26 May 2014

Taman

taman itu citra terindah. permai. damai. makhluk pun tidak kurang ramai.

selepas letih bersandiwara. aku singgah sebentar.

satu pondok wakaf tercatat "ikhlas dari yb jkkk". menjadi tempat untuk ku bersemayam.

ikhlas perlu dicatat?

kenapa tak dibuat pengumuman saja?

entahlah.

orang selalu ponteng kelas. tak berani untuk bersuara.

aku, sprite dan sebiji daging cheez burger. gelojoh menjamah. kicauan burung menjadi melodi.

pipit. rendah terbangnya. tak terkejar tingginya terbang sang enggang.

pemuda pemudi bersenam menjadi santapan penglihatan.

tiba tiba datang satu keluarga.

si ayah dan dua orang anak lelakinya. kecil cili padi. mungkin tahun satu atau tahun dua juga mungkin.

"wah! hahaha!"

ya tuhan. suaranya menggegarkan taman. hilang irama berlagu. menghancurkan keheningan damai ku.

ayahnya diam saja.

aku tak tahan. mereka yang lain pun tidak tertahan.

bingung dengan sikap itu. aku menegur.

"bang. anak anak abang mengganggu ketenteraman awam."

"hah. maaf."

dia tertunduk pilu. sedih. sadis. air mata turut bergenang. tidak mengalir. tanda ego seorang lelaki.

"bang. ok ke?"

haruskah aku yang rasa bersalah? aku juga lelaki. aku juga mempunyai ego lelaki.

"sebenarnya. dua budak lelaki tu baru kehilangan seorang ibu."

"saya tak tahu. bagaimana cara yang terbaik untuk beritahu pada mereka?"

aduhai. tak sanggup ku dengarkan. aku hanya seorang gelendangan. bukan pakar motivasi yang kononnya pakar dalam menasihati.

"saya minta maaf mengganggu."

mereka pun berlalu. tanpa kata. tanpa toleh.

kedengaran sayup sayup.

"abah. mama mana?"

aku lelaki. tapi ego itu entah ke mana hilangnya. tak tertahan air yang bergenang. dari celahan kelopak mata ia mengalir lembut membasahi pipi.

suara kecil ku berbisik.

"aku minta maaf"

aku kejar mendapatkan mereka. lalu mengusap kepala kedua anaknya.

dan berkata.

"hey adik. be a good son. the good son. the superb good son. cause you'll will be a hero like a spiderman."

-inspirasi cimie pendo-
si penglipur lara
part time writer

Reactions:

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.