15 Feb 2014

Bingkisan Hati Coretan Sanubari


saat purnama menjelang. separuh ? mengapa ia separuh ? 

awan. ya awan mendung menutupi. separuh dari jiwanya. tiada bintang. tiada seri purnama menghiasi.


" kak. kampung akak macam sini ke ? "
" tak lah. kat sana pukul 8 dah sunyi "

betul2 kampung orang kampung ni berkampung di sini. malaysia bumi nusantara. penuh adat bangsa dan istiadat.

orang susah. mari sini cari rezeki. jadi tauke tomyam. entah apa lagi yang manusia mahu ?

nak kasihan. aku lagi kasihan diri ini. kasihan diri ini. dibasahi dengan kekotoran. nafsu masih lagi tak bisa ditundukkan.

nafsu ni tempatnya mulia. andai aku meletakkan ia di tempat yang mulia. malah boleh jadi ia durhaka. andai diletak di tempat yang celaka.

maka mengalirlah butir permata. sejak sekian lama tersingkap di dalam dada.

bingkisan hati coretan sanubari. mengharung ranjau duri dengan cara tersendiri.

mama. baba. maaf kerana ambo rock !

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.