18 Jun 2014

Kerana Terpaksa Kader Relakan [jilid 2]

"Mama tahu, Mama cuma nak Kader jadi yang terbaik. lagi pun berapa sen sangat income bulanan jual burger tu." Mama masih lagi berhujah.

Kader tergamam. masakan Mama sanggup memperkecilkan perniagaannya yang semakin hampir berkembang.

"mana kepercayaan Mama pada Tuhan? mana pegangan Mama pada Agama? siapa yang memberi rezeki? Perdana Menteri?" luahan Kader, kecewa.

"apa gunanya Mama syahadah jika tidak yakin pada Tuhan!?" kali ini nada Kader tinggi.

"Kader!" Abah mencelah.

bila Abah dah bersuara, semua orang senyap. walaupun tidak selalunya Abah benar. siapa kata orang tua tak pernah silap? cuma hanya rasa hormat dan simpati, kerana itu Kader diam terkunci.

Kader meluru keluar mendapatkan jentera besi 150cc. vespa super berwarna hitam mati dibawa laju bukan kepalang.

lalu, singgah ke bengkel Yeap Vespa Rider Power Gila untuk mendapatkan sebotol minyak pelincir.

"REEMMMMM! REEMMMMM!"

kader memulas tali minyak sekuat hati. sekuat mana badang berlari, lebih kuat kesumat Kader berdiri.

"hoi mat rempit, diam lah!"

Kader berhenti memulas. lantas menoleh di belakangnya. Felixia satu-satunya anak gadis Uncle Yeap sedang berdiri sambil memegang penukul.

jarang sekali Felixia mengenakan jeans panjang dan berbaju tshirt berkolar. biasanya hanya dengan berseluar pendek dan berbaju tshirt tanpa kolar.

wajahnya putih, gebu dan manis. kerana itu Uncle Yeap mengarahkan Felixia untuk bekerja di bengkel sebagai penyambut tetamu.

tapi kali ini comot. jeans panjangnya koyak. tangan, muka dan pakaiannya kotor berminyak. mungkin belajar buka tayar.

"siapa rempit!?" herdik Kader.

"U lah!" balas Felixia.

"bugima U! ##%#%&&%$!" entah apa Kader mencarut.

"haiya, lu dua olang dali kecik gaduh, sudah besat pun lagi mahu hantam ka?" Uncle Yeap bersuara.

"hali-hali gaduh, nanti lama-lama fall in love tau." Uncle Yeap menambah, sambil tersenyum melihat Kader.

"siapa kata?" Kader bertanya.

"itu olang tua-tua melayu kata la." jelas Uncle Yeap sambil ketawa.

Kader merenung Felixia, wajahnya ditatap rapat. mereka saling berpandangan, tepat dari mata ke mata turun jatuh ke hati.

tiba-tiba berdentum guruh di langit. tidak putus menembak gegendang telinga.

kilatnya sabung menyabung. hari yang tadinya cerah, mula malap suram dimamah kegelapan.

awan mendung sedang berarak. warna kelabu mula mencorak. dedaun pun gugur terbang jauh dihembus pawana. dibawa arus bayu dari selatan ke utara. lalu, hujan pun turun.
Reactions:

1 comment:

kata murni sahabat2 gua.