bismillahilazim.
kulit ku tebal. ku kebal. ku ingat ku kebal. kembung perut mual. - malique
kini sudah hampir 3 minggu pertapaan aku selepas berhenti dari kerja. namun segalanya bagai tidak menjadi. terlalu banyak halangan dan ujian harus aku lalui. bukan mudah untuk menundukkan nafsu. malah sebaliknya aku yang duduk tersipu.
sejak pada mula lagi aku meragui keputusan lalu. berhenti kerja dan mencari solusi baru. ada yang setuju. ada yang diam membisu. mungkin ada yang kecewa dengan tindakan melulu.
tapi siapa sangka. keraguan lalu sudah terjawab. sejak saja aku berhenti. tidak lekang dengan tugas yang diberi. bukan ku minta. tapi semua atas tulisan Pencipta.
ayahanda aku sedang dalam proses pembedahan. ujian lama yang diberi padanya berupa ketumbuhan. tidak pernah keluarga terfikir. untuk ketumbuhan yang menjadi simbol ketabahan ayahanda dikikir.
siapa tahu. sedang aku kaya dengan 'emas'(masa itu emas). maka aku laborkan dengan kemas. selepas 2 minggu lebih. masih lagi belum selesai proses rawatan ayahanda. dengan proton saga yang ronyok. alhamdulillah, kami bersyukur kerana masih lagi ada tunggangan ke klinik.
maafkan aku ayahanda dan bonda.
aku tidak bisa memberi kebahagian dengan harta. namun tanggungjawab ini aku pikul dengan gembira. aku tidak pasti sama ada kalian menerima. tuhan. biarkanlah senyuman di bibir mereka sentiasa tercipta. kerana keharmonianku, kebahagiaanku, ketenanganku, kebanggaanku terletak pada hati mereka yang gembira.
wahai Dzat Yang Maha Agung.
kebahagian ku terletak pada senyumannya. senyuman yang lahir dari lubuk jiwa. yang sentiasa mengingati siapa Yang Maha Esa. berikanlah aku cinta. cinta kasih berpalu. sesuci embun salju.
wallahua'lam.

YaAllah..bantulah hamba-Mu ini. Tabahkan hati dia. Permudahkan urusan dia dan keluarga. Aminn.
ReplyDeleteamiin.
Delete