2 Dec 2012

Kisah Sufi : Kehebatan LELAKI SEJATI

“Tuanku, engkau boleh berjalan di atas air!” murid-muridnya berkata dengan penuh kekaguman kepada Abu Yazid al-Bistami.

“Itu bukan apa-apa. Sepotong kayu juga boleh,” Abu Yazid menjawab. 


“Tapi engkau juga terbang di angkasa.”

“Demikian juga burung-burung itu,” tunjuk Abu Yazid ke langit.

“Engkau juga mampu pergi ke Ka’bah dalam semalaman.”

“Setiap orang yang mengembara yang kuat pun akan mampu pergi dari India ke Demavand dalam waktu satu malam,” jawab Abu Yazid.

“Kalau begitu, apa kehebatan seorang lelaki sejati?” murid-muridnya ingin tahu.

“Lelaki sejati,” jawab Abu Yazid al-Bistami, “adalah mereka yang mampu MELETAKKAN HATINYA tidak kepada sesuatu pun selain ALLAH.”
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.