sejuk. sambil ditemani kopi o suam nipis kurang manis. ya. ia sudah menjadi lali dalam kehidupan seorang rocker ini. kopi o dan aku. tak kan terpisah.
kaki yang kerdil mula penat melangkah. kulit yang mulus kecut dimamah air. jiwa yang tulus tersinggung. hanya kerana sebiji burger.
ya. sungguh terkilan. kerdil rasa diri ini. niat hati ingin melangkau jauh. mengejar cinta yang suci. sebening fajar pagi.
maafkan aku tuhan. tidak terdaya ku menolak permintaan marhaen. hanya untuk sebuah sajian mengalas perutnya. disebalik itu juga. maghrib ku hanya sendirian bertemankan lantai plywood.
satu permintaan terbesar yang pernah aku impikan darimu. yakni.
"andainya kaki ini tidak lagi terdaya membawa panji Muhammad. kau ambillah pinjaman ini(diriku). kerna tidak sanggup aku menzalimi diri ini. yang sebenar haknya bukan milikku"
wallahua'lam.
cc pic: alrazi zarini
0 comments:
Post a Comment
kata murni sahabat2 gua.