7 Apr 2013

Cerita Duda Bertemu Janda

Di sebuah perkampungan ada seorang duda yang sudah berumur tinggal seorang dirumah nya. Anak-anaknya semua bekerja di bandar. Berdekatan rumahnya itu ada seorang janda yang juga agak berumur dan juga tinggal seorang diri. Sudah bertahun lamanya mereka berjiran dan sering juga berhubung kala kesunyian. Suatu hari, di petang yang redup si duda duduk di bawah pokok rambai. Merenung ke arah rumah si janda. Si janda perasan dan datang menegur si duda. "Pak Uda oii..ape yang di menungkan nye tu... ". Si duda menunduk seketika, lalu menjawab "..Ada perkara aku nak bagi tahu ko ni Mak Jan.." Berkerut dahi si janda kerana kelihatan serius pulak si duda tu.

"Ape nyer ..serius je bunyi nyer.."  Si duda merenung si janda... lalu dengan kekuatan yang ada dia berkata... "Aku ni kepingin nak berbinikan ko... ko sudi tak?.." Si janda tersenyum dan diam seketika. Lalu si janda menjawab

"Erm... sudi... " Setelah berborak seketika si janda dan duda pun pulang kerumah masing-masing kerana hari sudah menjelang senja.

Pada malam itu si duda gelisah. Dia tidak ingat jawapan yang diberikan si janda petang tadi. Adakah dia sudi atau tak. Yelah dah tua-tua nie memori pendek sikit. Setelah berfikir sejenak si duda tidak juga mendapat jawapan. Lalu terpaksalah dia bertanya sekali lagi kepada si janda. Si duda mendail no telefon si janda. Nak pergi rumah tak molek pulak dah malam-malam macam ni.

"Helo... mak jan..pak uda di sini... aku ingin bertanya... almaklum dah tua mudah lupa... petang tadi aku bertanya pada ko sudikah ko berkahwin dengan aku..apakah yang ko jawab.." Mendengar suara si duda, si janda pun berkata"Aku jawab aku sudi..ikhlas dari hati... selamat ko telepon aku ..Pak Uda... " si duda pelik dengan kata-kata si janda lalu bertanya "Kenapa...? " Dan si janda menjawab "Aku pun lupa siapa yang ajak aku kahwin petang tadi".

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.