29 Mar 2014

samt


bismillah.

apa dah jadi malam ni. tiba2 teringat zaman form 1 dengan form 2. dimana waktu itu. aku bersekolah di sekolah agama menengah tinggi sultan salahuddin abdul aziz shah.

namanya saja sekolah tinggi. bekas pelajarnya tak seperti gahnya nama sekolah tinggi. aku tak kata semua. tapi hanya aku. ya. mungkin hanya aku.

entahlah. skin head sekolah agama? ilmu kuda kepang? ilmu silat helang? poyo saja semua tu. tetapi. tak dapat dinafikan. area kampung macam sabak bernam itu. masih lagi mengamalkan ilmu silat hakikat. mungkin sampai sekarang.

tiba2 teringat zaman 'fly'. lari senyap2. lepak pekan sabak. bosan. terus balik meru. haha. apa nak jadi anak kiyai mazlan ni.

kiyai? ah. malu sungguh aku. tak lantas aku menjadi anak seorang kiyai. hanya tahu menconteng arang di muka orang tua.

harapkan pagar. pagar makan padi. itulah aku. kasihan mak bapak aku. hantar sekolah agama tinggi. jauh pulak tu. lastly. tak jadi apa pun. tapi. itulah takdir.

kantoi hisap rokok di asrama dengan senior. hah! ni paling tak boleh blah. lepas tu macam biasalah. asyik kena paw saja. takpa lah. yang penting dah dapat 'lesen' besar. haha.

sebenarnya. aku tercari2 minah sorang ni. cari di mana? di dalam 'memori' lama aku ni. entah lah. 

baru2 ni. aku 'berkenalan semula' dengan sorang minah. katanya sekolah sama dulu. tapi macam tak pernah nampak. mungkin hodoh kot dulu. lagi pun. aku kan acah2 samseng skin head sekolah agama. mana nak pandang orang hodoh. haha.

aku stalker fb dia sejak 2 menjak ni. macam jatuh hati la pula. adoi! mana jiwa rock gua ni.

lalu aku dengan selamba. cakap nak masuk minang. tapi dia nak sekeh aku. ala. aku tahu. aku bukan diantara pilihan gadis2 terpelajar. jual burger je bro.

dalam sejarah kehidupan aku. jarang2 aku minta no phone awek. aku rasa boleh kira lah. mungkin 2 atau 3 kali. sebab biasanya awek yang ambik no phone aku. haha.

aku tanya lagi. kot2 dah berpunya ke. ceh. katanya takda masa konon. pirahh! hem hem hem. aku try minta no phone dia. eh. bagi pula. i have a change? wallahua'lam.

tapi kebelakangan ni. hem. sibuk hafaz kitab kut. maklumlah. nak jadi peguam syariah. 

bila aku kata nak jumpa orang tuanya. terus senyap sampai sekarang. dia ingat aku main2 ke?

aku bukan apa. aku ikut apa yang ustaz azhar ajar. lelaki kena gentle. tak sukalah tu kan. takpalah. nak buat macam mana.

tu lah. dah la tak hensem. perangai tak boleh blah. belajar main2. kerja sekejap berhenti. last2 jual burger. hahaha. tak habis aku gelak ni.

kan kan kan. manalah orang nak. ada hati nak pikat anak ustaz. degree pula tu. puih la kau cimie. 

tapi. mak aku mesti suka. mungkin lah. tutup litup. tapi perangai aku tak tahulah. macam poyo je. maklum lah baru 'kenal'. hahaham

haish. kenapalah boleh teringat zaman kuno ni. cik peguam syariah punya pasal lah ni.

eh eh. salahkan orang pula. kau tu yang vangang cimie. dah2 pi tido. 

salam. :
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.