3 May 2012

Malam Berjuta Bintang.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

ianya bermula di satu malam yang penuh kekalutan. memandang tepat kearah soalan2 lalu. makin dilihat. makin runsing. setibanya idea dan hajat dari awal semesta lagi. namun aku hanya kuburkan dalam di sudut sanubari. namun malam itu aku bangkit menggali. kubur yang telah lama menyepi. 

aku keluarkan jua hasrat ini. setelah seorang sahabat meminta aku belanja. dari situ aku menguatkan semangat. semangat untuk menggali kubur lama itu. lalu ia terang. seterang terang malam berjuta bintang. akhirnya aku mengambil keputusan tidak rasmi. pada malam itu juga aku membuahkan hasrat yang telah lama mati.

aku berjaya.

bangun sahaja bersubuh sendirian. aku terus ke dapur meluahkan hasrat pada bonda. dan seterusnya ayahnda. di sambut dengan senyuman. namun ada sedikit sindiran.
"kenapa tak bagi tahu petang nanti saja."
ya. aku memang suka buat kejutan. langsung sahaja aku bergegas untuk ke pasar. tepat jam pukul 10. aku ke rumah sewa rakan seperjuangan. kononnya mengulangkaji di saat akhir. aku terlalu gugup. tidak pernah aku buat sebegini dalam seumur hayat ini. aku diberikan kepercayaan oleh semua. untuk menghasilkan suatu majlis malam berjuta bintang. di teratak usang ku. mereka sanggup dan sepakat untuk menghadiri.

aku semakin gemuruh. tiba hadir rasa takut. bukan kerna tidak bisa menjawab soalan Final yang terakhir. tetapi kerna majlis di teratak usang ku nanti. walaupun jawab sekadar yang mampu. namun kegembiraan hari terakhir di Poli pasti akan ku rindu.

teringat kan bonda ku sahaja wanita di dalam teratak. lantas aku pulang. dan hujan bukan penghalang. segala galanya hampir bermula. malam berjuta bintang mula menjelma. langit ku tenung jauh2. bintang ku renung dalam2. aku pasti. merindui.

selesai sahaja salam ke kiri. maka bermula lah episod ceritera cinta sahabat. dihiasi dengan terang lampu neon. dan dibalas dengan kilatan vespa ranggi. mereka datang. melangkah dan terus melangkah. semuanya manis2 belaka. aku hanya berdiri tidak berkata. lalu salam lah pembuka bicara.

dihadiri oleh penyeri malam berjuta bintang. dialah Cik kami yang kami buli. kekadang muncung kekadang terukir senyuman. namun pada malam itu. tidak ada lagi kesangsian antara kami. yang hadir hanyalah senyuman dan kegembiraan. juga bisa menjadi suatu kenangan.

walaupun ada beberapa actor dan actress yang tidak bisa menghadiri. aku mengerti. kerna ia sudah tertulis. bermulakan dengan sedikit bacaan ayat2 cinta dari Allah. dari seorang lelaki tua berjanggut putih. sehinggalah program melantak beramai ramai. sambil dengan ditemani lagu dari  notebook kacukan Apple dan hp Compaq. ia sudah memadai.

setelah segalanya selesai. dengan sebok berposing sana sini. al maklumlah. akhirnya episod malam berjuta bintang mula di tangisi. habis lantai teratak usang dibanjiri. dengan butir2 kaca jatuh berderai. walaupun tidak semua. namun aku tetap terasa. tersentap tidak jasmani. tapi di rohani. dengan ditemani lagu perpisahan. kami mula berjabat tangan. berpeluk pelukan. perpipi pipian. 

terima kasih semua yang sudi menghadiri teratak usang aku dan keluarga. walaupun yang hidup itu akan mati. namun. aku pasti merindui.

aku tidak bisa lupa lambaian lambaian tangan kalian. kakaka.

wassalam.

candid dan pose.
 penangan vespa ranggi.
 peace bro.
 lokasi ini lah paling sukar gua mop.
 senyum sokmo.
 tak sedia la !
 malu2 pula.
 saat kepulangan Cik.
 aksi bakar2.
 peace lagi. =="
 candid.
iklan gigi.
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.