31 Mar 2013

Menjelang April Fool.

bismillahilazim.

sebenarnya menjelang april 01 ni. banyak sekali perkara yang aku nak huraikan. tapi seakan tak tertulis. ilham dan idea di ambil Allah Taala. wahai dzat yang maha agung. sungguh Maha Gah sekali kekuasaanMu.

entah macam mana malam ni pula timbul idea dan ilham. alhamdulillah.

pengisian pertama :
pertama sekali. aku nak ucap kata2 semangat kepada seorang sahabat.
berdirilah teguh pada Islam mu. nescaya kau akan lupa memori lalu. bangkitlah! bergerak maju kehadapan.  walau selangkah.

jadikan pengalaman lalu pemangkin semangat kehidupan baru. cinta yang suci sentiasa terbuka. untuk makhluk yang bernama manusia.

pengisian kedua :
bubar. ya, kenapa perlu takut kalau tidak bersalah. kenapa perlu goyang kalau akan menang.
tuan. apa guna diri diberi kepercayaan. jikalau diri tidak mempercayai diri. takut akan bayang hitam. sedangkan bayang sentiasa ekori.  kecuali dalam gelap.

segelap gelap ketakutan bukan gelapnya liang lahad. tetapi segelap gelap ketakutan adalah gelap mata hatinya. itulah kegelapan. itulah kehinaan. itulah yang wajib ditakutkan.

pengisian ketiga :
cita2. entah, siapa yang punyai cita2 yang diidam dari kecil, dan kini sudah mengecapi kejayaan. ibarat mimpi menjadi kenyataan. cita2 akhirnya terlaksana.
kenapa. apakah hanya aku? sering bermain cita. selalu memasang angan. menjadi tidak keruan. serabut dan kelam kabut bermain di fikiran. sekejap tamar menjadi harapan.

sekejap delima menjadi buruan. lalu kedua duanya hanyalah mimpi menjadi angan. malah jauh kebelakang lagi. untuk mimpi menjadi kenyataan.

pengisian  keempat :
hayawan. ya memang bela kucing dapat pahala. tapi bela isteri lagi besar pahala. -ust kazem elias
nak di ceritakan, kucing aku makin gemok. dan dah pandai buang hajat kat pasir. hehe. nak cerita pasal isteri aku tiga beradik tak nikah lagi. aku pun masih mencari kerjaya tetap. walau ada niaga dalam diam.
indah. sudah cukup bersyukur alhamdulillah. melihat telatah haiwan belaan Hurairah. sedang aku melihat dia girang. cukup membuatkan hati ini tenang. 

aku tak suka taip panjang galah. nanti muntah kalian telaah. cukup sahaja malam ini. puitis bangang dari hati. 

wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.