16 May 2013

Siapa Kita ?

bismillahilazim.


anak kecil

saat meneguk air kosong. sambil bersengkang mata memerhati. lalu gua terjumpa satu gambar, yang bisa menggambarkan siapa gua sebelum bergelar remaja. hanya budak !

ya. hanya si kecil tidak tahu erti kehidupan yang sebenar. kosong. sayang. ramai kanak kanak berfikiran kosong. tidak seperti mana kanak kanak yang hebat, iaitu Ali Abu Talib.

kecil kecil lagi sudah tahu apa itu perjuangan. menegakkan panji panji kebenaran. melawan hawa nafsu. tetapi kita ? hanya di kibarkan dengan alunan cerita kartun dan animasi. hanya di lemparkan bau bau ketakutan pada bayangan malam.

oh. gua hampa. saat penaipan gua buat hujung hujung waktu malam. timbul sejenak perkara yang hebat dan tidak pernah gua duga akan lahir dari benak fikiran.

kita seronok bermain. kita gembira di lego land. kita menangis kerana ubat yang pahit. kita bersedih kerana sakit. pernahkah kalian fikiran kan ?

siapa yang mengizinkan semuanya? siapa yang memberikan ketawa? siapa yang memberikan air mata?
minyak gamat di tepi keyboard di hidu dalam dalam. oh nikmat aromanya. tetapi siapa yang memberi izin untuk gua menghirup bauan itu ? siapa yang memberi izin untuk gua merasakan nikmat aroma itu ?

tiada jawapan yang lain. kerana hanya Allah yang izinkan. setiap pergerakan walau sekecil zarah. walau sepekat darah. adalah dengan izin Allah. sedar tidak sedar. kita tiada daya dan upaya. melainkan dengan izin Allah yang Maha Agung.

gua mohon kita jangan takbur dan egois dengan pemberian yang sebentuk buih di seluas lautan. apa pun yang terjadi yang berlaku pada kita sudah di tentukan. begitu juga gua.

gua mohon ampun dan maaf jika berlaku kesulitan dan kesalahan yang bisa membuatkan kalian hampa dan pandang rendah pada gua. kerana gua hanya makhluk yang tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah Yang Maha Agung

لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.