10 Apr 2014

Something Left At Sabak Bernam [Pendaftaran Pelajar]

07/01/2004.

awal-awal pagi lagi dah bangun. seram. sejuk. bercampur aduk perasaan di hati saya. mana tidaknya. nak berjauhan dengan keluarga buat ulung kali.

sabak bernam destinasi yang dituju. kereta iswara bewarna coklat menjadi tunggangan kami bertiga. hanya saya, baba dan mama.

keliru. nak pergi atau tidak.

sampai saja sekolah samtssaas. kami disambut meriah oleh para senior. mahu yang lelaki. tidak kurang juga yang perempuan.

memang gah banggunan tu. pertama kali lihat dengan mata kasar. bagaikan mendaftar di sekolah syurga.

baik yang lelaki. mahupun wanita. semuanya bagaikan suci dari ammarah dan dosa.

tetapi segalanya berubah. selepas kaki ini mula melangkah masuk ke dalam asrama.

hampa.

saya sepertinya berada di tahun 1969. tak selesa. memang macam tongkang pecah yang sedang dibaiki. itu saja yang boleh saya gambarkan.

saya minta maaf.

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.