20 Jun 2014

Kerana Terpaksa Kader Relakan [jilid 5]

"Kader, mai sat. hang ambil dokumen ni."

Abah menghulurkan sekeping sampul surat. isinya tawaran pekerjaan yang terdapat di kerajaan Selangor. Kader meneliti setiap kepingan kertas itu, lalu diremuk dan dicampaknya ke dalam tong sampah. Abah terkejut dengan tindakan Kader. tidak menyangka akan reaksi anak bongsunya yang menjengkelkan.

"kenapa hang buang?" tanya Abah lembut.

"kenapa Abah beri semua ni? beri sajalah pada mereka yang lebih memerlukan. bukankah Kader sudah ada komitmen sendiri?" Kader menjawab.

"apa Abah juga sama seperti Mama, tidak yakin dengan pekerjaan Kader sekarang? hina sangat ke?" Kader menambah.

kali ini suaranya lebih perlahan. kecewa dirinya atas tindakan Abah. setahunya, Abah lah yang sering berikan semangat zahir dan rohani pada Kader untuk meneruskan perniagaannya.

"Abah bukan pa, mana tau ia lebih menjamin masa depan hang. jual burger jadikan part time ja la." jelas Abah.

mata Kader berkaca, lalu berderai air mata. tidak tertahan lagi. jiwa rockernya yang keras dan kental musnah hancur berkecai. dek sikap Abah yang sudah mula hilang kepercayaan terhadap perjuangan Kader.

"cuba hang pikiaq. marka la ni, semua bijak pandai. pakar I.T. pakar ekonomi, jaguh sukan dan juga jutawan." kata Abah.

"berkereta jenama negara. megah menyusur di jalan raya. hang la ni pa ada?" Abah berkata lagi.

"Kader tahu, Kader tak ada apa-apa. tiada kereta Kader bawa Abah jalan-jalan. rumah pun Kader tiada, ada pun Abah punya." balas Kader.

Kader bingkas berdiri. lantas ke dapur mendapatkan sebilah parang. lalu ditetaknya lobak merah dan dikisar. diminum begitu saja tanpa gula dan susu. rasanya tawar, namun hatinya lebih tawar dan pahit. terpaksa menelan penghinaan dari seorang yang dulu menjadi nadi perjuangannya, Abah.

selesai sahaja minum segelas jus lobak, Kader pun menyarung jersi bola sepak kebanggaannya, Felda United. membelek-belek bekas tempat meletak kunci sambil matanya melilau ke serata syiling ruang tamu yang penuh dengan sawang dan sarang labah-labah.

"hang cari apa?" Abah bertanya.

"kunci vespa." jawab Kader.

"bukan vespa hang, start teruih jalan ka?" tanya Abah lagi.

Kader berdiri terpaku, terkesima mendengar pertanyaan Abah. pipinya mula merah, dahinya masih lagi berkerut kecewa, hampa dan marah. vespanya dipandu perlahan dan dalam keadaan yang khayal. fikirannya melayang terbang, tersesat di lembah nan terbuang. kelut-melut hati perindu, dilorek jiwa pedih tak terbilang.

kata-kata Abah terngiang-ngiang di telinga kanannya yang penuh dengan segumpal tahi. Kader termenung jauh, sampaikan lampu isyarat merah pun dilanggarnya. mujur tiada kenderaan lain di simpang empat besar itu.

namun Kader tahu, masih ada lagi wanita yang tidak mendambakan ringgit. tulus terhadap nilai jati diri seorang lelaki yang berjiwa seni dan bekerjaya sendiri di tepian jalan, Felixia.

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.