7 Feb 2014

Allah Sumber Rezeki ku.

"ciiiikkk ! bege daging 1. "
" siap ! "

ah. sudah. dia ingat aku sebaya bapak dia agaknya. takpa lah. budak2. layan kan saja lah.

pejam celik pejam celik. dah sebulan 4 hari gerabak bege aku kat simpang kedai tom yam tu. bukan senang nak niaga bang kak. banyak2 kan istighfar. moga2 lebih banyak bersabar.


" baru niaga erk? bila start ni ? "

hah. yang ni aku boleh jawab lagi. tahun baru 2014 bang kak. tapi kalau .....

" sampai bila nak jual bege bro ? "

yang ni macam gampang. mana gua tahu bro. gua bukan tuhan. tapi kan. aku takut jugak. niaga ni 50-50. 50 untuk kita muflis. 50 lagi kemungkinan untuk kita maju.

takut2 pun. aku buat jugak. degil ! mak aku dah suruh makan gaji. tapi aku tahu bertekak je dengan bos.

ni alang2 dah keluar modal. seribu jugak lah gamak nya. teruskan lah. terima saja lah apa yang Allah beri. susah senang kan dari Dia. siapa kita nak tolak ? kau ingat ni cerita sesat THOR tu ke ! bapak tuhan buang anak tuhan campak kat dunia !?

baru2 ni ada seorang pelanggan. jual tuala wanita katanya. menurut magis david PLENDO, dia ni menggunakan kaedah MLM. dah 2 3 kali jugak la mai lepak ngan aku.

" mi. kenapa jual bege ? " 

aduhai. leceh lah soalan ni. dah la aku tengah pegang scrapper. mujur tak terlepas ke muka. dia paksa jugak aku jawab. hek eleh brader ni. lalu gua pun mengatur ayat.

" entahlah bang. sebenarnya saya tak nak jual bege ni. walau ada sikit mahir dalam bidang ni. cuba abang tengok. berapa bnyak orang jual bege kat meru ni? banyak . "
" dah tu ? "
" saya tanya awe tom yam ni. kenapa dia datang sini bukak kedai tom yam. padahal dah berapa banyak tom yam kat sini. tiba2 dia soal saya pulak. "
" apa dia ? "
" kenapa acheh2 datang sini bukak kedai runcit. padahal dah berapa banyak kedai runcit kat sini. sebelah2 lagi. "
" betul jugak tu. "

awe tu niaga tom yam, sebab dah itu kemahiran yang Allah beri. dia terima seadanya. katanya rezeki masing2 sudah tertulis. apa yang Allah beri terima je. insyaAllah rezeki sudah tersedia untuk hambanya.

sebelum brader tadi blah. dia cakap dengan aku. kalau BURGER WOOD tak sedap. takde nya dia datang 2 3 kali. tapi dia kata lagi. kalau dah hampir setahun dia tak datang. thats mean, have a something wrong with aku punya burger.

entah lah. ada yang bagi renspon membina.

" dik kurang kan sikit sos ye. akak gastrik "
" dik kicap tak nak ye. masin. "
" dik sayur lebih sikit. abang vegeterian "

mulut masing2. lidah lain2. penat nak jaga hati semua pihak. terpulang lah. kalau rasa sedap boleh datang lagi. kalau rasa kurang tu boleh lah mintak custom made dekat aku. nak sos lebih ke. nak mayo lebih ke. nak bayar lebih ke. tapi kalau nak kondem lebih. kondom aku sumbat kat mulut tu ha.

haha.

tapi korang kena ingat. yang mendatangkan  selera. yang tarik selera. yang menyedapkan. yang memualkan. tu semua. Allah yang beri.

bila aku tengok. ada beberapa kali akak2 abang2 adik2 awek2 beli. kira ok lah tu kan. boleh makan lah tu kan? apa2 pun. kawan2 tak pernah putus memberi sokongan. tak lupa yang paling semangat adalah bapak aku. haha.

terima la seadanya.

" hamba hina ya tuhan. segala pemberian dari Mu adalah yang Maha terbaik. hamba terima dengan redha Mu. hamba lakukan dengan izin, kudrat dan iradat Mu. moga2 Kau Redha dan melindungi hamba yang tiada tempat bergantung, melainkan dengan kuasa Mu yang maha Agung. "

Reactions:

1 comment:

kata murni sahabat2 gua.