5 Jun 2014

Ya Tuhan Ku

ya Tuhan ku.

apakah jalan yang Kau buka untuk diri ku ini benar?

adakah jalan yang ku lalui ini jalan yang Kau redhai?

aku bingung.

tiada daya dan upaya ku untuk menyentuh qada dan qadar Mu.

aku hanya mampu berserah seluruh raga. 

bukan syurga yang ku pinta. bahkan tidak sanggup ku ke neraka Mu.

penyerahan ini ku sembahkan untuk Mu atas betapa besarnya Kuasa Mu.

aku redha atas segala ketentuan dan ketetapan.

miskin atau kaya.

hodoh atau cantik.

aku tidak peduli.

andainya dia bukan milikku. Kau hapuskanlah namanya yang telah ku ukirkan disetiap sudut hatiku.

maafkan aku. Tuhan.
Reactions:

1 comment:

  1. ujian sentiasa ada utk setiap manusia selagi ada daya upaya kita utk lalui ujian tersebut dan selagi kita bernama HambaNya

    ReplyDelete

kata murni sahabat2 gua.