembunuhan kejam beramai ramai.

gua bingung. mengapa tidak ada pemimpin dunia yang tampil. malah lebih menyibukkan tentang masalah dan hal politik masing masing. gua yang tidak terdaya. kotor malah lagi hina. setakat doa yang entah makbul atau tidak dimakbulkan sahaja. yang dapat gua iringkan. 

saat gua mendengar sedikit perkongsian kisah syeikh dari syria. dengan di terjemahkan dari seorang syiekh dari tempat gua. hanya mempu melihat dan mendengar. itulah yang mampu gua lakukan. jangan kata mengasah pedang. mengasah parang korban pun gua terkial kial.


di akhir ceramah. gua bangkit. terasa ingin kencing dan ingin berwudhuk semula sebagai alasan untuk melarikan diri. hati dan jiwa rocker hanya sekadar kisah untuk gua kuatkan semangat. untuk gua kuatkan mata agar tidak terbit setitik mutiara jernih. tetapi hati ini tidak sanggup. meratap dan merenung wajah wajah syuhadah. juga kanak kanak kecil dan remaja yang bersepah sepah darah. 

apa yang syeikh Syria berharap adalah 'kami' untuk memberikan sebesar sedikit sumbangan. melalui tabung tabung yang telah diedarkan. juga tidak lain mengharapkan doa doa saudara islamnya di sini. sampai atau tidak sampai itu urusan tuhan. dan apa yang lagi diharapkan oleh beliau adalah menyebarkan tentang berita berita tentang apa yang berlaku di Syria. tentang pemimpinan yang kejam lagi durjana. 

dengan adanya blogger dan facebook. gua sampaikan hajatnya yang terakhir.

wallahua'alam.


sedikit sebanyak. ini sahaja gua paparkan.

Read More

3 Mar 2012

Rintihan Kecil (7)

Bolehkah Mereka ?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Pengajaran dari kisah Lelaki Jahat yang gua dapati dan gua perolehi. tidak lain tidak bukan adalah untuk gua memaafkan dosa manusia manusia yang juga makhluk Allah sama seperti diri hina ini. siapa gua untuk tidak memaafkan orang lain. siapakah gua untuk membenci orang lain. siapakah gua untuk menuduh jahatnya orang lain.


adakah gua tuhan ?

jawapannya jelas sekali tidak. sedangkan Allah mengampuni dosa dosa hambanya. yang kotor lagi hina. itu lah zat Allah yang tidak boleh diperkatakan lagi. inikan pula manusia hina seperti gua untuk tidak memaafkan mereka mereka. sedangkan gua hanyalah boneka. sekejap dihidupkan. sekejap dimatikan.

Allah.

maaf Mu tiada bandingan. redho Mu tiada saingan. soal salah mereka mereka yang pernah terlukakan hati keras gua. gua anggap itu bukan kesalahan mereka mereka. tetapi adalah satu ujian yang mendatangkan nikmat yang sebenar benar nya nikmat dari ilahi. gua juga pernah berkata kata. 
"tidak ada seorang pun yang melakukan jahat pada aku. melainkan aku sendiri"
jadi gua rasa tidak perlu memaafkan sesiapa. kerana yang hadir hanyalah yang baik baik belaka. 

tetapi dapatkah dosa gua pada mereka mereka dilupuskan. di settle kan. dengan nilai yang sama rata. 0-0. 
"tersentap sendirian di saat kisah yang dicerita kan oleh ustaz yang aku sendiri tidak pasti"
mengingatkan masa lalu. membuatkan gua resah dan gelisah. membuatkan gua rasa yang amat bersalah. juga menggoyangkan kepala lutut dan seluruh jasad kotor gua. apakah Yang Esa terima segala amalan gua. kerana dosa dosa lalu mengingatkan hari hari yang kelam. gelap gelita yang tiada satu cahaya menerangi.

astaghfirullahalazim
wallahua'alam. 
Read More

Lelaki Jahat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



kisah lelaki dari bahgdad yang tidak begitu gua kenal. tetapi itu tidak lah penting untuk dijadikan pengajaran. menurut rujukan gua pada pagi tadi. rujukan secara lintas langsung dari kaca tv. "tok pehe tanye ustaz". dikisahkan seorang lelaki yang jahat. jahat sejahat jahatnya. katakanlah perkara jahat apa yang tidak pernah lelaki itu lakukan. maka jawapannya adalah tiada.

di ceritakan lagi. lelaki itu ditakdirkan menemui ajalnya. dalam tidak sedar dia telah meninggalkan seorang isterinya. dari pagi hingga ke petang. penat lelah si isteri meminta dan merayu. bergegas ke pasar dan kota. namun semua manusia yang hina tidak mempeduli. malah ada yang mencaci.


"suami kau berlaku jahat di muka bumi! "
"suami kau kaki mabuk"

amatlah sedih si isteri. segala rayuan dan pintaan untuk di solatkan jenazah suaminya, langsung tidak dipeduli. menangis dan hampa. bercucuran segala butir butir mutiara yang terbit dari mata. mengalir berdarah sekalipun. namun ia tetap tidak mengubah hati manusia manusia yang hina lagi kotor. 

dengan kudrat yang diberi secebis dari ilahi. maka bertekad si isteri untuk mengebumikan jenazah suaminya. dengan merenung jauh. terlintas di sanubarinya akan sebuah bukit. maka membawa lah si isteri akan jenazah suaminya ke bukit bertujuan mengebumikan.

sampai sampai sahaja si isteri terus menghayunkan cangkulnya. dengan jiwa yang penuh sedih. yang penuh pilu. tetapi penuh juga dengan kesabaran. kesabaran dan keredhoan terhadap ujian yang menimpa. sedang bermandikan peluh bersama cangkulnya. tiba tiba dia di datangi oleh seorang lelaki yang soleh.

lelaki soleh itu memang sedang menunggu sesuatu yang bakal terjadi di bukit itu.

"adakah ini suamimu?"
"ya, ini jenazah suami ku. "

maka langsung terus lelaki soleh itu mengangkat takbir lalu solat lah jenazah kepada jenazah suami itu. dengan terkejutnya. secara tiba tiba hadir lagi beberapa manusia hina lagi kotor turut serta dalam ibadah fardhu kifayah itu. selepas sahaja selesai  solat jenazah. maka manusia manusia yang hina lagi kotor mula membisik bisik. dan bertanya salah seorang daripadanya.

"wahai lelaki soleh, mengapakah kau solat jenazah pada lelaki yang jahat ini ? "
"pada malam hari aku telah bermimpi, bahawa aku di suruh oleh Allah akan kehadiran seorang isteri bersama jenazah suaminya di bukit ini. dan aku di suruh untuk menyolatkan suaminya. kerana Allah telah memaafkan dosa dosanya. "


masing masing semua manusia hina dan kotor itu bingung dan memandang satu sama lain. namun tidak terpandang akan kekotoran yang berada pada dirinya. lalu bertanya lagi salah seorang dari mereka.

"apakah yang  yang lelaki jahat ini lakukan sampaikan Allah memaafkan dosanya begitu sahaja ? "
"aku juga tidak mengetahui apa amalan yang dilakukan oleh suami wanita ini."

lalu lelaki soleh bertanyakan pada si isteri yang sudah kering peluh. dan mula senang hati akan selesainya jenazah suaminya itu yang telah di solatkan.

"apakah amalan yang suami mu lakukan ketika perjalanannya di muka bumi ini? "

si isteri tunduk dan mula menitiskan beberapa butir mutiara yang lebih mahal dari mutiara selonggok dua ringgit. lalu berkata lah si isteri.

"hanyalah ada tiga amalan yang ramai manusia di siang hari tidak mengetahui akan amalan suamiku"
"tatkala suami ku pulang mabuk mabuk dan terus ter tidur di malam hari. tiba tiba dengan izin Allah dia terjaga. kerana terdengar seruan ilahi di subuh hari. lantas dia bangun dan bergegas ke masjid untuk berjemaah subuh bersama."

"tatkala di siang hari. apabila datang dan hadirnya anak yatim piatu di rumah ku. suami ku akan melayan mereka dengan layanan yang terbaik sekali. malah layanan itu melebihi dari dia melayan aku dan anaknya sendiri."

"dan juga tatkala malam hari ketika suami ku pulang dalam keadaan mabuk mabuk dan terus tertidur. dia akan terjaga di satu per tiga malam. apabila dia terjaga dia akan terus solat sunat dua rakaat. dan ketika itu. aku terdengar rintihannya sambil menangis nangis."

si isteri terdiam sebentar. tersedu sedu dan tersekat sekat suaranya. lalu dia meneruskan lagi cerita amalan suaminya.



"suami ku merintih, sebesar mana neraka mu untukku ya Allah. ya Allah neraka manakah yang kau sediakan untuk diriku. dalam keadaan yang membasah kan dirinya dengan peluh peluhnya. dia menangis dan merintih akan kejahatannya sesama manusia. dengan perasaan takut dan gementar halilintar."

lalu mereka mereka hanya terdiam dan terkedu mendengar penjelasan isteri bagi seorang lelaki. lelaki jahat dipandangan mereka dan dibenci mereka sampaikan ajal menemui lelaki itu.

wallahua'alam.
 gua sempitkan sedikit ruangan pengajaran buat gua. : Bolehkah Mereka?

Read More

1 Mar 2012

Kitab Injil Sebenar

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ







Satu naskhah kitab Injil berbahasa Arami berumur lebih 1500 tahun telah ditemui di Turki...ianya mengandungi pernyataan Nabi Isa a.s. bahwa Nabi Muhammad saw adalah sebagai RASUL yang akan datang selepasnya....!! kejadian ini benar2 telah menggemparkan pusat Kristian dunia di Vatican, Rome. 

NASKHAH Kitab Injil tersebut sebenarnya sudah ditemui sejak 12 tahun lalu...namun atas desakan dan permintaan kuat pihak gereja ia telah dirahsiakan...kerana bimbang ada persamaan terhadap pernyataan al-Quran .

Naskhah Kitab Injil ini dipercayai telah dilarikan oleh salah seorang utusan Nabi Isa as. Ia jelas mengandungi persamaan segi aqidah yang menolak konsep trinity atau fahaman ketuhanan Isa as,yang sama seperti aqidah kita kaum muslimin.

Ia pernah ditawarkan dengan harga 22 juta Dolar (Euro) sebelum ini, di dalam injil tersebut disebutkan bagaimana seorang tukang tilik telah bertanya kepada Nabi Isa. as siapakah yang akan datang selepasnya lantas dijawab oleh Nabi Isa as "Muhammad.... nama seorang yang diberkati".

Naskhah yang terbuat dari lembaran kulit dan menggunakan dakwat emas itu dipercayai adalah satu salinan dari Kitab Injil Barnaba.

Kandungan asal injil Nabi Isa as terlalu pendek sebab tempoh baginda berdakwah cuma lebih sedikit yakni 3 tahun. Tekanan Kaisar Konstantinopel tersangat berat sehingga pengikut Baginda as sembunyi2 dalam mengamalkan pegangan kepercayaan mereka. 

Kemudian datang St Paul (seorang pendeta Yahudi yang cemburu dengan penerimaan ramai terhadap agama Isa as) yang mencipta segala2nya - itulah versi injil yang ada sekarang - penuh kontradiksi.


kredit : blog tok wan
Read More

Rejam Sampai Mati Kerana Berzina

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Pemuda di atas ini melakukan zina dan telah berjaya ditangkap oleh penduduk di Somalia untuk menjalani hukuman rejam sampai mati. 

Manakala pasangan wanitanya, dihukum sebat 100 kali. kerana belum berkahwin. 

Ada hikmahnya daripada sudut kitab Al-Quran dan juga ilmu sains….

Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman di atas, padahal kedua-duanya berzina iaitu pihak lelaki mahupun wanita?

Tokoh Islam menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya.

Hukuman sebat diberikan kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.

Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.

Buat penzina yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga

Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya, T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru.

Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang

Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan.

Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.

Cara terbaik adalah dengan menyebat di antara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan merangsang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS

Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia.

Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.

Apabila mereka dihinggapi virus AIDS, sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin.

Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru.

Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.



kredit : ustaz nasir
Read More

Apabila Sangkakala Ditiup

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 




✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.




☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.



by nur iman
Read More