6 Mar 2013

Cerita Aku Tentang Aku.

bismillahilazim.

pelangi petang tiada di sisi. menemani hati yang berdarah lagi. ku cuba telan tajam duri. ternyata lemah diri terbukti.




aku anak yang terakhir dari empat jejaka idaman wanita nusantara. jarak antara aku dengan abang aku jauh. namun masih lagi bisa di hitung.


akibat kelahiran aku yang lambat daripada abang abang. di tambah pula aku ini anak yang bongsu. ramai masyarakat menghitung dan menilai aku sebagai anak manja. 


ya. memang gua suka kucing. itu bukan bermakna manja. tetapi seorang lelaki berjiwa besar dan kasih pada hayawan.


layanan yang aku terima sama seperti mana abang aku dapat. tak pergi mengaji kena marah. tak pergi sekolah kena hujah. 


yang membezakannya hanya tindak balas dari diri aku. kemungkinan abang abang aku semuanya berhati tebal. tetapi hati aku nipis. macam tisu. ya. aku akan menangis. bagi meredakan segala kesulitan. bagi mendapatkan ketenangan. air pasti mula bertakung di celah celah kelopak mata.


demi menguatkan dan menajamkan hati yang nipis. aku cuba menyelami lagu amuk dan ramli sarip. dari situ timbul perasaan yang tidak boleh dibaca oleh kaki clubbing. tetapi hanya ROCKERS saja yang bisa mengerti .


walau suara yang kasar. juga dengan dress yang rabak. namun lagu dan lirik mampu membuatkan si hati tisu menangis.


aku membongkar rahasia peribadi. apabila timbul double trouble. cubalah menangis. walau hanya dua butir permata tercipta. pejamkan mata. kalian akan lihat betapa ini semua hanya permainan sementara. dari situ timbul kesabaran serta kekuatan iman dan taqwa. agar sujud menjadi lebih mendalam lagi.


kini. aku berdiri dengan kudrat Dzat yang agung. menitah pada seluruh masyarakat jelata. sama ada yang marhain atau kaya. bahawa aku akan buktikan lelaki terakhir dalam keluarga bukanlah seorang yang manja. malah berjiwa kasih sesama hayawan dan manusia. Allah dan Rasul lebih Utama.


wallahua'lam.

1 comment:

  1. salam kenal n polow sini jugak. Sulong ke bongsu semuanya ketentuan Allah.

    ReplyDelete

kata murni sahabat2 gua.