26 Apr 2014

Mantera - Bengang


"andai terjadi mana lagi. tempatku.
nak aku pahutkan mimpi. sediakala.
menunaikan janjiku. pada diri sendiri.
untuk ku memiliki.
cinta dulu asalnya. aku yang punya."

bila mana saya beli sayur di pasaraya NSK petang tadi. tiba2 lagu ini diputarkan. teringat pada seorang kenalan lama yang entah apa khabarnya.

dia yang memperkenalkan lagu ini pada saya. dia jugalah yang memberikan inspirasi tentang apa erti ROCK yang sebenar.

katanya ROCK adalah satu genre yang membawa kepada kedamaian. saya hanya tersenyum ketawa.

lalu dia pun huraikan. R.O.C.K. Ramai Orang Cintakan Kedamaian. saya diam sahaja. mungkin itu sebahagian pendapat sahaja.

dia suruh saya hayati setiap lirik2 lagu rock kapak. penuh sentimental. dan mempunyai makna yang mendalam.

kini. baru saya sedar. kebanyakan lirik lagu rock lebih kearah luahan kata cinta dari seorang pencinta kepada penciptanya. 

atau dalam istilah sufiah. ghazal si salik yang merindukan khaliknya.

baru2 ini ada seorang kenalan 'baru' menegur saya.

"kau suka rambut panjang ke?"

saya kata ya. kerana jiwa saya rock. lalu. dia berkata lagi.

"rock tak semestinya rambut panjang"

dari situ saya sedar. 

orang tak pandang rambut panjang seorang rockers. tetapi memandang jiwanya yang ikhlas memperjuangkan kedamaian.

saya fikir. begitu jugalah tuhan. 

dia tidak pandang serban dan jubah seseorang. tapi keikhlasan hati dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang insan.

sebab itulah saya gunting rambut.

"mana datang cahaya.
bukanlah tajuk cerita.
siapa pun kau ku sudi terima.
biarpun dosa semalam.
sebesar gunung menembus awan.
yang penting hatiku dapat kau tawan."

artis : mantera
lagu : bengang

-inspirasi cimie pendo-
Ramai. Orang. Cinta. Kedamaian.
part time writer

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.