11 Jun 2013

Out Station Bhg 1

audit

31 mey 2013

sejak jumaat yang lalu adalah perjalanan paling penat pernah gua rasa. bermacam ragam, pengalaman, kemahiran, permandangan, semuanya gua lalui dalam sehari. malam jumaat gua owut stesyen di Ipoh.

pertama kali kerja kontrek dengan syarikat jepun. syarikat yang menawarkan kerja untuk sesiapa yang sentiasa sukar atau memang tak boleh tidur malam. yang paling penting cekap mengira, membelek, menyusun, memunggah, yang paling penting harus fokus. al maklumlah, kerja audit barang tesko la katakan.

malam itu tiada satu pun bintang. malah bulan juga turut tak kelihatan. memeey arr, dalam tesco. nampak apa? tapi ada gadis. bermacam jenis gadis. dari yang sampai macam nak terpanggil 'abang' sampailah yang macam nak ajak pergi disko. tapi syukur. masih lagi ada yang sejuk mata memandang.

syarikat ni namanya 'ajis'. sebuah syarikat jepun yang menawarkan servis audit barang. kebiasaannya syarikat ni dapat tender kat tesko, keyfor, mungkin eon juga. nak cuba kerja ni? kalau dah biasa buat taik mata tu. sekali sekala boleh jugak cuci mata tu. bersih la sikit. haha.

gila ! dalam satu hari dari P.J. ke Ipoh sampai malam. terus kerja sampai ke pagi. kemudian balik semula ke P.J. lepas itu gua pun rembat motor uzur gua sampai ke Meru. mujur sempat sampai sebelum azan Jumaat. juga gua bersyukur masih lagi diberi kudrat dan iradat untuk ke masjid berjemaah.

mata mula puyu. fikiran separuh melayang. tapi azam yang diberi tuhan lebih kuat melawan. gua terus menyiapkan tempahan minyak wangi dari teman. jam hampir pukul 3 petang. jasad terus menawan. ruh tidak diberi peluang untuk pulang. kalau tak silap gua dalam pukul 4 samting la. akhirnya gua akur dengan kehendak tuhan. zzz.

tepat jam 6.30. gua terjaga. selesaikan tanggungjawab yang masih belum di laksanakan. gua bangkit memecahkan batu dan mencarik carikkan sayap azazil yang menghempap. tiba awal pagi tepat pukul 2.30 pagi. gua pun ...

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.