12 Mar 2013

Tweet Untuk Kali Ke 1000

bismillahilazim.


bingung. pelbagai isu bangkit sejak kebelakangan ni. ada yang berdarah. ada yang parah. ada yang kalah. ada yang mengalah.


aku suka angka ni '1000'. kerana aku sentiasa rindu pada kisah yang telah menjanjikan ganjaran seperti beribadah selama 1000 bulan.


sempatkah tahun ni dahi mengucup lantai ? aku serahkan kerja itu pada ilahi.


malam 1000 bulan itu pada tahun lepas tiada siapa pun tahu. mahupun aku sendiri. melainkan orang-orang yang terpilih dan Allah jua yang Maha mengetahui.


bukan ganjaran itu yang aku kejarkan. tapi rasa kebahagiaan apabila bertemu dan berbicara dengan tuhan yang aku impikan. keashikan dan kekhusyukan dan keikhlasan dalam beribadah yang lebih utama daripada ganjaran yang telah dijanjikan.


malam tadi, waktu khayal bertwitter. aku telah tersedar yang di mana tweets yang terakhir itu adalah untuk kali ke seribu. aku rasa sayang untuk menghilangkan angka itu. walau ia hanya sekadar angka. namun ia bisa memperingatkan aku suatu kisah tentang 1000 bulan.




soalan aku : macam mana nak sentiasa kekalkan angka tweets aku supaya ia kekal dengan 1000 kali tweets ?


wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.