28 Jul 2013

Bumi Baru Untuk Manusia

planet

Sistem Suria terdiri daripada Matahari sebagai pusat sistem, 8 buah planet yang beredar mengelilingi Matahari pada orbit masing-masing, satelit-satelit semula jadi, asteroid, meteor dan komet.

Astronomi menemui Planet Baru yang berpotensi dihuni, satu pasukan ahli astronomi Inggeris-Jerman telah menemui satu planet baru yang berpontensi dihuni manusia. Planet tersebut mengorbit dekat Matahari dan dianggarkan mempunyai iklim serupa Bumi sehingga dapat menyokong kehidupan.

Pasukan tersebut menemui tiga planet baru yang mengorbit bintang yang terletak 44 tahun cahaya. Tapi hanya satu dari planet itu berada di kawasan yang disebut Zon Goldilocks, rangkaian di sekitar Matahari, tempat suhu tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk bagi kehadiran air cair.

“Bintang HD 40307 adalah bintang kecil tua yang sangat tenang, sehingga tak ada alasan mengapa planet seperti itu tidak boleh mengandungi iklim seperti di Bumi,” kata Guillem Angla-Escude dari University of Goettingen, Jerman. Ia memimpin kajian tersebut bersama Mikko Tuomi di University of Hertfordshire di England.

Planet itu mempunyai masa sekurang-kurangnya tujuh kali masa Bumi, tapi mengorbit dalam jarak yang sama dari Mataharinya, yang bermaksud planet tersebut menerima jumlah tenaga Matahari seperti yang diperoleh Bumi.

Lebih daripada 800 planet telah ditemui di luar sistem Galaksi Bima Sakti sejak pertama kali dikesan pada awal 1990-an. Namun hanya segelintir planet telah berada di wilayah yang boleh dihuni.

Bahkan yang lebih jarang adalah beberapa planet di zon yang berputar, seperti yang satu ini, untuk menciptakan waktu siang dan waktu malam sehingga meningkatkan kemungkinan terbentuknya lingkungan seperti di Bumi. Planet yang tidak berputar dikatakan sebagai terikat dengan pasang-surut, dan satu setengahnya berada dalam kegelapan.

“Ini adalah planet yang paling dekat dengan Bumi dalam perkara zon yang boleh dihuni yang tidak terikat dengan pasang-surut,” kata ahli astronomi dari University of Hertfordshire Hugh Jones kepada Reuters. 
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.