11 Apr 2014

Something Left At Sabak Bernam [Orientasi]

07/01/2004 [malam]

belum-belum lagi sudah kena maki hamun. kena sergah dan bermacam arahan yang menjengkelkan. saya benci dengan suara mereka.

apa yang nak diajar sebenarnya?

di dalam pengajian ilmu makrifat pun diajar dengan penuh kelembutan. tetapi tegas didalam akidah dan hakikat insan.

tanpa kekerasan. cacian. dan makian. tetapi mampu melahirkan ramai cendekiawan. sampaikan bertaraf arifbillah.

perlukah arahan dengan nada yang meluatkan demi mengajar seseorang untuk berdisiplin?

kau fikir ini kem tentera? ini sekolah agamalah!

apa yang paling penting dalam menuntut adalah kesabaran dan keikhlasan. bukannya mengajar dengan kekerasan.

untuk apa?

oh. untuk junior belajar menghormati senior? kau takut dipijak kepala? baik kau takut kan hati kau yang bertindak mengikut ammarah.

nah [jari tengah] saya bagi.

masih hampa. masih lagi tak jelas. saya langsung tidak nampak kelibatnya. apa yang tertinggal? apa yang terlepas pandang sebenarnya?

siapa atau apa?

saya minta maaf.
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.