29 Feb 2012

Sesekali kau. Sesekali kami.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 


sesekali kau diatas. sesekali kau dibawah. sesekali kau berasa senang. sesekali kau berasa susah. sesekali kau pasti girang. sesekali kau pasti kecewa. 

hidupan dunia sekadar permainan. hidupan dunia sekadar lakonan. tiada yang kental. tiada yang kekal. 

sesekali kau diatas.
jangan lah lupa kami dibawah. jangan lah meludah kami di bawah. jangan lah memaling kami dibawah. jenguk dan lihat lah. pimpin dan pandu lah. agar kau dan kami berada di atas. bersama  mereka yang telah tetap diatas. dan tidak lagi ubah ubah. dan tidak lagi turun turun kebawah.

sesekali kau dibawah.
jangan lah merayu pada mereka diatas. janganlah meminta minta mereka diatas. janganlah terasa hina pada mereka diatas. buka kepala paip dan  berwudhuk lah. ruku' dan sujudlah. tadah tangan dan berdoalah. bertenang dan berasa syukurlah. agar kau dan mereka sama sama diatas. bersama mereka yang telah tetap diatas. dan tidak lagi ubah ubah. dan tidak lagi turun kebawah.

sesekali kau berasa senang.
janganlah menarik muka pada kami yang susah. janganlah membenci pada kami yang susah. janganlah meninggi ninggi pada kami yang susah. buka lampu dan suluhkanlah pada kami. beri tongkat dan bawalah bersama sama kami. agar kau dan kami sama sama senang. bersama mereka mereka yang telah senang. dan tidak lagi ubah ubah. dan tidak lagi susah susah.

sesekali kau berasa susah.
janganlah kau berasa tidak adil. janganlah kau berasa tidak dipeduli. janganlah kau berasa ingin meragut diri. senyum dan berzikirlah. berusaha dan bertawakallah. berdoa dan bersabarlah. agar kau dan mereka sama sama senang. bersama mereka mereka yang telah senang. dan tidak lagi ubah ubah. dan tidak lagi susah susah.

sesekali kau pasti girang.
janganlah kau ketawakan kami. janganlah kau menghina hina kami. janganlah kau memencilkan kami. janganlah kau begitu angkuh dengan kami. berseloka dan berjenakalah. berpantun dan bersajaklah. agar kau dan kami bersama merasa girang. bersama mereka mereka yang telah girang. dan tidak ubah ubah lagi. dan tidak lagi tangis menangisi.

sesekali kau pasti kecewa.
janganlah kau terus kecewa. janganlah kau terus menderita. janganlah kau terus menerus diri dihina. janganlah kau menyalahi sesiapa. janganlah kau mengambil dadah pula. lepaskan dan buanglah. padam dan refreshkanlah. ingat dan sentiasa beringat. pada Dia yang wujud sentiasa. agar kau dan mereka mereka bersama merasa girang. bersama mereka mereka yang telah girang. dan tidak ubah ubah lagi. dan tidak lagi tangis menangisi.

Allah. Allah. Allah.

wallahua'alam.

Reactions:

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.