26 May 2014

Kalau Aku Tahu

"semoga pagi esok cerah."
pinta si penjual nasi lemak jalanan.

"semoga hari esok terik."
pohon si penjual ais kepal jalanan.

"semoga petang esok terang."
harap si penjual pisang goreng jalanan.

"semoga malam esok bergemerlapan bintang di langit."
doa si penjual burger jalanan.

lalu.

tuhan pun berikan hari yang cerah. terik. terang. dan bisa melihat bintang di langit.

apabila itu berlaku. berterusan. sehingga kering bumi. sehingga ais cair. dedaun pun layu mati.

hutan terbakar. jerebu meliputi. segenab duniawi.

maka.

mereka meminta lagi. mengharap lagi. memohon lagi.

"ya tuhan. basahilah bumi mu dengan hujan."

langsung itu.

tuhan pun menurunkan hujan. berterusan. banjir kilat melanda. tanah runtuh merata.

mereka merintih lagi. mereka.....

ah. aku tak tahan.

sungguh. aku manusia yang tidak pernah rasa cukup.

air ada membebel. air tiada merungut.

senyap!

siapa kau?

siapa kau langsung tak boleh 'dijentik'?

siapa kau langsung tak boleh 'diusik'?

kalau lah aku tahu jentikan dan usikan tuhan itu adalah anak kunci pintu gerbang cintaNya.

pasti aku jalani dengan redha. senang gembira.

ampunkan kami tuhan.

-inspirasi cimie pendo-
part time writer

Reactions:

1 comment:

  1. singgah sini lagi... suka baca kat sini...

    ReplyDelete

kata murni sahabat2 gua.