11 Jun 2014

Kerana Terpaksa Kader Relakan [jilid 1]

"eh anak Kak Long tu semua berpelajaran tinggi kan bang. paling rendah pun peringkat degree." kata Mama.

"kenapalah anak kita jual-jual kat tepi jalan saja. huhu." bicara Mama lagi.

Abah diam saja, sambil menghirup kopi panas kegemarannya.

pagi-pagi lagi sudah bising, sudah mempertikai kekuasaan tuhan. Kader sungguh tersinggung. setiap inci perkataan yang terpacul dari bibir Mama, sungguh membakar jiwa Kader yang berjiwa seni.

"Mama, Kader ni kerja sendiri. Kader ni bos. tak makan gaji macam orang lain. tak bekerja untuk orang lain." Kader berkata.

"Kader kalau nak cuti, tak payah nak pakai M.C. bila-bila masa saja Kader nak cuti, suka hati Kader Ma. banyak masa terluang dengan family." Kader menambah.

"bersyukurlah Ma, apa lagi Mama mahu?" tambah Kader lagi dengan nada yang lebih tinggi.

meruap merah muka Kader. nafas tercungap-cungap. Mama senyap tergamam. Abah hanya memerhati, senyum dan kemudiannya kembali menikmati kopi panas kegemaran Abah. Mama seakan merajuk, mulutnya muncung.

Kader tak berniat nak meninggikan suara. Kader rasa geram, yang tak boleh dipendam lagi. jangan sampai Kader kutip, Kader koyak dan Kader bakar segala semua helaian kertas yang bercop tu.

semilir menerpa ruangan jendela. melambai tirainya ditiup bayu. Kader menarik nafas sedalam-dalamnya. entah bagaimana rasa geram itu terlontar jua. memang sudah lama Kader menahan rasa sakit. garis yang menjalar di hati berasa pedih. semilir bayu dari Yaman yang menyapa, membuatkan Kader reda.

"Mama, Kader minta maaf."
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.