30 May 2014

Something Left At Sabak Bernam [Hakikat Baik Dan Buruk]

08/05/2004 [malam]

selepas selesai berjemaah maghrib beramai-ramai, para jemaah ambil posisi masing-masing.

ada yang solat sunat dua rakaat. ada yang terus baring terlentang dan bermacam perangai lagi.

pelajar tingkatan 5 terus keluar dari musollah. mereka ibarat raja dalam asrama. hanya beberapa ustaz saja yang berani menegur mereka.

seorang pelajar senior tingkatan 6, abang omar hanya memerhati saja. sepatutnya mereka tunggu dan duduk mendengar kuliah lepas maghrib.

seperti biasa menunggu ketibaan ustaz yang dipertanggungjawabkan untuk memberi sedikit tazkirah. 

lama menanti, tak muncul jua. para senior yang ada setitik ilmu diantara luas lautan, saling tolak menolak untuk ke hadapan.

akhirnya, senior yang paling ditakuti. senior yang paling tegas dalam perkataan. apabila dia mula bersuara, pelajar 'raja' juga akan menuruti.

abang omar ke hadapan. saya samar-samar akan pengisian tazkirahnya. mungkin kerana dibuai tiupan seruling azazil.

perkataan akhirnya saja terpampang jelas dalam ingatan saya. saya tak tahu kenapa ia terus berlegar-legar bermain di fikiran.

"yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. namun, HAKIKATNYA! baik dan buruk itu datangnya dari Allah."

saya tak tahu kenapa dia meninggikan suara pada perkataan HAKIKAT. sampaikan saya terjaga dari lamunan mimpi mainan syaitan laknatullah.

siapa sebenarnya Omar ni? sudah menjangkau sepuluh tahun peristiwa itu berlaku, dan ia masih berlari dalam bayangan bayang saya.

Omarkah orangnya bagi jawapan pada soalan saya.  Hakikatkah bendanya yang menjawab setiap persoalan saya?

saya tak tahu.

saya minta maaf.

1 comment:

kata murni sahabat2 gua.