18 Feb 2012

Rintihan Kecil (4)

Air Mata Bonda

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


kau mencintai aku seperti matahari yang mencintai titah tuhannya. tak pernah lelah membagi cahaya. tak pernah lelah menghangatkan jiwa.

pernah berkali kau aku sakiti. pernah berkali kau aku gurisi. tapi tidak pernah jua aku kau kasari. tidak jua aku kau hindari. kau sentiasa mendampingi. ketika susah dan senang. tatkala panas dan hujan. tidak kira ribut dan taufan.

kau mencintai aku seperti bintang di langit yang mencintai titah tuhannya. tak pernah lelah menerbitkan keindahan pada waktu malam. tak pernah lelah melahirkan cahaya di waktu hari menjadi kelam.

mata kau yang berkaca kaca. beserta dengan linangan air mata. langsung tidak mengubah hati. langsung tidak aku peduli. adapun aku tahu, aku sangat kau perlukan. namun kau tidak aku hiraukan. yang sering bersama teman teman. entah kenapa. entah mengapa.


kau mencintai aku seperti bunga mencintai titah tuhannya. tak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia. tak pernah lelah meneduhkan gelisah nyala.

lalu kau mekarkan tangisan. lalu kau perkuatkan menadah tangan. tidak pernah sesekali berhenti. sampaikan terbang di bumi yang suci. kegelisahan aku yang membelenggu diri. keringat mula membasahi pipi. penamatnya seakan hampir mari. masa lalu yang kelam. mulanya perlahan lahan tenggelam. 

kau mencintai aku seperti laut meluas mencintai titah tuhannya. tak pernah lelah memberikan hidupan laut di alam dunia. tak pernah lelah menerbitkan berjuta rahsia pada manusia.

dari biji benih yang suci. namun aku mengotori. lalu dari akar yang elok. tetapi sanggup aku mencantas. dan dari batang yang baik. turut aku menebas. sedar tidak sedar. perasan tidak perasan. parang hina mula tumpul. batang yang baik tumbuh kembali. Alhamdulillah.

mungkin barokah doa kau. mungkin maqbul rintihan kau. batang yang baik mula membiak kembali. parang hina mula berkarat berkali kali. tetapi adakah ini suatu kemenangan. apakah ini suatu ketetapan. tidak akan parang diasah lagi? 


aku tidak sesekali membiarkan batang membesar sendiri. baja perlu di cari. sebagai menambahkan keindahan tumbuhan ini. sehinggakan mekarnya bunga bungaan. sampaikan lebatnya daun daunan. semoga timbulnya buah buahan. agar muncul sesuatu keindahan. keindahan yang telah di janjikan oleh ilahi. yang sememangnya pasti di jalan yang Dia redhoi. 

apakah sempat atau adakah dapat. untuk aku melihat keindahan itu. keindahan dari mekarnya bungaan. keindahan dari lebatnya daunan. keindahan dari timbulnya buahan?

Gusti Allah. Gusti Allah. Gusti Allah.

wallahua'alam.

Reactions:

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.