26 Apr 2014

Apa Itu Pendo?

ramai yang bertanya pada saya.

"pendo tu apa?" 
"kenapa mesti pendo?"
"pendo? apa tu?"

persoalan yang selalu dibalas dengan senyuman. namun. ia tidak menjadikan saya terus diam tanpa mencari jawapan.

asal perkataan "pendo" adalah "pendor". saya ubahnya kepada PENDO agar lebih eksklusif. hihi.

sejak 2 menjak ini. saya kerap mencari konklusinya. dengan memuat turun banyak aplikasi kamus. 

dari bahasa melayu ke jawa. dari jawa ke banjar. dari banjar ke arab. dari arab ke inggeris. dari inggeris ke perancis. dari perancis ke rusia. dari rusia ke tursina.

tiba2 saya terjumpa. ada dua perkataan yang seakan mirip. saya jumpa di kamus dewan edisi ke 4 dan kamus jawa.

[kamus jawa]
pendopo : banggunan yang luas terbuka (tanpa batas) terletak di depan rumah.

[kamus dewan edisi ke 4]
penidur : orang yang selalu tidur. cepat tidur. mudah tidur. tukang tidur.

saya fikir. penidur adalah perkataan yang lebih secocok jika dilihat dari segi maksudnya. sebab saya suka tidur. hihi.

mungkin "pendor" adalah singkatan bagi penidur. dan kini. ia adalah PENDO. mungkin. ya. mungkin.

tetapi. apa pandangan kamu semua?

wallahua'lam.
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.