28 Jan 2012

Perjalanan Nafsu (1)



Amma-rah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


ammaroh


keangkuhan makhluk tuhan semakin menguasai diri. seakan tidak dapat dibendung lagi. dimana punca. dimana dalangnya. pancaran cahaya sengaja dimalapkan. pancaran cahaya sengaja tidak dipedulikan. tidak berani berdepan dengan syariat. apatah lagi makrifat dan hakikat.

apa yang gua rasa perlu dikongsikan bersama adalah sebagai ingatan bersama. bukan untuk di tonjolkan ilmu manusia yang miskin ini sebagai kemasyhuran duniawi. tetapi bersama mengetahui apa yang patut diketahui. 

ammaroh adalah salah satu peringkat nafsu yang paling teruk dan hina di sisi Allah. nafsu yang sentiasa mendatangkan nikmat alam duniawi. melebihkan keindahan kewanitaan. menjerumuskan ke  lembah hartawan. menyesatkan dengan khianat dan niat jahat. menggelapkan mata hati yang membawa dendam kesumat. memisahkan dari alam akhirat. menjauhkan dari yang benar.  alam yang sebenar benar alam. kampung halaman yang akan kita kembali. antara benih benih ammaroh :

1. bakhil
2. tamak dan lumbakan dunia
3. panjang angan angan
4. sombong takkabur
5. ingin kasihkan kemegahan
6. inginkan kemasyhuran
7. hasad dengki
8. dendam kesumat
9. khianat
10. lalai dan leka serta berpaling dari Allah
bahkan banyak lagi perkara yang telah dibawa oleh nafsu peringkat ini untuk menyesatkan makhluk hidup lagi berakal ini.

serendah rendah darjat, adalah nafsu ammaroh. tidak pernah rasa kepuasan dunia. tidak pernah rasa bersalah dengan dosa. tidak pernah rasa riang gembira dengan perkara baik belaka. perkara baik belaka yang membawa kita ke satu alam yang mesti. alam yang penuh dengan janji janji Allah pasti.

alangkah hina dan rugi. malah sangat sangat bodoh dan raja papa kedana. marilah kembali ke jalan yang Allah redhoi. gunakanlah as solah sebagai tiang untuk mengukuhkan ketaqwaan hati. amalkan zikir harian sebagai pedinding diri. semoga segala karat dan kotor dapat digilapi. hinggakan melebur sifat sifat durjana. agar terang benderang jiwa hingga ke maqam fana. 

wallahu'alam.
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.