21 Jan 2014

Karier Baru. Tahun Baru.


bismillahilazim.

"dulu kau pernah berkata. andai kata kita bercinta. akan kau bina mahligai. yang terapung di langit ketujuh. sememangnya seakan. khayalan belaka. aku tak percaya."

dengan suara wood. gua pun menyanyi. tiba2 teringat lagu ni. kalau tak silap gua dah hampir 10 tahun lebih kot lagu ni.

waktu tu macam macam macam macam macam macam nak jadi. banyak sungguh cita2. kejap nak jadi askar lah. cikgu. chef. pemain rugby. wakil rakyat. menteri kewangan. panglima berkuda. ahh. banyak sangat.

lalu gua pun melangkah jauh jauh jauh jauh jauh jauh sampai ke puncak menara gading. diploma kira menara gading ke ?

entah lah. bersepah sepah sepah sepah sepah sepah sepah sepah sepah sepah sijil sekarang ni.

gua terus hanyut di buai khayalan. nak cari kerja. gaji dalam 2000 siap elaun. tiap2 bulan simpan 1000. lepas 15 bulan boleh bayar ptptptptptptptptptptptptptn. cash and keep the change.

lagi 5 bulan. keluar pulak 125 zr. lagi 7 bulan keluar pulak satria neo. lagi 16 bulan hantar duit belanja nikah. lagi 2 bulan prepare duit untuk hospital bersalin. lagi bla bla bla bla bla bla bla bla......

"aduhai. tak sanggup ku kenang kan. semua telah nyata. hatimu berangan."

tetapi gua akur. gua mengerti. gua terima. gua punya vokebulari hancus ! itu salah satu faktor hilang keyakinan dalam jiwa. bukan gua tak nak prektis. tapi mujurlah. nasiblah baik. pernah ku hafal. lagu nirvana. aaaaah.

"dia tahu. mana satu. yang palsu ataupun hakiki."

tamat saja belajar. dah 2 kali gua retired. sebab asbab musabab nya gua pun tak tahu. mungkin ini juga salah satu cita2 waktu kecil dahulu kala. maklumlah. banyak nak " jadi " kan. niaga pun dah pelbagai. dari yang western food sampai la ke minyak ngurat.

bermulanya tahun baru masihi hari tu. gua pun bangun selepas jatuh tersembam di batu. habis luka lutut dan siku. western food sekali lagi menjadi pilihan kalbu.

gua redha dengan segala ketentuan. kaya bukanlah pilihan. mewah bukan jua sandaran. tetapi kebahagian menjadi rinduan. insya Allah.

mari pakat2 mari. insya Allah halalan toyyiban. kalau sedap bagi tahu jiran sebelah menyebelah. kalau tak berapa nak sedap. tapi kira sedap jugak. boleh masukkan surat aduan kat dalam kotak yang disediakan.

kalau complain pakai kaki. insya Allah gua balas pakai kerambit. bukan apa. hormat menghormati. sayang menyayangi. tapi. jangan risau. gua sudah mula belajar senyum. hari2 tengok kat cermin. ehh. ada lesung pipit rupanya. kecacatan terindah dan teristimewa kurnian sang pencipta.

"senyum. senyum. tak perlu kata apa2. senyum." 

kenapa burger wood ? oleh kerana diploma in wood based technology gua tak diguna pakai. jadi tak salah kalau gua pakai kelayakan ini untuk nama perniagaan makanan acah2 barat gua.

i'm feeling lucky !

saya suka. saya suka.

wassalam.

Reactions:

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.