20 Jul 2013

Ibnu Thulun Dan Ibnu Banan

sufi

Thulun adalah hamba milik Amir Nuh bin Asad, yakni anak saudara Khalifah Makmun yang diberi kuasa memerintah daerah Bukhara dan Khurasan. Namun, Thulun telah dihadiahkan kepada Khalifah bersama puluhan hamba yang lain.

oleh kerana Thulun memiliki kecerdasan, ketangkasan dan peribadi diri yang baik. maka Thulun telah di naikkan darjat nya sehingga menjadi ketua komander yang menguasai para hamba dan pekerja2 buruh.

pada tahun 220 hijrah, Thulun dianugerahkan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Ahmad. anak itu membesar dalam keadaan sederhana, rendah diri juga kekerasan. semasa kecil Ahmad sentiasa menutup segala kekurangan pada dirinya. sampaikan dia membesar lebih dewasa dari umur sebenarnya.

oleh kerana terpangaruh pada udara yang kurang bersih, juga dari rakan yang sebaya dengannya, Ahmad seakan akan mempunyai dua karakter yang berlainan pada masa yang tertentu. adakalanya akalnya baik dan dekat dengan malaikat. manakala satu karakter lain, akalnya seakan bersama syaitan.

Ahmad bin Thulun atau dikenali sebagai Ibnu Thulun. dia juga cepat belajar, dan dianugerahkan kepandaian serta suara yang indah. alquran telah pun dihafaz sejak kecil. apabila semakin meningkat umur. dia pula menguasai mazhab imam abu hanafiah.

tatkala ayahnya wafat, Ibnu Thulun terus diangkat menjadi komander menggantikan tempat ayahnya. masa terus pantas berlalu. Ibnu Thulun telah pun meluaskan jajahan sehingga mesir dan syam. sekaligus menjadi raja besar di daerah itu.

semasa memerintah, dia bagai ada dua orang dalam satu jasad. adakala dia membantu faqir miskin, membangunkan masjid dan menghormati ulamai dan para penuntut ilmu. namun, apabila datang akal syaitannya sampaikan dia sendiri menzalimi  rakyatnya.

perkara ini telah pun sampai khabarannya pada imam Abil Hasan Ahmad bin Banan. juga dikenal sebagai Ibnu Banan. beliau adalah seorang ulama' yang dikenal dengan kelantangan syarahannya. tidak kira sesiapa yang beliau hadapi.

maka dengan segeranya, Ibnu Banan pun terus ke istana. Waktu itu, Ibnu Thulan sedang bermesyuarat bersama pembesar2 yang lain. tatkala sibuk berbincang. Ibun Banan pun mentalqin Ibnu Thulan di depan semua orang.
"Wahai Ibnu Thulun, penguasa Mesir dan Syam, bertakwalah kepada Allah dan jangan menzalimi rakyat. Kelak, di hadapan Allah yang Maha-adil, engkau akan mempertanggungjawabkan semua perbuatanmu, yaitu di hari ketika harta dan anak tidak bisa memberi manfaat apa-apa kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang lurus dan bersih. Ketahuilah, orang yang mendustai rakyatnya tidak akan mencium bau syurga!"
 istana menjadi hening. semua orang tergamam. lalu Ibnu Thulan yang yang telah dikuasai oleh Ammarah. semua terkejut dengan tindakan Ibnnu Banan yang jelas sekali lantang bersuara dan berani. lalu, Ibnu Thulan pun berteriak pada pengawal.
"Tangkap orang gila ini dan sumbat ke dalam penjara!"
selepas Ibnu Banan di masukkan ke dalam penjara. Ibnu Thulan ketika cuba untuk berehat di kamarnya. dengan keadaan yang tidak senang duduk. lalu di panggilnya ulama' Ibnu Banan menghadapnya. Ibnu Thulan pun berkata.
 "Hai Abu Hasan, bagaimana kau berani melakukan hal seperti itu di depan orang banyak?"... Tetapi tak apa, aku akan mengampunimu jika kamu mahu meminta maaf kepadaku di hadapan orang banyak."
jawab Ibnu Banan.
 "Aku tidak melakukan dosa! Aku hanya memberi nasihat."
raja pembesar Ibnu Thulan semakin berang dan marah. lalu dihumban lagi Ibnu Banan ke dalam penjara selama tiga hari. di sediakan singa yang kelaparan juga untuk tiga hari. sebelum beliau diheret ke penjara. sempat lagi beliau menyuarakan keyakinannya.
"Umur ada di tangan Allah, Ibnu Thulun. Kau hanyalah seorang hamba dari sekian banyak hamba Allah. Kau tidak akan memendekkan atau memanjangkan umurku sama sekali."
selepas cukup tiga hari, maka Ibnu Banan pun diletakkan di tempat yang lapang. dalam masa yang sama. singa yang gagah dan kuat juga kelaparan pun dilepaskan.

peristiwa ini telah dipertontonkan oleh khalyak ramai. seumpama melihat permainan sedang dilangsungkan. saat ketika singa dilepaskan. mengaum lah sekuat hatinya. tetapi Ulama' Ibnu Banan tetap tenang sujud pada Allah.

saat singa itu dekat dengan Ibnu Banan. maka singa itu pun berhenti. lalu duduk dan menundukkan kepalanya. dijilat kaki Ibnu Banan seumpama dua orang rakan akrab yang berpelukan kerana merindu.

semua orang terkejut dengan kejadian itu. lalu hasrat kejam dan iblis itu pun semakin pudar di sanubari raja pembesar, Ibnu Thulan. dipanggilnya kembali Ibnu Banan menghadap Ibnu Thulan.
Sang Raja bertanya, "Bagaimana keadaanmu, Abu Hasan?"

"Alhamdulillah, baik-baik saja seperti yang kau lihat," jawab Ibnu Banan.

"Apa yang ada di dalam hatimu? Apa yang sedang kau pikirkan?" tanya raja.

"Aku tidak apa-apa, aku hanya membaca firman Allah. 'Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami." (QS. Ath-Thuur [52]: 48).

"Aku juga sedang berpikir tentang jilatan singa, suci ataukah najis?" lanjut Ibnu Banan.
 Selapas Ibnu Thulun Bangkit dan mencium kepala Ulama' Ibnu Banan. dia pun meminta maaf dan membebaskannya.

andai singa itu boleh berkata kata. pasti dia juga akan menasihat raja pembesar Ibnu Thulan.
"Pertarungan ini bukan pertarungan antara singa dengan Ibnu Banan. Juga bukan pertarungan antara Ibnu Banan dengan Ibnu Thulun. Akan tetapi, pertarngan antara kehendak Allah Swt dengan kehendak Raja Ibnu Thulun."
 wallahua'lam.
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.