26 Jun 2013

Out Station Bhg 2

1 jun 2013
tiba awal pagi tepat pukul 2.30 pagi. gua pun bersiap siap untuk ke utara semula. misi kali ni adalah menghantar adik member gua ke uitm kedah di merbok. kasihan. fest time masuk U, tapi cuma kawan2 dengan abang saja yang hantar. kami berlima. suasana malam sejuk membelai mata.

namun, hasil didikan syarikat "ajis" selama satu malam. gua dapat memupuk mata ini dari terus hanyut di tenggelam mimpi. lagi pun, gua kasihan tengok member gua yang draiv kereta ni. tak pasal2 karang dia pun hanyut. 

kembali ke Ipoh. ke rumah kakak member gua. katanya nak tukar kereta. oh demm. kereta dah sedap kot. tapi takpa lah gua follow saja. sebelum adik member gua dengan abang nya juga dengan kami semua ke utara. sempat jugak lah jumpa keluarga member gua dengan adik dia tu.

lepas subuh. kami terus bergegas ke penang. rumah member kepada member gua. sebelum dapat baring dan lelapkan mata selama tiga jam. sempat lagi gua dan kawan2 menjamah selera. ingat nak makan nasi kandar masa waktu brekfest. haram jadah. nasi tak masak lagi. takpa, tosei telur pun okey.

lepas tidur 3 jam. kami teruskan perjalanan. kalau nak diikutkan kami akan ke Sik. tapi disebabkan masa amat mencemburui kami berlima. teruskan saja perjalanan menghala ke padang besar. memang besar. mujur dompet gua tak besar. 

dalam perjalanan itu, servis pemandu bertukar tangan. sepatutnya gua, tapi tengok macam member sorang ni macam lebih pakar selok belok kat penang. jadi gua pun mengundurkan diri. tak jauh pun, dalam 20 minit macam tu kat dalam kereta. gua yang sebentar tadi terlelap pun terjaga.

haram jadah. semua tidur. dan terpaksa gua dengan member gua berjaga sambil2 tengok GPS kat fone yang di tebus menggunakan rebate abe jib. hohoho. lepas penat lelah di padang besar. masing2 dah nak mengigau dah gua tengok. mata lebam2, kepala terhuyung hayang.

seterusnya kami akan ke kedah. di mana di situ terdapat sedikit sebanyak nostalgia gua semasa praktikal trayning dulu. sepatutnya gua yang..

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.