17 Nov 2013

Samsung Galaxy Grand Quotra


Spec :

Display

4.70-inch

Processor

1.2GHz

Front Camera

0.3-megapixel

Resolution

480x800 pixels

RAM

1GB

OS

Android 4.1

Storage

8GB

Rear Camera

5-megapixel

Battery capacity

2000mAh














apa yang korang kena tahu, smartfone ni dual sim. apa yang bagus nya dual sim? tentang ni sebenarnya bergantung kepada sesetengah pengguna itu sendiri.

ada pengguna yang suka memiliki banyak no. mungkin businessman? mungkinlah. awek ramai? mungkin jugak. bila lelaki kadang2 malas nak bawak barang banyak semasa outing. 

jadi, gua fikir smartfone dual sim ni boleh membantu meringankan beban korang sewaktu keluar sambil memakai seluar skin head atau pun seluar renang. hahha.

dan apa yang pasti. processor menatang ni adalah 1.2GHz QUAD CORE. tahu apa yang bagusnya quad core ni? gua pun tak pasti. tapi yang pasti processor macam ni lebih laju berbanding dual core ataupun single core. 

wallahua'lam.
Read More

14 Nov 2013

Karma - Keadilan

bismillahilazim

petang khamis yang amat dingin. memberikan nikmat terindah bagi yang berpuasa 10 muharram. hujan lebat beserta kilat sabung menyabung, membuatkan gua terus dibuai lena. 

hati ini mula tertanya tanya. apakah nasib gua di hadapan. melihat si kaya mula mengaji dan tak ada rasa malu untuk bergurukan rakyat marhain. gua tertunduk akur. betapa besarnya adil yang maha Kuasa. 

tidak bererti si kaya harus menjadi tuan pada yang marhain. siapa sangka rakyat bawahan menjadi tuan dan guru pada mereka. dia dihormati dan di sanjungi oleh si kaya. bukan kerana perbezaan harta semata. tapi hanya kerana tinggi ilmu di dada.

perkara ini terus membuatkan gua yakin pada yang satu. serta bersemangat untuk meneruskan hidup yang baru. ya dzat yang satu. izinkanlah.

Wallahua'lam
Read More

12 Nov 2013

Carta Pasaran Smartphone Di Dunia


bismillahilazim.

sepertimana yang korang lihat. juga sepertimana yang korang tahu. android lebih digemari oleh ramai pengguna di dunia. lebih2 lagi di malaysia ni lah. gua sendiri tak faham dengan rakyat malaysia. lu kata barang naik. tapi tetap juga terjebak dalam dunia mewah bergadget.

menurut kajian gua. harga pasaran yang lambat jatuh bagi smartphone yang ada ialah ios. atau lebih kita kenal sebagai iphone. kalau hari ni kita beli dengan harga rm1500. insyaaAllah bulan depan kita masih lagi boleh jual dengan harga yang rm1300 atau rm1200.

beza pula dengan android ni. hari ini kita beli rm1500. silap2 minggu depan jual dah jatuh rm1000. macam haramlah semua ni. korang semua sedar perkara ni. tapi tetap jugak bertukar2 smartphone android. dah berapa banyak keluaran android pun gua tak tahu.

tapi gua tahu. itu semua hak korang. kerana gua tak layak untuk menutup dan menyekat kemahuan gadget korang. kalau rasa lu sentiasa bertukar2 citarasa. gua cadangkan korang... ah entahlah. lu ni kenyangkan perut kroni2 je lah. haha. 

salam.

Read More