3 Jul 2013

Out Station Bhg 3

1 jun 2013

seterusnya kami akan ke kedah. di mana di situ terdapat sedikit sebanyak nostalgia gua semasa praktikal trayning dulu. sepatutnya gua yang drive. tapi takpa. gua bagi pada yang lebih layak memandu. keh keh keh.

sampai sahaja di Kota Setar. kembang kempis dada ini. nafas laju menghembus keluar masuk. hati berkocak-kocak. tak terkata dek bibir. bergenang air di celahan kelopak mata. tanda gembira. rasa rindu terucap di wajah yang melahirkan senyuman. namun, air juga turut mengalir.

hampir 2 tahun gua tinggalkan kota itu. kota yang penuh sejarah dan kenangan selama 5 bulan gua di sana. eksiden, pusing2 cari marka, terkenang kat kampung. semuanya di kota setar. rindu. tappi degil, gua tetap tak mahu balik. kekal lah gua selama 5 bulan berturut turut gua di negeri darul aman.

pertama sekali, kami ke masjid. masjid apa, gua pun dah tak ingat. apa yang jadi mercu tanda kat masjid tu adalah dataran kedah dan menara kedah dekat dengan masjid tu. tumpang solat dan mandi. 

kami sebentar saja di situ. lepas maghrib sebelum ke destinasi seterusnya gua sempat melunaskan rindu gua kat restoran tat nasi ayam. walau nasi ayam dia tak lah hebat mana sangat pun. tapi histori yang termaktub di buku hati ini yang membuat gua ke mari.

lepas kekenyangan. kami terus ke sungai petani. sampai dalam pukul 11 malam. member2 gua sibuk nak jugak cari hotel. cadangan gua senang saja. cari masjid. tumpang tidur. haha. tapi depa semua tak nak. pi la pusing2 satu sungai. hampa. memang full house!

dengan berkat semangat juang yang tidak putus2 dari member2 gua. akhirnya tuhan tetap tunjukkan satu jalan. walaupun jalan itu gelita. tiada rempit berkeliaran. kami jumpa satu hotel murah. murah tak murah jugak lah. macam haram jugak cina ni. tapi takpa lah. asalakan hajat member gua tu tercapai sudah lah.

sampaikan paginya. kami terus bergegas ke uitm merbok. tak jauh. dalam 15 minit sampai dah. tinggal lah adik member gua kat sana. pandai2 lah jaga diri. perjalanan diteruskan ke pulau brader george. lepak sebentar ingat nak makan pasemboq yang femes tu. hampeh. kedai tak bukak. kecewa terus ke bandar Ipoh. pekena nasi vanggey!

serius!

gua dah goyang. dah tak tahan. mata mula puyu. bibir mula ketip. perlahan lahan ia hilang. mulai hilang. sekejap sedar. sekejap hayal. sekejap hilang.

tepat jam 1 pg kalau tak silap. gua pun sudah bukak pagar rumah. tak sabar nak cari bantal! gila esok sudah lah hari pertama masuk kerja. tak bangun, gua cari kerja lain. tapi, alhamdulillah. tamat.

segala-galanya berjalan dengan lancar. kini. gua pun dah sebulan kerja. memang banyak lost kontek dengan kawan2 lain. lepas sahaja gua owot stesen. terus kerja. kerja pulak gua kasi bantai hari sabtu ahad OT. mana taknya. nak harapkan besik sikit sangat. tak patut betul ada dip dapat gaji lebih kurang macam orang ada sijil spm. takpa lah. rezeki gua mungkin baru setakat itu. sabar itu penting!

terus kerja. sambil sabtu ahad tu gua lari2 sikit. kadang2 tak OT kat kilang. gua part taim cat rumah. cat rumah sendiri je lah. haha. sampai ke malam ini, ofis gua walaupun dah siap renovet. namun, kelengkapan dalaman masih lagi belum teratur. ni gua kerja ni pun nak lengkapkan peralatan dan gadget2 kat dalam ofis gua. haha. hem. boleh ke gua kumpul duit ni? redha saja lah. insyaallah.

wallahua'lam.
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.