3 Mar 2012

Lelaki Jahat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



kisah lelaki dari bahgdad yang tidak begitu gua kenal. tetapi itu tidak lah penting untuk dijadikan pengajaran. menurut rujukan gua pada pagi tadi. rujukan secara lintas langsung dari kaca tv. "tok pehe tanye ustaz". dikisahkan seorang lelaki yang jahat. jahat sejahat jahatnya. katakanlah perkara jahat apa yang tidak pernah lelaki itu lakukan. maka jawapannya adalah tiada.

di ceritakan lagi. lelaki itu ditakdirkan menemui ajalnya. dalam tidak sedar dia telah meninggalkan seorang isterinya. dari pagi hingga ke petang. penat lelah si isteri meminta dan merayu. bergegas ke pasar dan kota. namun semua manusia yang hina tidak mempeduli. malah ada yang mencaci.


"suami kau berlaku jahat di muka bumi! "
"suami kau kaki mabuk"

amatlah sedih si isteri. segala rayuan dan pintaan untuk di solatkan jenazah suaminya, langsung tidak dipeduli. menangis dan hampa. bercucuran segala butir butir mutiara yang terbit dari mata. mengalir berdarah sekalipun. namun ia tetap tidak mengubah hati manusia manusia yang hina lagi kotor. 

dengan kudrat yang diberi secebis dari ilahi. maka bertekad si isteri untuk mengebumikan jenazah suaminya. dengan merenung jauh. terlintas di sanubarinya akan sebuah bukit. maka membawa lah si isteri akan jenazah suaminya ke bukit bertujuan mengebumikan.

sampai sampai sahaja si isteri terus menghayunkan cangkulnya. dengan jiwa yang penuh sedih. yang penuh pilu. tetapi penuh juga dengan kesabaran. kesabaran dan keredhoan terhadap ujian yang menimpa. sedang bermandikan peluh bersama cangkulnya. tiba tiba dia di datangi oleh seorang lelaki yang soleh.

lelaki soleh itu memang sedang menunggu sesuatu yang bakal terjadi di bukit itu.

"adakah ini suamimu?"
"ya, ini jenazah suami ku. "

maka langsung terus lelaki soleh itu mengangkat takbir lalu solat lah jenazah kepada jenazah suami itu. dengan terkejutnya. secara tiba tiba hadir lagi beberapa manusia hina lagi kotor turut serta dalam ibadah fardhu kifayah itu. selepas sahaja selesai  solat jenazah. maka manusia manusia yang hina lagi kotor mula membisik bisik. dan bertanya salah seorang daripadanya.

"wahai lelaki soleh, mengapakah kau solat jenazah pada lelaki yang jahat ini ? "
"pada malam hari aku telah bermimpi, bahawa aku di suruh oleh Allah akan kehadiran seorang isteri bersama jenazah suaminya di bukit ini. dan aku di suruh untuk menyolatkan suaminya. kerana Allah telah memaafkan dosa dosanya. "


masing masing semua manusia hina dan kotor itu bingung dan memandang satu sama lain. namun tidak terpandang akan kekotoran yang berada pada dirinya. lalu bertanya lagi salah seorang dari mereka.

"apakah yang  yang lelaki jahat ini lakukan sampaikan Allah memaafkan dosanya begitu sahaja ? "
"aku juga tidak mengetahui apa amalan yang dilakukan oleh suami wanita ini."

lalu lelaki soleh bertanyakan pada si isteri yang sudah kering peluh. dan mula senang hati akan selesainya jenazah suaminya itu yang telah di solatkan.

"apakah amalan yang suami mu lakukan ketika perjalanannya di muka bumi ini? "

si isteri tunduk dan mula menitiskan beberapa butir mutiara yang lebih mahal dari mutiara selonggok dua ringgit. lalu berkata lah si isteri.

"hanyalah ada tiga amalan yang ramai manusia di siang hari tidak mengetahui akan amalan suamiku"
"tatkala suami ku pulang mabuk mabuk dan terus ter tidur di malam hari. tiba tiba dengan izin Allah dia terjaga. kerana terdengar seruan ilahi di subuh hari. lantas dia bangun dan bergegas ke masjid untuk berjemaah subuh bersama."

"tatkala di siang hari. apabila datang dan hadirnya anak yatim piatu di rumah ku. suami ku akan melayan mereka dengan layanan yang terbaik sekali. malah layanan itu melebihi dari dia melayan aku dan anaknya sendiri."

"dan juga tatkala malam hari ketika suami ku pulang dalam keadaan mabuk mabuk dan terus tertidur. dia akan terjaga di satu per tiga malam. apabila dia terjaga dia akan terus solat sunat dua rakaat. dan ketika itu. aku terdengar rintihannya sambil menangis nangis."

si isteri terdiam sebentar. tersedu sedu dan tersekat sekat suaranya. lalu dia meneruskan lagi cerita amalan suaminya.



"suami ku merintih, sebesar mana neraka mu untukku ya Allah. ya Allah neraka manakah yang kau sediakan untuk diriku. dalam keadaan yang membasah kan dirinya dengan peluh peluhnya. dia menangis dan merintih akan kejahatannya sesama manusia. dengan perasaan takut dan gementar halilintar."

lalu mereka mereka hanya terdiam dan terkedu mendengar penjelasan isteri bagi seorang lelaki. lelaki jahat dipandangan mereka dan dibenci mereka sampaikan ajal menemui lelaki itu.

wallahua'alam.
 gua sempitkan sedikit ruangan pengajaran buat gua. : Bolehkah Mereka?

Reactions:

2 comments:

kata murni sahabat2 gua.