28 Jan 2012

Perjalanan Nafsu (1)



Amma-rah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


ammaroh


keangkuhan makhluk tuhan semakin menguasai diri. seakan tidak dapat dibendung lagi. dimana punca. dimana dalangnya. pancaran cahaya sengaja dimalapkan. pancaran cahaya sengaja tidak dipedulikan. tidak berani berdepan dengan syariat. apatah lagi makrifat dan hakikat.

apa yang gua rasa perlu dikongsikan bersama adalah sebagai ingatan bersama. bukan untuk di tonjolkan ilmu manusia yang miskin ini sebagai kemasyhuran duniawi. tetapi bersama mengetahui apa yang patut diketahui. 

ammaroh adalah salah satu peringkat nafsu yang paling teruk dan hina di sisi Allah. nafsu yang sentiasa mendatangkan nikmat alam duniawi. melebihkan keindahan kewanitaan. menjerumuskan ke  lembah hartawan. menyesatkan dengan khianat dan niat jahat. menggelapkan mata hati yang membawa dendam kesumat. memisahkan dari alam akhirat. menjauhkan dari yang benar.  alam yang sebenar benar alam. kampung halaman yang akan kita kembali. antara benih benih ammaroh :

1. bakhil
2. tamak dan lumbakan dunia
3. panjang angan angan
4. sombong takkabur
5. ingin kasihkan kemegahan
6. inginkan kemasyhuran
7. hasad dengki
8. dendam kesumat
9. khianat
10. lalai dan leka serta berpaling dari Allah
bahkan banyak lagi perkara yang telah dibawa oleh nafsu peringkat ini untuk menyesatkan makhluk hidup lagi berakal ini.

serendah rendah darjat, adalah nafsu ammaroh. tidak pernah rasa kepuasan dunia. tidak pernah rasa bersalah dengan dosa. tidak pernah rasa riang gembira dengan perkara baik belaka. perkara baik belaka yang membawa kita ke satu alam yang mesti. alam yang penuh dengan janji janji Allah pasti.

alangkah hina dan rugi. malah sangat sangat bodoh dan raja papa kedana. marilah kembali ke jalan yang Allah redhoi. gunakanlah as solah sebagai tiang untuk mengukuhkan ketaqwaan hati. amalkan zikir harian sebagai pedinding diri. semoga segala karat dan kotor dapat digilapi. hinggakan melebur sifat sifat durjana. agar terang benderang jiwa hingga ke maqam fana. 

wallahu'alam.
Read More

21 Jan 2012

Bukan Dunia Tetapi Manusia



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


matahari mula segak berdiri. memperlihatkan keagungan tuhan pada insani. memberikan sinaran yang membuka mata kepala. tetapi mungkin tidak di mata hati. hati yang gelap kerna asap candu berbeza dengan hati gelap kerna tidak kesampaian nur hidayah Allah ke dalam nya. tidak rugi rosak hati kerna hepatitis B. tetapi rugi rosak hati kerna hidayah tidak diberi. malah sangat sangat lah malang. (masih sempat untuk mereka penyakit hepatitis untuk sujud bertaubat)

bila aku merenung masa yang kian memintas perjalanan seharian ini. aku mula terfikir sejenak. kenapa dan mengapa yang tidak bersalah dipersalahkan. sedangkan yang bersalah masih lagi ketawa berdekah dekah. walhal mereka tahu dia tidak berdosa. padahal mereka tahu dia tidak berbuat apa apa. tetapi tetap dia, mereka menuding jari.

bukan dunia tetapi manusia

apakah dunia yang tidak adil? apakah dunia yang sentiasa berat sebelah timbangan? aku mula khuatir dengan tuduhan tuduhan mereka. aku mula resah dengan anggapan mereka. dunia Allah yang dahulunya aman damai. tidak berlaku sebarang kerosakan. malah menunjukkan keindahan dan keagungan Allah. walaupun ia nya hanya sementara. walaupun sejenak aku mula mengenal kehidupan. kehidupan yang sebenarnya penuh dengan panca roba. dugaan. ujian.

bukan dunia tetapi manusia

ingat tak kita tentang satu kisah. dimana sewaktu Allah ingin mencipta Adam sebagai khalifah di dunia. apakah yang dipersuarakan oleh para malaikat. 

"mengapakah Kau mahu mencipta sesuatu yang mendatangkan kehancuran dan peperangan di atas dunia Mu."

"Aku tahu apa yang kau tidak tahu"

ringkas sahaja jawapan dari Allah S.W.T. tetapi penuh dengan rahsia. penuh dengan hikmah. penuh dengan rahmah. aku risau. aku khuatir. mereka menuding jari pada dunia. seperti menuding jari pada tuhan. menyatakan ketidakadilan kehidupan kini.

bukan dunia tetapi manusia

bagi aku. bukan dunia yang menjadikan kehidupan di atas dunia ini bergolak. bukan dunia yang menjadikan warna warna di atas dunia ini berkocak. tetapi sikap manusia yang lalai. hati manusia yang lemah. jiwa manusia yang merekah. tidak ambil peduli. tidak menghiraukan. tidak berbuat apa apa. itu semua statement yang sama. kerana apa. kerana apa perkara ini berlaku pada zaman hipokrit kini.

terlintas di fikiran apa yang di khutbah kan di tengah hari jumaat.

"mungkin pemimpin pemimpin kita tidak bertaqwa. mungkin profesor profesor kita tidak bertaqwa. mungkin guru guru kita tidak bertaqwa mungkin ulama ulama kita tidak cukup bertaqwa." petikan khutbah dari masjid as syarif kelmarin.

aku rasa mungkin sebab itu dunia mula berkocak kuat. walaupun tidak ada tsunami. namun peperangan tetap melanda. sikap tamak. sikap pentingkan diri. sikap pandang sebelah mata. ambil endah tak endah. 

mungkin betul apa yang di khutbahkan kelmarin. anak muda mula terlena. anak muda mula gila. gilakan benda yang celaka. celaka yang memimpin ke arah neraka.

wallahua'lam.


Read More

13 Jan 2012

Janggut Perang Pelaut Islam Gemilang


Anda yang gemar membaca komik Asterix dan anda yang pernah menonton filem 'Pirates of The Carribean', tentu ingat watak jahat 'Barbarossa' bukan? Sejak zaman pertengahan, aneka macam karya fiksyen Eropah dan Amerika biasa menggunakan nama Barbarossa untuk menamakan watak seorang penjahat (biasanya seorang lanun laut jahat). 


The Barbarosa Brothers

Pada abad ke-15 Masihi, di Laut Mediterranean ada dua pelaut bersaudara yang disebut The Barbarossa Brothers. Kedua-dua tokoh ini menjadi legenda dalam dunia lautan dan merupakan tokoh pelaut yang sangat ditakuti orang-orang Eropah pada zamannya.

Kebiasaannya ialah merampas barang-barang berharga yang dibawa oleh kapal-kapal milik kerajaan-kerajaan Eropah yang melintasi Laut Mediterranean. Awak kapal yang dirampas biasanya diberi dua pilihan; mati kerana melawan atau hidup dengan menyerah secara sukarela.

Siapakah sebenarnya Barbarossa yang sangat ditakuti oleh orang-orang Eropah selama berabad-abad itu? Mengapa hingga zaman sekarang nama itu terus menghantui benak dan fikiran mereka?



Barbarossa bukanlah sebuah nama. Barbarossa merupakan kata dalam bahasa Latin-gabungan dari kata barber (janggut) dan rossa (merah). Jadi Barbarrossa bererti janggut merah. Barbarossa merupakan julukan yang diberikan oleh para pelaut Eropah kepada adik-beradik Aruj dan Khairuddin dari Turki. Kedua-dua adik-beradik ini hanyalah pelaut-pelaut biasa yang rutin belayar di kawasan perairan Greece dan Turki.

Awal Gerakan Barbarosa

Pada suatu hari, tanpa sebab yang jelas, kapal milik keluarga mereka diserang secara kejam oleh kapal tentera Knight of Rhodes. Dalam peristiwa ini, adik bongsu Aruj dan Khairuddin terbunuh. Aruj dan Khairuddin sangat sedih dengan kematian adik bongsu mereka.

Sejak saat itu, mereka melakukan aksi lanun terhadap semua kapal-kapal tentera milik kerajaan-kerajaan Kristian. Aksi-aksi mereka sangat menggemparkan dan membuat mereka ditakuti tentera Kristian. Aruj dan Khairuddin pun kemudian dikenali sebagai The Barbarossa Brothers Pirates kerana kedua-duanya berjanggut merah.

Kaum Eropah menyebut Barbarossa sebagai lanun laut, walaupun tidak ada bendera hitam dan tengkorak yang menjadi simbol lanun. Bendera yang dipasang Aruj dan Khairuddin di kapal mereka adalah sebuah bendera berwarna hijau mengandungi kaligrafi doa Nashrun minallaah wa fathun qariib wa basysyiril mu'miniin, wahai Muhammad, empat nama khulafaur rasyidin, pedang Zulfikar dan bintang segi enam Yahudi (Bintang David) kerana anak kapal yang dipimpin kedua bersaudara ini terdiri daripada orang-orang Islam dari bangsa Moor, Turki, dan Sepanyol, serta beberapa orang Yahudi.

Pada tahun 1492 M, Andalusia yang sejak tahun 756 M dikuasai oleh Daulah Khilafah Islamiyah, jatuh ke tangan Pasukan Salib yang terdiri daripada pasukan gabungan Aragon dan Sepanyol. Dalam peristiwa penaklukan Andalusia ini, berjuta-juta orang Islam dan Yahudi tewas dibantai pasukan yang dipimpin Raja Ferdinand II dari Aragon.

PERJUANGAN JIHAD Barbarosa

Peristiwa itu mengubah haluan misi dendam Aruj dan Khairuddin menjadi misi Jihad Islam. Berganding bahu bersama sekumpulan militan bangsa Moor, mereka kemudian menyelamatkan puluhan ribu Umat Islam dari Sepanyol ke Afrika utara (Maghribi, Tunisia dan Algeria). Kemudian mereka membina pangkalan pertahanan laut di Algeria untuk menghalang gelombang serangan Pasukan Salib dari jalur Afrika Utara menuju Tanah Suci Palestin.

Khalifah Islam ketika itu, Sulaiman I, mendengar cerita-cerita kehebatan Barbarossa bersaudara. Sulaiman I sangat kagum pada heroisme mereka. Kerana prestasi mereka di lautan, akhirnya Sulaiman I mengangkat Aruj dan Khairuddin sebagai Kapudan Pasha (Panglima Tentera Laut) Khilafah Islamiyyah untuk memantapkan Tentera Laut Daulah Khilafah Islamiyah yang amburadul.

HASUTAN PIHAK SEPANYOL

Pada tahun 1518 Sepanyol berjaya menghasut Amir bandar Tlemcen (Tilmisan) untuk melancarkan pemberontakan kepada kepemimpinan Aruj. Aruj kemudian menyerahkan pemerintahan Algeria kepada Khairuddin untuk sementara. Lalu ia memimpin pasukan untuk berangkat ke Tlemcen. Hati Aruj sangat pilu kerana dia malah berperang dengan saudara sendiri sesama Muslim. Akibatnya dia kurang menumpukan perhatian dan pasukannya kucar-kacir.

Aruj sempat melepaskan diri, namun banyak pasukannya yang tertangkap. Kerana hubungan emosionalnya dengan anak buahnya, Aruj kembali ke Tlemcen untuk bertempur dan dia gugur dalam pertempuran tersebut.

Dengan gugurnya Aruj, kepimpinan Tentera Laut Daulah Khilafah Islamiyah beralih ke tangan Khairuddin. Sepanyol mengira bahawa era kejayaan Barbarossa di Laut Tengah telah berakhir. Lalu, dengan yakin, Sepanyol menghantar 20,000 tenteranya ke Algeria. Pertempuran hebat pun berlaku, namun Khairuddin berjaya menewaskan pasukan laut tersebut.

Sejarah dan Kehebatan Pasukan Janissary

Dengan meminimumkan ancaman dari negeri sekitar Algeria, selain ancaman utama Sepanyol, Khairuddin kemudian meminta kepada Khalifah Sulaiman I agar kuasa Amir Tunisia dan Tlemcen dialihkan kepadanya. Sulaiman I pun setuju. Pada 1519, Khalifah mengangkat Khairuddin sebagai beylerbey (Bakhlair Baik) atau wakil Khalifah untuk wilayah Algeria dan sekitarnya. Kemudian Khairuddin juga ditugaskan untuk memimpin pasukan tentera elit Daulah Khilafah Islamiyah, Pasukan Janissary.

Dalam masa kepimpinan Khairuddin, Pasukan Janissary berjaya melakukan banyak penyelamatan Umat Islam di Andalusia. Tercatat mereka melakukan 7 kali pelayaran dengan 36 buah kapal untuk mengangkut Umat Islam Sepanyol yang diburu seperti haiwan oleh Ferdinand II dan Pasukan salibnya.

Pertengahan dekad 1520-an, Pasukan Darat Janissary yang dipimpin oleh Khalifah Sulaiman I berjaya memenangi semua pertempuran darat. Pada masa yang sama, Pasukan Laut Janissary di bawah pimpinan Khairuddin juga berjaya mengawal lalu lintas pelayaran di Laut Tengah sepenuhnya. Keadaan ini membuat Pasukan Salib Kristian Eropah menjadi keruan.

Akhir Gemilang Barbarosa Sebelum Kematiannya

Tahun 1538, Pasukan Salib Gabungan Itali-Sepanyol menyerang Preveza yang ketika itu merupakan pelabuhan penting di Laut Tengah. Andrea Doria memimpin 40 kapal dan Barbarossa hanya memimpin 20 kapal. Namun dengan kecerdikannya, Barbarossa memecah armadanya ke tiga arah dan memerangkap Pasukan Andrea Doria di tengah-tengah dan kemudian mengebom armada Andrea Doria habis-habisan.

Andrea Doria dan armada lautnya pun lari dari pertempuran. Walau begitu, Khairuddin tidak mengejarnya kerana dia tidak mahu berperang di laut lepas, mengingati kapal-kapal armada laut Sepanyol mempunyai peralatan yang lebih canggih. Apalagi ia hanya memimpin 20 kapal.

Tiga tahun kemudian, Pasukan Salib Gabungan Sepanyol-Genoa kembali menyerang Algeria dengan kekuatan 200 kapal. Mereka sengaja melancarkan serangan di luar musim pelayaran, untuk mengelakkan pertemuan dengan Pasukan Barbarossa. Rakyat Algeria di bawah pimpinan Hasan Agha berjuang sekuat tenaga untuk mempertahankan Algeria. Charles V dan Andrea Doria yang memimpin serangan tidak menjangka bahawa pertahanan dan strategi perang Hasan Agha sangat matang, sehingga armadanya pun kacau-bilau.

Ketika itu pula tiba-tiba badai laut dahsyat menghentam Laut Mediterranean. Andrea Doria dan Charles V berjaya selamat, dan kembali ke negerinya dengan kekalahan pahit.

Tahun 1565, di penghujung usia, Khairuddin Barbarossa memimpin pasukan untuk merebut Malta dari tangan Knight of St. John. Namun dalam pertempuran itu, Khairuddin gugur. Kemudian Khairuddin dimakamkan di Istanbul. Berhampiran kuburnya dibina sebuah masjid dan madrasah untuk mengenangnya. Hingga kini makam tersebut masih dijaga untuk menjadi bukti kepahlawanan Khairuddin atau dikenali sebagai Barbarossa yang namanya masih ditakuti bangsa Eropah hingga zaman sekarang.

kredit: selatanonline
Read More

5 Jan 2012

Pi Lah Bawa Ke Mati..



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

tik. tok. tik. tok. tik. tok. bunyi yang sekadar di dalam hati kerna jarum saat yang tidak berbunyi. sesaat demi saat aku hitung. menunggu sang minit menjelma. tanda sentiasa menepati masa. setia menanti walaupun betapa beratnya mata. jam tangan Alba ditenung tajam. walaupun utas tali berderai. sungguhpun cermin water resist berkecai. aku setia menanti. sambil bertemankan minuman dan sepinggan nasi.

kesungguhan aku menunggu tiba - tiba aku terfikir sejenak. tidak ramai yang sanggup berkongsi sesuatu perkara atau ilmu pada seseorang yang tidak dikenali. melainkan guru - guru yang sedia berjuang demi masa depan pemimpin baru. mungkin takut disalah guna ilmu atau memang ingin dibawa sebagai peneman di alam barzakh. apakah setakat ilmu yang hanya berguna di alam lakonan ini perlu di banggakan ? adakah sekadar ilmu yang menguntungkan di persinggahan ini perlu disemadikan bersama sebujur badan yang kaku ?

"pi lah. pi lah bawa ke mati !" bisikan ammaroh yang tidak tertahan lagi.

bukan mahu disuap. bukan mahu dimanja. tetapi sekadar meminta pendapat. kadang - kadang aku terfikir sejenak. alangkah kasihannya mereka yang mengejar dan berlumba untuk mendapatkan segulung degree dan yang lebih atas dari peringkat itu. bermandi peluh. sampaikan kering menjadi kerak dan daki. sebahagian para professor yang hanya seakan mengangguk dan menggeleng. malah ada yang bisu. bagaikan membela anak ikan di dalam mulut.

sampaikan prefrontal cortex membina satu watak yang paling tidak disenangi manusia. kalut. serabut. tertekan. andai tersalah tekan button masih lagi ada button delete menjadi penyelamat. tetapi jika otak berasa tertekan. kemungkinan tekanan darah mula memanjat sehinggakan suhu mencapai cerek air menjerit.

tidak ada satu pun kemusykilan yang tiada jawapan tentang perkara duniawi. alam lakonan semata - mata. sujud dan tadahlah kedua tapak tangan kita yang kotor. pohon dan rayulah pada yang Esa. lafazkan surah Al Ikhlas 3 kali. Insyaallah berasa tenang malah seperti menyamakan khatam sebuah kitab suci lagi teragung. AlquranulQarim. selawat dalam - dalam. sehinggakan tembus ke dalam jiwa yang kotor lagi hina ini. sampaikan tertusuk pada tempat penyembunyian Khannas La'natullah.

ilmu manusia sekadar setitis air di lautan. 

namun aku bersyukur. didampingi dengan tenaga pengajar yang tidak luput dari mencurahkan pendapat dan pandangan. walau kadang - kadang membuatkan aku terlena di tempat duduk belakang. walau kadang - kadang membuatkan aku mengelamun ke masa hadapan. walau kadang - kadang hujah - hujah dan alunan suara emas tidak dicoretkan pada sekeping A4. walaubagaimana pun, tetap bertimbun nota - nota hasil dari penulisan seorang rocker.

hadis Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud; 
"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap Muslim, baik laki-kali mahupun perempuan." (HR. Ibn Abdulbari)

namun aku percaya. tidak perlu segulung scroll untuk berjaya dunia akhirat. hujah yang dibikin bukan bererti untuk melemahkan semangat yang sedang berusaha gigih. tetapi hujah dibikin khas buat rakan - rakan yang tidak kesempatan melanjutkan pelajaran.

tetapi apakah kita terlupa. tetapi adakah kita terleka. tetapi benarkah kita terlena. akhirat yang pasti adalah tujuan kita hidup di persinggahan ini. jangan lah lalai tentang kebenaran AlquranulQarim. yang mati itu pasti. yang hidup semula selepas mati itu mesti. 

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
"Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim)
Read More