19 Jun 2014

Kerana Terpaksa Kader Relakan [jilid 3]

"Abah, pinjam sepuluh ringgit." Kader meminta.

"hang nak buat pa?" soal Abah.

sejak tampuk pimpinan di Kedah telah bertukar kerajaan, Abah sering bercakap dengan loghat utara.

tidak tahu kenapa Abah berubah begitu. mungkin zarah-zarah yang melekat di dalam kelikatan darah jawanya sedang melakukan proses transformasi yang baru. disamping menyusur mengikuti arus ekonomi melayu utara yang semakin maju dan berdaya saing seiring dengan negeri-negeri kepulauan borneo.

"Kader nak beli cadbury, makanan Panda dah habis." jelas Kader.

"eleh, kata business makin maju. sepuluh ringgit pun tak ada?" perli Mama.

rokok balut Kader yang dari tadi tidak terusik, mula dihisap sedalam-dalamnya.

"fuhhhh!" hembus Kader sepanjang 6 harkat.

Kader tidak sahut sepatah pun. nak dilayan, takut terbang pisau roti burgernya. Kader hanya tersenyum tersipu malu. semenjak peristiwa kelmarin di bengkel Uncle Yeap, hati Kader sentiasa riang dan girang. seperti pejuang pulang setelah menang dari medan perang.

Kader amat kasih akan haiwan. di belakang rumahlah haiwan kesayangannya ditempatkan, selain tempat itu untuk Kader berinspirasi, gurindam dan berpuisi.

selain Panda, khinzir dan beberapa lagi haiwan ternakan seperti lembu ada di belakang rumah. kasih dan cintanya pada fauna tidak dapat disangkal lagi.

"hang beli lebih sikit na. kelmarin Abah yang dok perhabih cadbury Panda tu." beritahu Abah.

"sedap ke Abahnya. Mama makan tak sedap pun." Mama berkata.

Abah tidak melayan, sambil mencapai beg dompetnya di atas peti sejuk. lalu, dihulurkan sekeping kertas bernilai lima puluh ringgit pada Kader.

Abah tidak bekerja. duit pencen pun tidak ada. duit EPF sudah lama habis buat tambang dan perbelanjaan sewaktu menunaikan haji 3 tahun lalu. entah dari mana datang duit belanja bulanannya.

"Mama, yang berikan rasa sedap itu juga Allah. kalau Mama rasa sedap, itulah rezeki nikmat." Kader menyahut pertanyaan Mama.

"tapi, kalau tak sedap. janganlah dipertikaikan rasa itu. itu pun nikmat juga." Kader menambah.

Mama senyap saja. dari tadi tak sudah mengacau gulai asam pedas ikan belacak.

"kalau tak sedap, kita kenalah sabaq. dok sah merungut. kalau Mama sabaq dan redha, itu dah jadi nikmat yang lain nilainya di sisi Tuhan." jelas Abah.

"nikmat apa?" tanya Mama lagi.

"nikmat KESABARAN dan KEREDHAAN." jawab Kader dan Abah serentak.

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.