31 Mar 2014

Sentuhan Kalbu Menusuk Jiwa Yang Tewas

muhammad rasulku


bismillahilazim.

sejuk. sambil ditemani kopi o suam nipis kurang manis. ya. ia sudah menjadi lali dalam kehidupan seorang rocker ini. kopi o dan aku. tak kan terpisah.

kaki yang kerdil mula penat melangkah. kulit yang mulus kecut dimamah air. jiwa yang tulus tersinggung. hanya kerana sebiji burger.

ya. sungguh terkilan. kerdil rasa diri ini. niat hati ingin melangkau jauh. mengejar cinta yang suci. sebening fajar pagi.

maafkan aku tuhan. tidak terdaya ku menolak permintaan marhaen. hanya untuk sebuah sajian mengalas perutnya. disebalik itu juga. maghrib ku hanya sendirian bertemankan lantai plywood.

satu permintaan terbesar yang pernah aku impikan darimu. yakni.

"andainya kaki ini tidak lagi terdaya membawa panji Muhammad. kau ambillah pinjaman ini(diriku). kerna tidak sanggup aku menzalimi diri ini. yang sebenar haknya bukan milikku"

wallahua'lam.

cc pic: alrazi zarini
Read More

29 Mar 2014

Wanita Solehah Lebih Baik Dari Bumi Dan Isinya

konvoi vespa


bismillah.

sejak tamat pengajian aku di politeknik shah alam. kira2 dalam 2 tahun yang lalu. sering saja aku dibayangi dengan persoalan2 yang menjengkelkan.

"siapa lah agaknya yang jadi isteri kau nanti."
"tak sabar aku nak tengok perempuan malang mana jadi isteri kau."

yang ni. aku sendiri pun tak sabar. tapi. insyaAllah masih lagi boleh bersabar. ada juga yang bertanya begini.

"awek yang macam mana kau nak jadikan isteri?"

wanita yang dimana akan ku jadikan isteri adalah apabila aku bertanya.

apakah kau mencintaiku sepenuh jiwa dan ragamu.

lalu ia menjawab.

tidak! kerana jiwa dan ragaku hanyalah untuk Allah. 

moga Allah memberi keberkatan. kerahmatan dan keselamatan.

cc pic : alrazi zarini
Read More
samt


bismillah.

apa dah jadi malam ni. tiba2 teringat zaman form 1 dengan form 2. dimana waktu itu. aku bersekolah di sekolah agama menengah tinggi sultan salahuddin abdul aziz shah.

namanya saja sekolah tinggi. bekas pelajarnya tak seperti gahnya nama sekolah tinggi. aku tak kata semua. tapi hanya aku. ya. mungkin hanya aku.

entahlah. skin head sekolah agama? ilmu kuda kepang? ilmu silat helang? poyo saja semua tu. tetapi. tak dapat dinafikan. area kampung macam sabak bernam itu. masih lagi mengamalkan ilmu silat hakikat. mungkin sampai sekarang.

tiba2 teringat zaman 'fly'. lari senyap2. lepak pekan sabak. bosan. terus balik meru. haha. apa nak jadi anak kiyai mazlan ni.

kiyai? ah. malu sungguh aku. tak lantas aku menjadi anak seorang kiyai. hanya tahu menconteng arang di muka orang tua.

harapkan pagar. pagar makan padi. itulah aku. kasihan mak bapak aku. hantar sekolah agama tinggi. jauh pulak tu. lastly. tak jadi apa pun. tapi. itulah takdir.

kantoi hisap rokok di asrama dengan senior. hah! ni paling tak boleh blah. lepas tu macam biasalah. asyik kena paw saja. takpa lah. yang penting dah dapat 'lesen' besar. haha.

sebenarnya. aku tercari2 minah sorang ni. cari di mana? di dalam 'memori' lama aku ni. entah lah. 

baru2 ni. aku 'berkenalan semula' dengan sorang minah. katanya sekolah sama dulu. tapi macam tak pernah nampak. mungkin hodoh kot dulu. lagi pun. aku kan acah2 samseng skin head sekolah agama. mana nak pandang orang hodoh. haha.

aku stalker fb dia sejak 2 menjak ni. macam jatuh hati la pula. adoi! mana jiwa rock gua ni.

lalu aku dengan selamba. cakap nak masuk minang. tapi dia nak sekeh aku. ala. aku tahu. aku bukan diantara pilihan gadis2 terpelajar. jual burger je bro.

dalam sejarah kehidupan aku. jarang2 aku minta no phone awek. aku rasa boleh kira lah. mungkin 2 atau 3 kali. sebab biasanya awek yang ambik no phone aku. haha.

aku tanya lagi. kot2 dah berpunya ke. ceh. katanya takda masa konon. pirahh! hem hem hem. aku try minta no phone dia. eh. bagi pula. i have a change? wallahua'lam.

tapi kebelakangan ni. hem. sibuk hafaz kitab kut. maklumlah. nak jadi peguam syariah. 

bila aku kata nak jumpa orang tuanya. terus senyap sampai sekarang. dia ingat aku main2 ke?

aku bukan apa. aku ikut apa yang ustaz azhar ajar. lelaki kena gentle. tak sukalah tu kan. takpalah. nak buat macam mana.

tu lah. dah la tak hensem. perangai tak boleh blah. belajar main2. kerja sekejap berhenti. last2 jual burger. hahaha. tak habis aku gelak ni.

kan kan kan. manalah orang nak. ada hati nak pikat anak ustaz. degree pula tu. puih la kau cimie. 

tapi. mak aku mesti suka. mungkin lah. tutup litup. tapi perangai aku tak tahulah. macam poyo je. maklum lah baru 'kenal'. hahaham

haish. kenapalah boleh teringat zaman kuno ni. cik peguam syariah punya pasal lah ni.

eh eh. salahkan orang pula. kau tu yang vangang cimie. dah2 pi tido. 

salam. :
Read More

28 Mar 2014

Mengapa Syurga Yang Dicari

kalau pungguk cintakan bulan.
mengapa khianat yang diberi.
jika rindu kasihkan tuhan.
mengapa syurga yang dicari.

-inspirasi cimie pendo- 20:03 28/04/14
pencinta yang menyinta
pengkaji flora dan fauna
Read More

Aku Cinta Padamu Mama



mama.

kasihmu tidak terbayar.
cintamu terus membakar.
rindumu tidak terabai.
tidak. 
tidak akan ku biar.
air matamu jatuh berderai.

mama.
selawat dan zikir tak terputus di lidah.
dikala hari dalam senja.
diwaktu aku merangkak manja.
kau hulur tanganmu.
membawa ku ke atas semula.

mama.
tak sanggup melihat kau berduka.
tiap kali mereka bertanya.
apakah pekerjaan anakanda.
hiraukan kata mereka.

mama.
redhailah pemberianNya.
yang mana aku hanyalah.
seorang penjual burger.

mama.
tiada sesuatu yang teristimewa.
untuk ku buktikan kasih dan sayang.
hanya satu ungkapan luhur dijiwa.
semoga membuat kau senyum riang.

Aku Cinta Padamu. Mama.

-inspirasi cimie pendo- 16:15 28/03/14
pencinta yang menyinta
pengkaji flora dan fauna

cc pic : Alrazi Zarini
Read More

Al Kahfi




lekaslah ke sini.
mencari abadi.
lompatlah ke mari.
mengejar hakiki.

10 awal akhir kahfi.
dibaca faham dan amali.

siapkan diri penuh sedia.
pabila SAAT ITU menjelma.

gambar oleh : Alrazi Zarini

-inspirasi cimie pendo- 10:56 28/03/14
pencinta yang menyinta
pengkaji flora dan fauna
Read More

Kretek Nusantara

bertemankan kretek nusantara.
juga semilir menenangkan jiwa.
berkongsi ceritera cinta.
indah sampaikan lenyap dunia.
maka bertebarlah bau esa.

-inspirasi cimie pendo- 2:48 28/03/14
pencinta yang menyinta
pengkaji flora dan fauna
Read More

27 Mar 2014

Angin Semilir



Pada suatu hari, Raja Monyet bertengkar dengan Ribut tentang siapakah yang lebih kuat? Kata Ribut 

“Aku lah yang lebih kuat kerana tiupan ku boleh meranap dan menerbangkan apa saja yang ada di depan ku.”. 
“Baiklah” 

jawab Raja Monyet sambil duduk bertenggek di dahan sepohon Ara yang tunjangnya menerjah bumi sedalam puluhan kaki. 

“Aku cabar kamu wahai Ribut, jika kamu betul-betul kuat, cubalah jatuhkan aku dari singgahsana ku ini!” 

cabar Raja Monyet yang sudah siap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Mendengar cabaran itu, tanpa membuang masa Ribut pun menghembus sekuat hati sehingga kehabisan nafas, tetapi tiupannya itu hanya mampu menerbangkan semua dedaun dan reranting kecil sahaja. 

Apa lagi, Raja Monyet ketawa terbahak-bahak sambil menyindir 

“Itu sahaja kah kekuatan mu wahai Ribut?”.

Raja Monyet terus ketawa. Oleh kerana terlalu malu, Ribut hanya mampu berdiam diri sahaja. Ketawa Raja Monyet itu telah didengari oleh Semilir yang sedang berlalu di situ. Lalu Semilir bertanya 

“Apakah yang melucukan kamu wahai Raja Monyet?”. 

Dengan angkuh Raja Monyet itu menjawab 

“Ribut mengaku dialah yang paling kuat tetapi tidak mampu menjatuhkan aku dari singgahsana ku ini. Tiupannya hanya mampu menerbangkan dedaun dan reranting kecil sahaja… ha… ha… ha…” 

Raja Monyet itu ketawa lagi. Sejurus mendengar jawapan itu, Semilir bertanya lagi 

“Adakah boleh aku mencuba?”. 

Pertanyaan itu menyebabkan Raja Monyet ketawa lebih kuat. 

“Wahai Semilir, lagikan Ribut tidak dapat menjatuhkan aku apatah lagi kamu yang lemah-lembut ini. Baik lah, jika kamu beriya-iya sangat, silakan!” 

cabar Raja Monyet yang angkuh itu. Semilir pun terus bertiup lembut. Tiupannya itu menyebabkan mata Raja Monyet menjadi lali dan mengantuk. Raja Monyet itu terus tertidur lalu jatuh tersungkur ke bumi dan mati. Melihatkan kejadian itu Ribut pun berkata 

“Wahai Semilir, tidak ku sangka kelembutan yang ada pada dirimu dapat melemahkan kekuatan Raja Monyet. Mulai hari ini, aku mengizinkan kamu bertiup mendahului aku.”

begitulah ceritanya.Di samping cerita ini, ada satu perkara lagi yang menarik tentang angin semilir ialah sifat dan kekuatannya itu telah dijadikan asas salah satu strategi dalam menghadapi krisis atau peperangan. 

Strategi ini dikenali sebagai strategi “pedang tersarung” yang menggariskan taktik-taktik untuk menakluki sesuatu tanpa sebarang kemusnahan.


menurut kamus dewan. angin semilir bermaksud angin yang bertiup lembut.
Read More

26 Mar 2014

Maafkan Daku Atas Salah Laku

hilang santun malah terburu2.
mungkin rimas sedang berlabuh dikalbu.
maafkan daku.
atas salah laku.

kejarlah dahulu citamu.
jangan kau toleh cintaku.
kerna cinta ini serapuh.
dahan nan kering tidak utuh.

biarkanlah saja diri ini.
bersabar dan terus menanti.
bersama waktu sehari2.
tanpa jemu tiada sangsi.

apakah takdir tertulis di halaman.
dua hati kan jadi satu.
berserah redha menjadi pegangan.
sampaikan salamku ya angin lalu.

bersama merdu sang burung berlagu.

-inspirasi cimie pendo- 09:07 26/03/14
pengkaji flora dan fauna
Read More

25 Mar 2014

Pray For Ikhwanul Muslimin

dingin sang bayu.
menyapa diriku.
khabar yang bertiup laju.
menyentuh perasaanku.
tersentap dijiwa dikalbu.

insani hanya berdiri terkaku.
melihat kebenaran dipaku.
si jahil terus bermegah angkuh.
sampai kapan lagi #sahabatku.

#prayforikhwanulmuslimin

-inspirasi cimie pendo-   18:55  25/03/14
pakar cinta laila majnun
pengkaji flora dan fauna
saudagar makanan tambahan
Read More

Laptop Toshiba Untuk Dijual


Laptop for sale..
Brand toshiba
Hard disk 4gb...
Condition 8/10
Bateri 3-4 jam 

Pm or call 0173074416 shah loc klang
Read More

Iphone 4 16gb Untuk Dijual


Wts only
Used item for sales

Iphone 4 16gb Rm770 tetap/firm
Condition 9/10 Box set
Warantty da hbs
Pakej casing usb cable box

Serius buyer bole deal trs je
+60 18 669 5178 Azlan
Cod Ampang sekitar

No trade in or swap
Read More

Misteri Yang Telah Terungkap (MH370)

terungkap sudah misteri.
setelah berhari menanti.
tangis pun membasahi pipi.
lalu berakhirlah harap insani.
yang datang pasti pergi.
kerna di sini hanya duniawi.
tiada tempat yang kekal abadi.
melainkan akhirat jualah satu destinasi.
pergi. biarkan ia pergi.
usap tangis bangkit dan berdiri.
teruskan merangkak berjalan berlari.
meniti titian ranjau penuh berduri.
dengan tabah redha disisi.
moga hidup lebih diberkati.
dicinta dan disayangi.
oleh Yang pemurah lagi mengasihani.

-inspirasi cimie pendo- 2:20 25/03/14
pakar cinta laila majnun
pengkaji flora dan fauna
saudagar makanan tambahan
Read More

24 Mar 2014

Enkei 3 Batang Ori Untuk Dijual


Repost !!! Enkei 3 batang original colour repaint depan saje ingin dilepaskan... Berminat bole call or wechat saya , 0122669737 / id : mrranger1.
Read More

23 Mar 2014

Adidas F50 [First Grade] Untuk Dijual


-adidas f50
-size 8 uk
-first grade
-condition 9/10
-rm500
-cannot nego 
-call/wassup/message : 017 6464 570 (cimie pendo)
Read More

21 Mar 2014

Salik Yang Merindu

disebalik kain yang lucut itu.
terserlah keindahan langit awan nan biru.
ku memilih bukan dari paras wajah mu.
tapi dari santun selembut bayu.
dulu yang terik kini sejuk membeku.
alhamdulillah tiada lagi jerebu.
angin sepoi meniup ruh di kalbu.
membuat makin laju layarku.
mengejar cinta suci dalam debu.
itulah impian setiap si salik yang merindu.

-inspirasi cimie pendo- 19:11 21/03/14
pakar cinta laila majnun
pengkaji flora dan fauna.
Read More

Power Bank Pineng PN 968 (100% Ori)


*PowerBank PINENG PN 968. ( 100 %
original).
*Rm90.00
*Dual USB output with LED (for
touch light).
*10000mAh
*LCD SCREEN battery level
*Warranty 1 year .
Interested??? Contact 0176551401 : Abu
Read More

Enkei 6 Batang Ori Moto Untuk Dijual


Ada 3set rim untuk dijual.
Semua rim ori moto. kpada abg2 yg berminat bleh fon 0194455399 AREA PeNanG. JGN PM SBB JRG ON9..TERIMA KASIH...
Read More

19 Mar 2014

Pray For MH370

entah ke mana terbangnya sang burung besi.

sampai ke hari ini masih penuh misteri.

manusia terus salah menyalahi.

lalu tercipta pelbagai spekulasi.

tak kurang juga yang bersimpati.

terus berdoa dengan harapan tinggi.

tetapi ingat wahai insani.

selagi nafsu masih menguasai.

jangankan ukhrawi mahupun duniawi.

tidak kan dapat cinta suci hakiki.


- inspirasi cimie pendo   21:56  19/03/14
Read More

Smoke On The Water - Malay Story

hoi.. gila ke. dah pukul 12 tengah hari la! nak jadi apa lah hari ni. sakit kepala bangun lambat macam ni.

mandi pun dah malas. rasa macam nak tidur balik. tapi. mujur ingat ada tanggungjawab.

dalam keadaan longlai. serabut.pening kepala. apa lagi? smoke on the water la!

herrffffffffffuuuuuuuhhhhhhhh!

qada' subuh dulu hoi!
Read More

18 Mar 2014

Blackberry Bold 4 Untuk Dijual


bold 4. rm650. baru update.

boleh nego lagi.

serius buyer call/mesej/wassup

- 017 646 4570 (cimie pendo)
- 017 268 4187 (iwan)
 
Read More

Iphone 5 Untuk Dijual



iphone 5. rm1500. 7 bulan pakai.

boleh nego lagi.

serius buyer call/mesej/wassup

- 017 646 4570 (cimie pendo)
- 017 268 4187 (iwan)
 
Read More

Oh Bunga


hari ni dah masuk hari yang ketiga bumi meru dilimpahi hujan. lebat. sangat lebat.

moga2 suasana dingin dan romantis ini menjadi satu sumber inspirasi buat manusia sejagat. 

hentikan fitnah. dan mengaibkan diri sendiri. kalau nak bandingkan perit getir hidup kau. aku rasa lagi perit kehidupan kucing betina yang bunting kat belakang rumah aku ni.

dah lah bunting. mati anak lagi. yang hidup disusukan lagi. sejuk bertemankan lantai simen yang berdebu.

oh tuhan. kuatkanlah cinta kami manusia kepada Mu. sebagaimana bunga mencintai titah perintah Mu. yang kembang mekar. mengharumkan bumi dan isinya. tanpa meminta harap dan simpati.

wallahua'lam.
Read More

Penat

letih malam ni. ramai yang tido awal kot. tak apa lah. boleh tutup awal. lepak lama2 kat kedai awe ni pun bukan boleh dah.

bosan khabaq hang. awek ada pun dah dipetik orang. lambat 4 tahun. 

kah kah kah.

walau apa pun. Alhamdulillah atas kurniaan rezeki niaga hari ini. ^^

moga hari esok lebih "cerah". amin.
Read More

17 Mar 2014

Hari Tak Selalunya Cerah

sempoi. petang ni memang sejuk. moga2 malam ni diantara hari2 yang indah. 

ketawa. senyum riang dan gembira. itu yang aku harapkan.

tapi tahukah kamu. hari tak selalunya cerah. 
Read More

Lenovo A880


alhamdulillah. aku begitu rasa bersyukur atas kurniaan ini. lenovo a880 betul2 mengikuti citarasa. sebagai blogger yang hambar. juga bersama2 dengan smartfone a880 ini. aku berjanji. akan terus berkarya dalam maya. insyaAllah.

cuma satu je. ni celcom suka2 telan duit aku ni kenapa?? haha.

tapi tu lah. kadang kita fikir harta yang kita ada tu adalah milik kita. tapi sebenarnya bukan. itu semua milik Allah.

Dia berhak mengambil balik apa saja yang diberi pada kita. dan tak kisah lah dengan cara apa sekalipun.

selipar hilang kat masjid ke. kena samun kereta ke. kena telan kredit ke. 

"apa yang perlu kita lakukan?"

firstly. kita perlu redha. terima sajalah. apa yang dah berlaku pasti ada hikmahnya.

secondly. fikir. mari kita sama2 fikirkan langkah baru agar pisang tak berbuah dua tiga kali. ini namanya ikhtiar.

lastly. berserahlah. kembalilah pada kuasa yang satu. tiada tempat lain untuk kita mengadu dan mohon pertolongan. melainkan pada Allah jua lah.

semoga manfaat.
Read More

Koyok

malas sungguh. betul2 sungguh2. ditambah lagi dengan angin dalam badan.

tapi dari aku terus terkurung dalam jasad ku keliru. baik aku cari koyok.

oh koyok. tunggu aku datang.
Read More

Test Phone Baru

testing testing testing
Read More

16 Mar 2014

Duhai Sahabat


tika ku buntu. diselubungi sendu. kau tiupkan ketabahan kuntum. mengukir senyuman.

duhai sahabat. dengarkanlah. bicara hatiku ini. meskipun jarak memisahkan. namun tiada rentap kasih.

biarlah waktu menentukan. nilai ukhwah yang terjalin. teruskanlah perjuangan. hingga ke titisan darah. terakhir.

#prayforkuskus

pic : Alrazi Zarini
Read More

5 Mar 2014

Ayu Shita - Tuhan Berikan Aku Cinta.

"walau aku senyum bukan berarti. aku selalu bahagia dalam hari. ada yang tak ada di hati ini. di jiwa ini. hampa."

sabar lah. tak lama lagi ada lah tu. senyum sajalah. dapat pahala.

"ku bertemu sang adam/hawa di simpang hidup ku. mungkin akan ada cerita cinta. namun ada saja cobaan hidup. seakan aku. hina."

tak lah. sehina hina manusia. adalah tidak mahu mengenal tuhannya. sabarlah. sabar. bidadari syurga lagi indah dari dunia dan isinya.

"tuhan berikanlah aku cinta. untuk temaniku dalam sepi. tangkap aku dalam terangmu. biarkanlah aku punya cinta."

ya. minta cinta suci maha esa lagi berbaloi dari yang lain. tapi tak salah kalau nak miliki teman hidup suami isteri. itukan syariat. cuma jangan melebihi dari kasih pada yang esa.

"tuhan berikanlah aku cinta. aku juga berhak bahagia. berikan restu dan halalmu. tuhan beri aku cinta."

siapa kata kau tak berhak? haiwan pun berhak bahagia. apakah kau fikir tuhan menzalimi makhluknya?

bang. akak. tak nikah dengan tak ada air mana lagi susah?

mujur udara masih lagi percuma.


Read More