4 Apr 2014

Kenangan Perjalanan Antara Aku, Dia Dan Lori 3 Tan Ke Johor Bharu

elder brother

dinginnya di malam ini. suasana pilu. terkenang daku kembali. sejarah silam. yeahh.

lagu yang penuh nostalgia dalam hidup gua. di mana waktu itu. hanya gua. dia dan sebuah lori 3 tan. tidak terlupa suria 12 dan redbull menjadi peneman.

lori yang dhaif. dipandu dengan kadar sederhana. tiada radio. tiada penghawa dingin. hala tujunya adalah johor bharu. perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 3 hingga 4 jam. namun. dengan berbekalkan kudrat yang ada. hampir 6 jam baru kami tiba.

oh. sungguh rindu saat itu.

menyanyi bersama. ketawa bersama. burung2 pun turut gembira. entah bagaimana lagu ini menjadi pilihan kami. mungkin masing2 ada sejarah tersendiri.

kini sejarah tetap sejarah. yang ada hanyalah kenangan. akan gua pahatkan dalam ingatan. agar menjadi peneman. tatkala timbul kerinduan.

kekandaku. semoga ruh mu tenang disana. insyaAllah.

-inspirasi cimie pendo-
pengkaji flora dan fauna
pemutar belit fakta
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.