26 May 2014

Busuk Pun Kau Nak



pada suatu petang.

aku, kapcai dan telur ayam sepapan. ranggi menunggang ala ala robin.

hujan gerimis turun. sungguh mengacau jiwa. teringatkan tayar yang sudah haus. kapcai pun diperlahankan.

160km/j mungkin. mungkin juga 180km/j.

entah.

aku tak tahu. sudah lama meter tidak berfungsi.

tiba tiba.

kapcai yang lebih klasik. honda 80 terhenti di tepian jalan.

warga emas mungkin. lelaki cina berkepala botak dan wanita india berpakaian lusuh.

basah. lencun.

aku berhenti. bertanya.

"amacam uncle?"

"lantai lucut."

alamak. bukan bidang aku.

"mahu tolakkah?"

"takpa takpa. wa pomen."

senyum muka orang tua. susah nak jelaskan mimiknya dalam penulisan.

"takpa lah adey. hujan. nanti basah"

senyum orang tua lagi. kali ini wanita india tua pula.

tak sampai hati.

tiba tiba berhenti satu kereta. cantik pemandunya. tetapi hampa. mungkin sudah berpunya. mungkin.

"auntie. ambil ni."

payung warna biru diberi. tanda kasih bersemi. terukir jelas "sayangi selangor yakini bn".

aku tersenyum. tergelak.

"uncle. wa jalan dulu."

"wokeh"

100 meter di hadapan. aku mengintai mereka dari cermin sisi original kapcai.

lelaki cina tua bergurau senda. wanita india tua bergelak tawa.

di dalam gerimis? dalam keadaan kuyup? sedang ditimpa ujian? masih sempat lagi bergurau senda bergelak tawa?

aku terus tersenyum dan tertanya tanya.

mereka suami isteri agama apa?

ah. peduli apa.

asalkan bahgia.

sekejap.

adakah itu ertinya bahagia?

entahlah. selepas sampai di rumah. benda pertama yang ku cari adalah bantal.

memandangkan malam ini aku cuti. aku mahu tidur sepuas puasnya.

"fiq!"

"hoi! apa ni jerit jerit. siang siang pun mengigau!"

herdikan mama membuatkan aku terjaga. terus saja aku bangkit dari lena.

berjalan dalam keadaan yang mamai. mencari segelas air putih. untuk diminum dan membilas muka.

seakannya tubuh ini bergerak dengan sendiri. seperti ada yang mengawal dan mengawasi.

"baru pukul 6 petang?"

suara gemersik ku berbisik.

"fiq? apa yang berlaku? apa yang terjadi padanya?"

bicara halus hati ku yang mulus.

segera mendapatkan telefon lantas mendail.

berkali kali ku menghubungi. masih lagi tiada jawapan. hatiku semakin resah. jiwaku mula meronta.

"helo. salam fiq. kau ok?"

"hem. ok."

lemah suaranya. seperti tak terdaya membalas salamku.

"erghh!"

sungguh.

jelas suaranya mengerang kesakitan. seperti sedang beradu keperitan.

"fiq! kau ok tak ni? kau kat mana?"

"ahh."

lemah. longlai. tak bertenaga dan lega.

"hoi! kau kat mana?"

"dalam tandas lah! kau kenapa?"

aku terdiam sejenak ku terkesima.

"kau nak apa?"

"er. tak ada apa apa. jumpa petang ni nak? nanti aku jemput kat rumah."

aku dan proton saga merah ferrari. memacu deras ke arah utara selangor.

mentari mula terbenam di ufuk barat. menandakan hari semakin senja.

"hah. dah sampai pun. nak pergi mana ni? maghrib dah hampir la."

"kejap je. kita melantak mee udang."

tanpa membazir waktu. kami pun bergegas menuju ke destinasi.

ya.

aku rindu pantai ini. pantai B.N.O. yang menjadi medan untuk aku membuka selera.

kalau tak salah, ketika itu aku dan dua lagi rakan sebaya ke mari untuk memancing.

tak sampai sejam perut dah berkeroncong. mujur ada mee udang banjir. cukup untuk melenakan perut yang bergendang.

"prutt!"

alamak. aku tak tertahan. memang langsung tak nak tahan.

"weh. apa kau buat ni. tak senonoh la."

bisik fiq.

seperti tiada apa yang berlaku. aku senyum dan memerhati setiap sudut penjuru gerai.

"hei fiq! kau kentut eh? haha."

sungguh lucu. muka merah padam. nafasnya turun naik.

"hish. dia yang kentut! dah lah busuk. menyampah!"

"eleh. busuk busuk pun kau nak juga."

selepas selesai menjamu selera. kami pun pulang ke rumahnya.

selesai sahaja solat maghrib. aku pun bergegas ingin pulang.

"isyak berjemaah di sini dulu lah."

pelawaan mamanya berat untuk ku menolak. memandangkan malam masih muda, aku terima.

peristiwa hari itu adalah yang terakhir buat kami. ketika dalam perjalan pulang aku kemalangan.

habis hancur bahagian depan kereta. kerana peristiwa itu juga aku memutuskan ikatan tali pertunangan kami.

kedua dua belah kakiku lumpuh. aku tidak mahu dia terseksa menanti, menunggu dan menjadi permaisuri hati.

setahun sudah berlalu. aku terus berdiam diri. tanpa khabar dan berita.

kalaulah dia tahu tiada nama wanita di dalam telefon pintarku selain namanya.

kalau ada pun sekadar urusan profesional.

kalaulah dia tahu aku langsung tak pernah mencuba merisik mana mana wanita selain dirinya.

kalau ada pun sekadar gurauan sahabat sahabat lama.

ya.

aku ingin dia tahu. di lubuk dalam hati dan jiwa ini hanya ada namanya.

sungguhpun begitu, aku akur akan kelemahan ini.

tidak sanggup aku membiarkan dia menderita apabila bersama dengan ku nanti.

cinta yang mahal adalah melihat orang yang dicintai bahagia.

maka cukuplah bagiku bahagia melihat dia bahagia. meskipun bersama dengan yang lain.

kini, aku mulakan hidup baru. kedua dua kekanda mengembangkan perniagaan ku.

dari sebuah gerabak usang menjual burger di tepian jalan hinggalah ke sebuah restoran western kopitiam.

mungkin dalam beberapa bulan lagi kami akan buka satu lagi cawangan di timur selangor.

"apakah kau bahagia?"

sedetik mendengar sapaan kekanda, aku hanya mampu melakarkan senyuman.

melebarkan panji cinta yang suci. sesuci embun fajar pagi. cinta yang hakiki. itulah yang aku kejari.

petikan dari cerpen BUSUK BUSUK PUN KAU NAK JUGA.

-inspirasi cimie pendo-
si penglipur lara
part time writer

Reactions:

2 comments:

  1. simple and sweet... singgah sini pagi ni...

    ReplyDelete
  2. busuk-busuk pun kau nak juga.

    ReplyDelete

kata murni sahabat2 gua.