28 Mar 2013

Sunjay Dutt Gangster Sejati !

bismillahilazim.

siapa kenal aktor bolywood sunjay dutt ? sebenarnya aku pun tak kenal siapa empunya nama ni. tapi bila dah tengok gambar dia. barulah aku tahu erti seorang KL gangster yang sejati. 




kalau tak salah aku. sunjay ni selalu berlakon watak samseng. otai kampung. hero gadis gadis walaupun dia seorang gangster. ganster yang menegakkan keadilan atas pengaruh gadis.



nampak tak gadis boleh mempengaruhi seorang insan yang bergelar lelaki. walaupun jati sekeras batu. tapi tetap cair dengan keanggunan gadis. wanita. perempuan. cinggey !


empunya nama ni telah ditahan polis tempoh hari. atas akta memiliki senjata api apabila pada tahun 1993 yang ketika itu mumbai telah berlaku letupan.


satu tempoh yang lama baru nak tahan sekarang ke ?


katanya dia sedia menerima hukuman yang dijatukan keatas dirinya.


beliau juga mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang menyokong sepanjang peristiwa pahit itu.


"saya terima apa sahaja keputusan dari mahkamah dan saya menghormatinya. saya juga mengucapkan terima kasih pada sesiapa yang menyokong saya sepanjang peristiwa pahit itu."


"Saya mempunyai banyak kerja terbiar akan diselesaikan, saya perlu menghabiskan masa dengan keluarga saya. Sila izinkan saya berada dalam keadaan aman damai sehingga masa saya menyerah diri Saya suka negara saya dan rakyat. saya suka India."


selepas selesai bercakap pada media dia pun berlalu dan pulang kediamannya dengan ditemani kakaknya, Priya Dutt.


persoalan aku : beliau terpengaruh dengan watak lakonannya atau pengarah yang pandai cari pelakon yang sesuai dengan watak yang beliau ada ketika diluar. 


walau apa pun. sunjay memang gangster sejati ! respect ! haha.


wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.