بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
saban hari kerisauan mendampingi perasaan ini. saban hari kerunsingan menghadiri jiwa ini. jiwa rockers yang keras tidak dapat menyaingi kebimbangan hati. ditambah lagi dengan kebingungan final exam. dan akhirnya kini ia berakhir jua. hilang kerisauan. hilang kerunsingan. hilang kebimbangan. namun hadir pula kesedihan yang amat nyata. sayu diri ini. pilu hati ini. pedih jiwa ini.
seingat aku dulu. di waktu kecilmu dulu. dari tidak kenal erti kehidupan, sampailah dapat kau buang air besar sendiri. akulah yang memberi kau lampu. untuk kau suluh di siang dan malam hari.
seingat aku dulu. di waktu kecilmu dulu. akulah yang membuang berak dan kencingmu dulu. sampaikan aku bertikam lidah dengan abangku. hanya kerna baumu. hanya kerna najismu. yang tidak menyenangkan hidung abangku. aku tetap sabar. menyapu dengan sehelai tisu. yang dibeli khas untuk membuang sisa-sisa buanganmu.
seingat aku dulu. setelah kau mula dewasa. sudah mengenal erti pancaran. juga tidak pernah lupa untuk aku memanggilmu, saat tiba waktu makan. walau kadangkala aku juga tidak menyenangimu. kerna kemanjaan mu yang amat luar biasa. tetapi aku tahu. kaulah diantara yang menyayangiku.
seingat aku dulu. setelah kau mula dewasa. pantang aku keseorangan di depan rumah. kau pasti hadir menemaniku. itupun kalau pancarmu sudah di sailang oleh kawan-kawanmu. tetapi aku tidak kisah. cukup lah sekadar saat bertemankan bersamamu.
seingat aku dulu. setelah kau mula tua. pantang kau nampak motorsikal kawan-kawanku. pasti kau akan tinggalkan peringatan dengan merenjis dengan renjisan hancing. aku minta maaf kawan-kawan. bukan sahaja itu. motorsikal aku juga menerima hadiah kenangan dengan seni cakaran di lapik seat. tetapi aku tidak kisah.
seingat aku dulu. setelah kau mula tua. pernah aku meninggalkan kau buat seketika. mungkin tidak lama bagi pandangan orang lain. tapi mungkin bagai bertahun-tahun lamanya bagi kau rasakan. saat aku berada jauh nun di utara. aku masih lagi mengenangkan wajah dan gelagatmu. atas pemergianku yang seketika. keluarga lah yang menjagamu. sehinggakan aku pulang, kau lebih berisi dari aku.
seingat aku dulu. di waktu kecilmu dulu. setelah kau dewasa. setelah kau melalui hari-hari tua mu. ketika dimana tidur kau lena. aku akan sentiasa datang untuk mengusapmu. tidak diatas atap kereta Baba. kadangkala di celah ruang sempit. adakala di atas kusyen yang empuk, sehinggakan Mama naik berang. tetapi aku tidak peduli.
seingat aku dulu. di waktu kecilmu dulu. setelah kau dewasa. setelah kau melalui hari-hari tua mu. bila di mana tidur ku terjaga. kerap kali kau berada dekat di celah ketiak ku. kadangkala betul-betul di dalam dakapanku. bukan di kaki untuk kau di pijakku. bukan dikepala untuk ku menyanjungmu. tetapi dekat di hati untuk kau disayangi.
tiga tahun bersama. kini kau pergi. walau apa pun, yang hidup pasti akan mati. yang datang pasti akan pergi. yang singgah pasti akan kembali. yang dipinjam mesti akan dipulangkan. semoga kita berjumpa lagi. di lain dunia yang pasti akan hadiri.
kau lah sahabat. kau lah teman.
selamat tinggal kus kus..
sob sob :'(
ReplyDeletejangan nangis2.. kucing aku.. bukan kucing hang..
Deletesdeyg n sangat sdeyh ! menangis aku bace :(
ReplyDeletejangan nangis2.. kucing aku.. bukan kucing hang..
Delete