30 Apr 2014

Okid - Khilaf

Bergelora lautan cinta
Karam bahtera kerana diduga
Darah muda cepat membakar jiwa
Hilanglah kasih putus saudara

Rindu dendam tidak terkira
Lautan bara ku selam jua
Kerana kau cintaku yang pertama
Sanggup ku hidup dalam penjara

Kini aku dibelenggu sepi
Tidur dan mimpi diranjang sepi
Mengunyah peristiwa menelan duka
Menghirup kenyataan penuh siksa
Hancur perasaanku tidak tertahan
Setelah ku sedari kesilapan

Cukuplah dengan ampun dan maaf
Cukuplah dengan rasa berdosa
Untuk merasa cinta semula
Untuk kembali kepangkuannya

Hanyalah kepadamu tuhan
Ku serah segala harapan
Tak sanggup aku bersendirian
Terimalah ku sebagai teman

Hanya engkau kasih sejati
Dengan taubat bisa engkau ampuni
Biar hina ku dimata dunia
Asalkan aku engkau terima
Read More

27 Apr 2014

Saya Nak Tanya Ni

"hari2 saya beri dia burger yang terbaik. saya beri percuma. namun. dia telah merobek hati saya. habis terluka jiwa saya. dia cuma lebih mencintai burger dari saya. sedangkan sayalah penciptanya. sungguh tidak dijangka."

cuba fikir.

hari2 kita minta murah rezeki. Dia bagi. percuma. hari2 kita mengadu nasib diri. Dia dengar. percuma. lalu. kita leka. sampaikan lebih mencintai dunia dari Dia. sedangkan Dialah penciptanya.

agak2 kamu. apa yang Dia rasa. bila mana kita melebihkan ciptaanNya dari Dia si pencipta?

jangan tanya saya. saya quran pun tak khatam. hadith apatah lagi. sekolah pun tak tinggi. tapi saya ranggi. haha.

-inspirasi cimie pendo-
you'll never turu dewe'an
part time writer
Read More

26 Apr 2014

You'll Never Sleep Alone



"kalau pandai mengaji. perangai buruk pun tak guna"

waktu itu. ada kelas tilawah kalau tak silap saya.
lembut sahaja suaranya. tetapi tepat menikam jiwa. saya hanya tersenyum dan ketawa. kerana saya. adalah saya. :)

ni. saya nak khabar. kalau nak disayangi guru. jangan selalu tidur dalam kelas. jangan ponteng2 kelas. guru kat depan. biasanya tak layan sangat murid dibaris belakang.

tetapi. kalau nak rasa dipandang sinis. nak rasa apa yang saya rasa. boleh buat amalan saya itu. haha.

kawan saya sampai duduk ke depan. tak tahan duduk sebelah saya. mungkin jadi gila kot duduk sebelah "mayat".

tahun 2007. tahun paling saya kuat tidur. kemurungan membelenggu jiwa rocker saya. saya tak sanggup berpisah. walaupun saya tahu dan yakin. pertemuan pasti ada perpisahan.

saya minta maaf. hati saya dah mati ketika itu. banyak hari2 di dalam kelas. saya habiskan masa dengan tidur. kerana saya fikir waktu itu. tidur adalah jalan yang terbaik untuk mengubat duka.

namun. saya tahu. teguran itu adalah tanda ambil berat seorang guru pada muridnya. :)

maaf. dan terima kasih ku ucap.

bro Radhi Brosnan​​. aku jumpa dalam laci lukisan lama kau. haha.

-inspirasi cimie pendo-
you'll never sleep alone
Read More

Apa Itu Pendo?

ramai yang bertanya pada saya.

"pendo tu apa?" 
"kenapa mesti pendo?"
"pendo? apa tu?"

persoalan yang selalu dibalas dengan senyuman. namun. ia tidak menjadikan saya terus diam tanpa mencari jawapan.

asal perkataan "pendo" adalah "pendor". saya ubahnya kepada PENDO agar lebih eksklusif. hihi.

sejak 2 menjak ini. saya kerap mencari konklusinya. dengan memuat turun banyak aplikasi kamus. 

dari bahasa melayu ke jawa. dari jawa ke banjar. dari banjar ke arab. dari arab ke inggeris. dari inggeris ke perancis. dari perancis ke rusia. dari rusia ke tursina.

tiba2 saya terjumpa. ada dua perkataan yang seakan mirip. saya jumpa di kamus dewan edisi ke 4 dan kamus jawa.

[kamus jawa]
pendopo : banggunan yang luas terbuka (tanpa batas) terletak di depan rumah.

[kamus dewan edisi ke 4]
penidur : orang yang selalu tidur. cepat tidur. mudah tidur. tukang tidur.

saya fikir. penidur adalah perkataan yang lebih secocok jika dilihat dari segi maksudnya. sebab saya suka tidur. hihi.

mungkin "pendor" adalah singkatan bagi penidur. dan kini. ia adalah PENDO. mungkin. ya. mungkin.

tetapi. apa pandangan kamu semua?

wallahua'lam.
Read More

Mantera - Bengang


"andai terjadi mana lagi. tempatku.
nak aku pahutkan mimpi. sediakala.
menunaikan janjiku. pada diri sendiri.
untuk ku memiliki.
cinta dulu asalnya. aku yang punya."

bila mana saya beli sayur di pasaraya NSK petang tadi. tiba2 lagu ini diputarkan. teringat pada seorang kenalan lama yang entah apa khabarnya.

dia yang memperkenalkan lagu ini pada saya. dia jugalah yang memberikan inspirasi tentang apa erti ROCK yang sebenar.

katanya ROCK adalah satu genre yang membawa kepada kedamaian. saya hanya tersenyum ketawa.

lalu dia pun huraikan. R.O.C.K. Ramai Orang Cintakan Kedamaian. saya diam sahaja. mungkin itu sebahagian pendapat sahaja.

dia suruh saya hayati setiap lirik2 lagu rock kapak. penuh sentimental. dan mempunyai makna yang mendalam.

kini. baru saya sedar. kebanyakan lirik lagu rock lebih kearah luahan kata cinta dari seorang pencinta kepada penciptanya. 

atau dalam istilah sufiah. ghazal si salik yang merindukan khaliknya.

baru2 ini ada seorang kenalan 'baru' menegur saya.

"kau suka rambut panjang ke?"

saya kata ya. kerana jiwa saya rock. lalu. dia berkata lagi.

"rock tak semestinya rambut panjang"

dari situ saya sedar. 

orang tak pandang rambut panjang seorang rockers. tetapi memandang jiwanya yang ikhlas memperjuangkan kedamaian.

saya fikir. begitu jugalah tuhan. 

dia tidak pandang serban dan jubah seseorang. tapi keikhlasan hati dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang insan.

sebab itulah saya gunting rambut.

"mana datang cahaya.
bukanlah tajuk cerita.
siapa pun kau ku sudi terima.
biarpun dosa semalam.
sebesar gunung menembus awan.
yang penting hatiku dapat kau tawan."

artis : mantera
lagu : bengang

-inspirasi cimie pendo-
Ramai. Orang. Cinta. Kedamaian.
part time writer
Read More

Ya Allah Ya Tuhan

ya allah ya tuhan.

sampai bila lagi kudrat ini kau pinjamkan? sungguh ku belum siap untuk menghadapmu.

ya allah ya tuhan.

ku redha atas segala ketetapan. yang telah tertulis. izinkanlah redha mu pada ku. agar ku redha melalui deras arus sungai itu.

ya allah ya tuhan.

sungguh! aku sudah lelah di sini. di dunia mu yang penuh ranjau berduri. mereka terlalu kejam! mereka membiarkan nafsu menguasai diri. tak terdaya tangan ini menahan berjuta tangan yang menahan. 

ya allah ya tuhan.

andai diri ini tiada lagi manfaat untuk bumi dan isinya. untuk langit dan penghuninya. kau bawalah ku pulang. ke kampung halaman itu. 

amin. ya allah. amin ya rabbal alamin.
Read More

23 Apr 2014

Perkataan Sinonim Dan Antonim

aku mengajak mereka agar mengasihi. tapi aku sendiri yang menbenci.

aku mengajar mereka erti bahagia. tapi aku sendiri yang derita.

aku menyuruh mereka saling mengasihani. tapi aku sendiri yang menzalimi.

aku buatkan mereka riang gembira. tapi aku sendiri walang berduka.

aku mengharap mereka hidup penuh keikhlasan. tapi aku sendiri hidup penuh kepuraan.

aku tanamkan mereka sifat kesabaran. tapi aku sendiri gelojoh tak keruan.

aku dambakan mereka tersenyum. tapi aku sendiri  yang tersembam muram.

teman dan sahabat. ku susun aturkan 20 jari tangan dan kaki. memohon meminta ampun maaf.

ku hanya insan tak berdaya tak berupaya.

izinkan benarkan. ku ucap dan lafaz.

SELAMAT HARI RAbu. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

rujukan : kamus sinonim dan antonim terbitan pelanduk publications.

-inspirasi cimie pendo-    06:39  23/04/2014
pencinta yang mencinta
part time writer
Read More

Pergilah Mengejar Cintamu Sedang Aku Disini Kan Terus Menunggu


lebat hujan petang tadi. habis bumi dibasahi.

kus kus pulang. setelah kian lama menghilang.

hamis. kusut. bukan itu yang aku peduli. tetapi dia bukan yang dulu lagi. betul2 merobek hati.

bukan saja bonda dan ayahanda. malah aku sendiri dia lupa.

liar!

sanggup kau lupakan. ikatan janji kesetiaan. dimana langit dan bumi. turut menjadi saksi.

sempat memberi seekor ikan. diratah dengan penuh kelaparan. lalu. dia pun pergi meninggalkan aku. tanpa hiraukan seorang perindu.

pergi. pergilah mengejar cintamu. sedang aku disini kan terus menunggu.

-cimie pendo-
perindu yang merindu
 
Read More

21 Apr 2014

Yamaha LC V2 5 Speed Untuk Dijual


Salam . Ada motorsikal Lc v2 5speed ingin dilepaskan . Condition cun enjin pun senyap lagy . Harga rm4500 bole nego lagy. Roadtax mati bulan 1tahun ni . Apa-2 bole kol num ni 0176889287 wan . area KL WANGSA MAJU . TQ
Read More

Yamaha 125z Second Untuk Dijual


Moto untuk dijual tahun 2002 coverset ori moto ..sportrim ori moto .bukak harge RM3.5k nego area negeri sembilan serious buyer call 0196360386
Read More

Bukti Luasnya Ilmu Allah

saya hanya tersenyum melihat mereka berhujah. bertukar2 dan bercanggah dalam memberi pandangan dan pendapat.

kerana berlainan pandangan atau bercanggahan pendapat adalah bukti betapa LUASnya ilmu Allah itu. 

Dia tak bagi semua sekali ilmu pada seseorang. bahkan dibahagi2 sama rata pada setiap makhluk dengan adil dan saksama. hatta muhammad s.a.w. sekalipun.

sepertimana kata bonda. tak semua pandai masak burger. walaupun hari2 masak lauk pauk di rumah.

tiada satu pun yang tidak benar. melainkan semuanya benar2 belaka.

tiada satu pun yang wujud. melainkan hanya wujud Dia belaka.

sesedap rasa burger itu hadir dari kurniaan Allah. ketidak sedapan rasa burger itu pula hadir dari kelemahan. kelalaian. kelekaan. kesalahan diri saya sendiri.

namun. YAKINLAH HAKIKATNYA! burger yang sedap itu rezki Allah. yang tidak sedap itu ujian Allah. maka semuanya dari Dia. dan kepada Dia jualah kita kembali.

Allahua'lam.

-inspirasi cimie pendo-
pencinta yang mencinta
part time writer
Read More

Sifat Kelakian Yang Sebenar

sifat kelakian lelaki itu diukur dengan tegaknya tiang rumah buat isteri dan anak.

sedang menyelak kamus dewan edisi kedua mencari makna suami dan isteri. tiba2 seseorang menyentuh bahu saya dan berkata.

"pengalaman adalah guru terbaik. bukan dari buku itu."
Read More

20 Apr 2014

Berkasih Kasihlah Antara Kita

"aku yang bagi makan. dengan kau pula dia manja."

tiba2 teringat keluh bonda. ya. haiwan bukan sekadar memerlukan makanan. malah kasih dan sayang dalam kehidupan seharian.

bukan saja kucing. malah khinzir pun. apatah lagi makhluk yang digelar insani. 

maka berkasih kasihlah antara kita. agar harmoni tersisip dilipatan hati.

-inspirasi cimie pendo-
pencinta yang mencinta
Read More

Wanita Golongan Materialistik

"siapa yang nak kalau kerja tak tentu"

ya. betul kata bonda. rata2 wanita yang telah saya lamar. semuanya mahukan lelaki yang berpendapatan tetap. atau erti kata lain. mempunyai pekerjaan tetap.

tidak dapat dinafikan. wanita bersifat materialistik. samaada terlalu obses terhadap kebendaan ataupun tidak. mereka tetap diklasifikasikan dalam golongan yang materialistik.

tidak kisah lah wanita dari mana asal usul keturunan mereka. ada diploma? ada ijazah? walau yang ambil bidang agama sekalipun. mereka tetap tidak boleh lari dari fitrah itu.

fitrah itu adalah anugerah Allah. kita kena faham kenapa wanita begitu. bukankah mereka golongan yang perlu dibela dan dilindung. siapa lagi yang perlu membela dan melindungi mereka kalau bukan lelaki.

bak kata lagu ni lah.

"tercipta engkau dari rusuk lelaki. bukan dari kaki untuk dialasi. bukan dari kepala untuk dijunjung. tapi dekat dibahu untuk dilindung. dekat jua di hati untuk dikasihi. engkaulah wanita hiasan duniawi."

biasa kita dengar.

"ya lah. laki kerja entah apa. nak bagi mereka makan apa? makan pasir?"

saya faham. saya mengerti. malah pasir pun sekarang dah naik harga.

mungkin ada sebilangan kecil yang tidak kisah. asalkan ada makanan yang boleh diratah. ya. itulah kuasa cinta.

"baju ronyok tak apa. asal pakai selesa."

samaada makan gaji. ataupun menggaji diri sendiri[bekerja sendiri]. asalkan ia berterusan kerja bagi membanting tulang empat kerat. bagi saya. itulah pekerjaan tetap mereka.

kenalan saya. niaga steamboat kecil2lan naik lori. isteri ada. rumah ada. kereta ada. rxz pun ada. arai pun ada. apa lagi mahu?

wanita mana mahu laki yang pemalas?

untung kau ali baba. malas2 kerja pun ada orang sayang. tahu2 jadi jutawan. :)

yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya.

namun. HAKIKATnya baik dan buruk itu dari Dia Belaka.

-inspirasi cimie pendo-
pencinta yang mencinta
part time writer
Read More

19 Apr 2014

125z Second Untuk Dijual


125z untuk dijual tahun 2002.area negeri sembilan..dapat mcm dlm gambar papahal call terus kalau nk detail lebih lanjut RM4k nego. contact 0196360386..
Read More

Something Left At Sabak Bernam [Signature]

26/01/2004

cuti raya cina dah pun habis. kini bermulalah hari-hari yang membosankan.

di setiap penjuru meja. di celahan kerusi. pasti ada nama itu.

saya tahu. mungkin ada yang tidak suka. mungkin juga ada yang tersenyum ketawa. malah mungkin ada yang tertanya tanya.

siapakah tuan empunya nama itu.

adegan vandalisma dilakukan. akibat tidak boleh menumpukan sepenuh perhatian dalam pembelajaran. tangan ini laju saja mencapai liquid paper.

cimie baik 04

tersorok dibalik meja dan kerusi. ia pengaruh dari abang saya. di rumah penuh dengan namanya.

lucu.

tapi, setelah berada di tingkatan 2. aktiviti vandalisma itu dikurangkan. mungkin saya semakin matang. mungkin.

walaupun berkurang, namun saya membuat pengubah suaian pada sign itu. saya fikir sampai bila harus ditukar setiap tahun. jadi saya telah tetapkan signature iti dan ia akan terus kekal selama lamanya sebagai.

cimie baik forever

password wifi rumah saya tu. haha.

kejap! benda inikah yang tertinggal? saya tak pasti. kacau sungguh jiwa ini. fikiran berkocak celaru. memori lama sukar untuk dilukiskan, setelah kian lama dilupakan.

saya minta maaf.
Read More

15 Apr 2014

Something Left At Sabak Bernam [Menjelang Balik Kampung]

20/01/2004

selepas 2 minggu bermastautin di sabak bernam. maka tibalah hari yang ditunggu-tunggu.

kalau tidak silap saya. cuti tahun baru cina adalah peristiwa balik kampung yang pertama.

di mana waktu itu. rata-rata pelajar tingkatan satu menaiki bas yang telah ditempah oleh pihak pengurusan asrama.

saya rindu peristiwa itu. semua rakan gembira. 2 minggu tanpa melihat dunia luar membuntukan fikiran saya.

tiada idea. tiada inspirasi.

setahu saya hanya 2 kali pihak pengurusan asrama menyediakan bas untuk kami. tidak tahu kenapa tiada lagi selepas itu.

apa yang membuatkan saya menangis. apabila teringat akan peristiwa menjelang balik kampung.

tiap kali saat itu hampir tiba. saya akan pergi dari satu kelas ke satu kelas yang lain. kebiasaannya semasa ulangkaji pelajaran diwaktu malam.

'hoi lagi 5 hari hoi'
'hoi lagi 2 hari hoi'
'hoi esok balik hoi'

begitulah rutin saya tiap kali menjelang pulang ke kampung. saya tidak biasa berjauhan dengan keluarga. bagi saya klang ke sabak bernam adalah satu perjalanan yang lama.

lebih-lebih lagi jalan rayanya teruk. berlopak dan berlubang sana sini.

namun, hari ini tidak lagi. semakin saya dewasa. semakin rasa betapa kecilnya dunia ini.

tiap-tiap malam menjelang balik kampung. dari satu kelas ke kelas yang lain. hanya untuk membuat pengumuman yang menjengkelkan.

masihkah kalian ingat?

sungguh rindu saat dan waktu itu.

pandangan memori saya masih rapuh. saya masih lagi tidak nampak. apa atau siapa yang saya tertinggal dan terlepas pandang.

saya minta maaf.

Read More

Apakah Langit Bisa Disentuh

dia terlalu 'jauh' buat saya.

tak termampu menyentuh indahnya langit.

soalnya. apakah langit bisa disentuh?

-inspirasi cimie pendo-
sang buluh perindu
Read More

Ucapan Yang Halus Tulus Mulus Dan Kudus Dari Cimie Pendo

bismillahirrahmanirrahim.

Rabbish rahli sadri wa yas-sir li amri wahloul uqdatam mil-lisaani yafqahu qawli.

assalamualaikum w.b.t. dan selamat pagi saya ucapkan.

di sini. saya ingin merakamkan penuh kesyukuran ke hadrat ilahi. atas kurniaanNya yang melimpah ruah kepada kita.

dalam ruangan ini juga. saya ingin mengucapkan selamat berjuang pada mereka yang sedang atau akan menghadapi peperiksaan dan ujian. samaada untuk duniawi apatah lagi ukhrawi.

berjuanglah habis habisan sahabat2. kejarlah ilmu sehingga saat mana kamu tidak lagi berdaya untuk mengejarnya.

carilah ilmu demi mengenal rahsia tuhan. bukan sekadar untuk mengumpul koleksi pingat. mahupun skrol. kerana ia begitu mudah 'terbakar'.

namun. ilmu tanpa amal itu adalah satu perkara yang sia2. malah. amal tanpa ilmu boleh bikin kamu sesat.

amallah ilmu itu walaupun sedikit. sedikit2 lama2 jadi bukit. sekalipun ilmu itu sekadar menjadikan kamu peniaga burger jalanan.

mula2 tidak sedap. tetapi. makin hari makin menarik citarasa pengguna dan penggemar tegar burger. siapa tahu?

bagi yang bekerja. kerjakanlah pekerjaan kamu dengan amanah dan penuh rasa tanggungjawab.

ikhlas dan redhakanlah segala yang telah ditetapkan olehNya kepada kamu. walaupun pekerjaan itu hanya mampu memberi kamu smartfone lenovo A880.

adakah rezeki yang halal itu berat bagi kamu?

namun. bersyukurlah. nafas masih lagi percuma.

akhir kata dari saya. semoga kamu semua berjaya hingga ke manara gading. malah. hingga ke gerbangNya. lalu terbuka hijab berjuta rahsia. insyaAllah.

burger yang sedap itu datangnya dari Allah. yang kurang atau tidak sedap itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.

namun. pada HAKIKATNYA. yang sedap atau yang kurang atau tidak sedap itu semua datangnya dari Dia.

wassalamualaikum w.b.t.

-inspirasi cimie pendo-
pecinta yang menyinta
Read More

13 Apr 2014

Suatu Malam Yang Gerimis


ya. masih ingat lagi malam itu. malam yang menyingkap seribu kenangan dalam jiwa gua.

saat waktu keberangkatan ke kedah. demi memenuhi ilmu di dada. kilang perabot di satu kampung kecil, kampung jabi, pokok sena. menjadi takdir perjalanan hidup gua di dunia.

mereka lah yang menjadi peneman. mereka jugalah yang menghiburkan. bila mana hati ini berkocak kencang angkara gemuruh.

sungguh. tersentuh jiwa yang mulus ini. kehalusan malam itu dihiasi dengan lampu2 yang bergemerlapan.

indah. seindah mentari senja. 

mereka terus menunggu sehingga bas gua tiba. sabar menemani diri seorang pencinta. pencinta yang mencintai. perindu yang merindui.

bila sahaja melangkah masuk dan duduk di sisi bas. gua mengintai dan merenung ke luar jendela.

lambaian tangan mereka. senyuman manis belaka. tersingkap semat dilipatan hati.

detik itu. maruah seorang rock keras tercela. mutiara kecil mula membasahi pipi. mengalir lembut seiring dengan gerimis yang mengundang.

" And I am feeling so small "
" It was over my head "
" I know nothing at all "

" And I will stumble and fall "
" I'm still learning to love "
" Just starting to crawl "

mereka tidak tahu. namun. gua mahu mereka tahu. cinta dan kasih yang berkembang menebarkan bau kesaktian persahabatan dari gua istimewa buat mereka.

tetapi kini. salah satu dari kami telah pun dimiliki. sudah kurang bertegur sapa. sudah kurang keriangan tawa. kerna jarang berjumpa.

satu hasrat dan doa. tulus dari jiwa seorang rocker. moga ikatan ceritera kasih persahabatan ini tidak kan terpisah. kekal sehingga ke hujung nyawa.

ya. semoga hanya nyawa yang memisahkan. insyaAllah.

-inspirasi cimie pendo-
pencinta yang menyinta
pengkaji flora dan fauna

photo taken by : Al-Afif Osman​​
photo by : Alrazi Zarini​​
photo taken date : 26 november 2010

location : klang sentral bus terminal

ost : a great big world [say something]
Read More

12 Apr 2014

Rahsia Dalam Rahsia [Maafkan Daku Tuhan]


ku pinta cinta dunia. namun Kau beri ku derita.

ya. aku tahu. 

pengajaran untuk mengajar aku erti dewasa. agar mendalami erti setia. supaya hati tidak mudah mendua. apatah lagi meminta2.

maafkan lah daku ini.  wahai sang pemilik hati.

-inspirasi cimie pendo-
rahsia dalam rahsia
pencinta yang menyinta

photo by : Alrazi Zarini
Read More

Something Left At Sabak Bernam [Barang Amanah]

11/01/2004.

saya rindukan malam itu. persembahan terakhir dari setiap kumpulan orientasi. saya, amir kependeng[ketua kumpulan], abang or-deng[fasilitator kumpulan]. dan beberapa ahli kumpulan yang lain. membuat persembahan nyanyian.

mujur waktu itu saya masih lagi belum terjebak dalam arena rock keras. suara saya tak terkeluar. liriknya mudah. ditambah lagi dengan melodinya.

saya tidak pasti melodi lagu apa yang kami guna pakai. kerana ia lagu inggeris. dan saya tidak minat lagu inggeris.

malam itu. kami diberi arahan untuk tunjukkan barang amanah masing-masing.

lucu.

ada yang keluarkan batu. ada yang keluarkan stokin. semua itu hanya sebagai gantian barang amanah yang telah hilang ataupun pecah.

tiba-tiba ada seorang lelaki yang masih menyimpan barang amanah dengan baik. iaitu sebiji telur ayam.

tidak lama kemudian. muncul lagi seorang wanita. turut menjaga dengan baik barang amanahnya.

saya betul-betul tak sangka. hebat sungguh mereka. lalu, mereka disuruh naik ke pentas. 

mereka memperkenalkan diri. hayat namanya. manakala yang wanita hayaton. saya fikir mereka memang secocok. sepadan bagai pinang dibelah dua.

ketika mana abang-abang dan kakak-kakak fasilitator memberi arahan.

"angkat barang amanah kamu berdua. tunjukkan pada kawan-kawan kamu"

dalam sekelip mata sahaja. seorang fasilitator menolak tangan mereka. habis jatuh berkecai. pecah telur tembelang.

hampa sungguh dengan perbuatan itu. musuh yang serang dari belakang lebih hina dari pengemis yang mengemis!

saya tidak faham kenapa peristiwa itu harus berlaku. apa sebenarnya pengajaran pada malam itu?

yang datang pasti pergi? itulah nasib barang amanah[telur ayam] kami.

diberi bukan untuk dijaga dengan baik. tetapi. diberi untuk dimusnahkan. demi kepuasan nafsu hiburan mereka.

apa gunanya mengherdik. memaki. bila mana barang amanah itu tidak kami jaga dengan baik?

lebih baik kau goreng. makan dengan roti. kau akan dapat satu burger telur yang tiada bandingannya!

malam yang terakhir bagi sesi suai kenal. juga masih tercari-cari apa yang saya tertinggal? apa yang saya terlepas pandang?

saya minta maaf.
Read More

11 Apr 2014

Allah. Ya Dia. InsyaAllah.

hoi! jom ke klang. kita beli barang niaga. jangan malas2. siapa nak tolong family kau cimie pendo? 

Allah. ya Dia. insyaAllah.
Read More

Full Set RXZ 98 Untuk Dijual


Brmnat call terus . Jual murah2 nk clearkn brng . Area kl . 0122410536 . Urgent !!!
Read More

Cover Set 125zr Hitam Oren Ori Motor Untuk Dijual


fullset itam oren ori moto..! 
condtion 8/10..
area selayang.. rm250.. jualan urgent ! 
0133479816
Read More

Kaberator Catalyzer Ori Untuk Dijual


Sebijik kab catal ingin d jual.. Jual ssb da tukar kab mili.. Minat blh pm,wasap,n wechat 0145599952.. Cod danau kota,setapak..
Read More
biasa kita dengar.

cikgu kawin cikgu. doktor kawin doktor. lecturer kawin lecturer. 

dan. banyak lagi lah. semuanya berpasang pasangan. dengan kerjaya yang sama. 

gua rasa pun nak cari yang jual burger juga
lah. nak cari yang berpelajaran tinggi? lan xiau! siapa yang mahu peniaga jalanan ni.

mana lah tahu. jodohku juga sekadar seorang peniaga ditepian jalan.

selain majlis perkahwinan arwah abang 17 tahun yang lalu. semua jantan yang lain ni masih tak terbayang hala tujunya. [gua dengan 2 lagi abang]

mak gua dah rindu majlis2 macam tu. hem. 

maaf. gua dah cuba ibuku. tiada rezeki.

jom jumaat. :)
Read More

Something Left At Sabak Bernam [Orientasi]

07/01/2004 [malam]

belum-belum lagi sudah kena maki hamun. kena sergah dan bermacam arahan yang menjengkelkan. saya benci dengan suara mereka.

apa yang nak diajar sebenarnya?

di dalam pengajian ilmu makrifat pun diajar dengan penuh kelembutan. tetapi tegas didalam akidah dan hakikat insan.

tanpa kekerasan. cacian. dan makian. tetapi mampu melahirkan ramai cendekiawan. sampaikan bertaraf arifbillah.

perlukah arahan dengan nada yang meluatkan demi mengajar seseorang untuk berdisiplin?

kau fikir ini kem tentera? ini sekolah agamalah!

apa yang paling penting dalam menuntut adalah kesabaran dan keikhlasan. bukannya mengajar dengan kekerasan.

untuk apa?

oh. untuk junior belajar menghormati senior? kau takut dipijak kepala? baik kau takut kan hati kau yang bertindak mengikut ammarah.

nah [jari tengah] saya bagi.

masih hampa. masih lagi tak jelas. saya langsung tidak nampak kelibatnya. apa yang tertinggal? apa yang terlepas pandang sebenarnya?

siapa atau apa?

saya minta maaf.
Read More

10 Apr 2014

Hujan Lagi.

hujan. :)

barang pun tak beli lagi.

harus bagaimana? dah lewat ni. nak niaga ke tak?

wallahua'lam.
Read More

Something Left At Sabak Bernam [Pendaftaran Pelajar]

07/01/2004.

awal-awal pagi lagi dah bangun. seram. sejuk. bercampur aduk perasaan di hati saya. mana tidaknya. nak berjauhan dengan keluarga buat ulung kali.

sabak bernam destinasi yang dituju. kereta iswara bewarna coklat menjadi tunggangan kami bertiga. hanya saya, baba dan mama.

keliru. nak pergi atau tidak.

sampai saja sekolah samtssaas. kami disambut meriah oleh para senior. mahu yang lelaki. tidak kurang juga yang perempuan.

memang gah banggunan tu. pertama kali lihat dengan mata kasar. bagaikan mendaftar di sekolah syurga.

baik yang lelaki. mahupun wanita. semuanya bagaikan suci dari ammarah dan dosa.

tetapi segalanya berubah. selepas kaki ini mula melangkah masuk ke dalam asrama.

hampa.

saya sepertinya berada di tahun 1969. tak selesa. memang macam tongkang pecah yang sedang dibaiki. itu saja yang boleh saya gambarkan.

saya minta maaf.
Read More

Something Left At Sabak Bernam [Pengenalan]

merentas masa silam. ya. itu yang cuba saya selami dalam beberapa hari dan waktu.

dengan izin Dzatullah. yang telah tertulis di ruangan luh mahfuz. maka saya kembali ke masa silam.

tak jauh mana pun saya men'jenguk' masa lampau tu. entah kenapa tiba-tiba nak lihat gelagat sewaktu di zaman bangku sekolah agama menengah tinggi sultan salahuddin abdul aziz shah batu 38 sabak bernam.

tapi kenapa zaman itu?

hanya ada satu asbab musabab. ada sesuatu yang tertinggal di situ. ada sesuatu yang saya terlepas pandang.

ya. kenapa! langsung tidak pernah terlintas di dalam kotak fikiran fakir ini.

tapi. kerana apa? 

kerana saya tahu. saya tidak sepatutnya meninggalkan ia di situ. namun. mungkin sudah terlewat. terlewat mengenali dengan lebih dekat. apakah ia sudah dimiliki? 

ia terus menjadi tanda tanya.

untuk pengetahuan kalian. bukan pengisian kali ini untuk saya nukilkan lukisan hidup masa lampau. kerana ini hanya satu pengisian salam perkenalan.

lagi pula. mesin merentas masa sedang dibaiki dan dinaik taraf. maklumlah. barang lama yang dah tak terusik. jadi. semoga kalian dapat mengamati skrip drama ini nanti.

wassalam.
Read More

8 Apr 2014

Apa Itu Suluk? Spiritual Yang Menyesatkan?

Suluk secara harfiah berarti menempuh (jalan). Dalam kaitannya dengan agama Islam dan sufisme, kata suluk berarti menempuh jalan (spiritual) untuk menuju Allah. Menempuh jalan suluk (bersuluk) mencakup sebuah disiplin seumur hidup dalam melaksanakan aturan-aturan eksoteris agama Islam (syariat) sekaligus aturan-aturan esoteris agama Islam (hakikat). 

Ber-suluk juga mencakup hasrat untuk Mengenal Diri, Memahami Esensi Kehidupan, Pencarian Tuhan, dan Pencarian Kebenaran Sejati (ilahiyyah), melalui penempaan diri seumur hidup dengan melakukan syariat lahiriah sekaligus syariat batiniah demi mencapai kesucian hati untuk mengenal diri dan Tuhan.

Kata suluk berasal dari terminologi Al-Qur'an,Fasluki, dalam Surat An-Nahl [16] ayat 69, Fasluki subula rabbiki zululan, yang artinya Dan tempuhlah jalan Rabb-mu yang telah dimudahkan (bagimu).Seseorang yang menempuh jalan suluk disebut salik.
Read More

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan SALIK

Seorang salik adalah seseorang yang menjalani disiplin spiritual dalam menempuh jalan sufisme Islam(tasauf) untuk membersihkan dan memurnikan jiwanya, yang disebut juga dengan jalan suluk. Dengan kata lain, seorang salik adalah seorang penempuh jalan suluk.

Untuk menjadi seorang salik, seorang muslim selama seumur hidupnya harus menjalani disiplin dalan melaksanakan syariat lahiriah sekaligus juga disiplin dalam menjalani syariat batiniah agama Islam. Seseorang tidak disebut sebagai seorang salik jika hanya menjalani salah satu disiplin tersebut.

Seorang salik juga disebut sebagai seorang murid ketika ia menjalani disiplin spiritual tersebut dibawah bimbingan guru sufi tertentu, atau dalam tarekat tertentu.
Read More

OneRepublic - Counting Star

[Chorus:]
Lately I been, I been losing sleep
Dreaming about the things that we could be
But baby, I been, I been prayin' hard
Said no more counting dollars
We'll be counting stars
Yeah, we'll be counting stars

[Verse 1]
I see this life
Like a swinging vine
Swing my heart across the line
In my face is flashing signs
Seek it out and ye shall find

Old, but I'm not that old
Young, but I'm not that bold
And I don't think the world is sold
I'm just doing what we're told

I feel something so right
By doing the wrong thing
And I feel something so wrong
By doing the right thing
I couldn't lie, couldn't lie, couldn't lie
Everything that kills me makes me feel alive

[Chorus:]
Lately I been, I been losing sleep (hey!)
Dreaming about the things that we could be
But baby, I been, I been prayin' hard (hey!)
Said no more counting dollars
We'll be counting stars
Lately I been, I been losing sleep (hey!)
Dreaming about the things that we could be
But baby, I been, I been prayin' hard (hey!)
Said no more counting dollars
We'll be, we'll be counting stars

[Verse 2:]
I feel the love
And I feel it burn
Down this river every turn
Hope is our four letter word
Make that money
Watch it burn

Old, but I'm not that old
Young, but I'm not that bold
And I don't think the world is sold
I'm just doing what we're told

And I feel something so wrong
By doing the right thing
I couldn't lie, couldn't lie, couldn't lie
Everything that drowns me makes me wanna fly

[Chorus:]
Lately I been, I been losing sleep (hey!)
Dreaming about the things that we could be
But baby, I been, I been prayin' hard
Said no more counting dollars
We'll be counting stars
Lately I been, I been losing sleep (hey!)
Dreaming about the things that we could be
But baby, I been, I been prayin' hard (hey!)
Said no more counting dollars
We'll be, we'll be counting stars

Oh, oh, oh.

[Bridge 4x:]
Take that money
Watch it burn
Sink in the river
The lessons I learned

Everything that kills me makes me feel alive

[Chorus:]
Lately I been, I been losing sleep (hey!)
Dreaming about the things that we could be
But baby, I been, I been prayin' hard (hey!)
Said no more counting dollars
We'll be counting stars
Lately I been, I been losing sleep
Dreaming about the things that we could be
But baby, I been, I been prayin' hard
Said no more counting dollars
We'll be, we'll be counting stars

[Outro 4x:]
Take that money
Watch it burn
Sink in the river
The lessons I learned
Read More

A Great Big World - I Don't Wanna Love Somebody Else

Oh, I built a world around you
Oh, you had me in a dream, 
I lived in every word you said
The stars had aligned
I thought that I found you
And I don't wanna love somebody else

Oh, we left it all unspoken
Oh, we buried it alive 
and now it's screaming in my head
Oh, I shouldn't go on hoping
Oh, that you will change your mind 
and one day we could start again
Well I don't care if loneliness kills me
I don't wanna love somebody else

Oh, I thought that I could change you
Oh, I thought that we would be the greatest story that I tell
I know that it's time to tell you it's over
But I don't wanna love somebody else
Read More

Papinka - Masih Mencintanya



Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu 
Agar kau bahagia 
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu 
Agar kau bahagia 
Bersama dirinya selamanya wooo wooo

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya wooo wooo huuu
Read More