18 Mar 2014

Oh Bunga


hari ni dah masuk hari yang ketiga bumi meru dilimpahi hujan. lebat. sangat lebat.

moga2 suasana dingin dan romantis ini menjadi satu sumber inspirasi buat manusia sejagat. 

hentikan fitnah. dan mengaibkan diri sendiri. kalau nak bandingkan perit getir hidup kau. aku rasa lagi perit kehidupan kucing betina yang bunting kat belakang rumah aku ni.

dah lah bunting. mati anak lagi. yang hidup disusukan lagi. sejuk bertemankan lantai simen yang berdebu.

oh tuhan. kuatkanlah cinta kami manusia kepada Mu. sebagaimana bunga mencintai titah perintah Mu. yang kembang mekar. mengharumkan bumi dan isinya. tanpa meminta harap dan simpati.

wallahua'lam.
Reactions:

2 comments:

  1. btw, sy blogwalking sini ^_^
    meru mana? klang ke ipoh?

    ReplyDelete

kata murni sahabat2 gua.